Monday, July 11, 2011

BERTUNANG

Last week adik aku tunang. cool gila ayat aku. Mula--mula masa mak aku bagitau tu, aku rasa macam 'eh, cepatnya'...Bukan apa, rasanya aku baru je balik last week mak aku cakap dah pergi merisik. Seminggu sebelum tu aku balik rumah, jumpa adik aku ni tanya pasal dia kawan balik dengan 'minah' dia masa sekolah dulu. (aku ingat lagi macamana aku selongkar almari dia carik surat-surat cinta dia dulu dengan minah ni.. jahat gila punya kakak!). yelah, aku lipat baju, of course lah aku susun dalam almari. So sambil-sambil lah selongkar apa yang patut,tau-tau jelah budak-budak lelaki yang baru nak naik ni (prihatin lah sangattt). nak dijadikan cerita terjumpa. wakakaka...

So, bila mak aku cerita date nak tunang tu, aku pun offered nak sponsor kek. Tapi dalam dok fikir-fikir nak bagi kek secret recepi, guwe drive pergi kedai barang-barang kek. So, aku sponsor jelah cup cake aku nih. Sedap tak sedap, tapi aku harap sedap. Sebab adik gemuk aku bantai cup cake aku yang lebih-lebih tu. So aku assume cup cake aku sedappp. tak boleh blahhhh...

Orang pun selalu cakap, kalau dah jodoh..bend atu cepat je jalannya. tak payah kawan lama-lama. betul lah kot. Sebab aku rasa diorang kawan balik ni tak lama (sebelum tu sibuk dengan perempuan lain). Bahasa pun 'kau aku' je. So, jodoh lah kan..cepat je benda tu nak jadi. Yang bagusnya, satu kampung pulak tu. jalan kaki pun boleh sampai. Hairan aku mula-mula tiap-tiap minggu adik aku balik dari Kuantan. Dalam hati aku, 'banyak seyy duit mamat ni balik rumah tiap minggu'. Dahlah minyak kereta ko guna diesel. Tak sangka lah kan, minah dia ada kat kampung ni.

Seperti yang dijanjikan, 9 Julai 2011 night save the date for my brother.


i made it for my brother yoooo...


makcik yang membuat cup cake nihhh..



bapak aku bincang-bincang dulu dgn wakil belah lelaki
apa nak cakap nanti..
hantaran, tarikh..bla..bla..


belah perempuan
orang kampung aku jek pun..

 

Hj.Hamdari jadi juru cakap wakil belah aku
Cik Abu Zar jadi wakil pihak perempuan..



kepoci nak dengar jugak



my future SIL



hantaran belah perempuan
simple-simple je...



lek lek dulu...
lepas hantar rombongan, borak-borak jap kt rumah aku
sambil mak aku nak bagi 'boncrot' (ala-ala mcm goodies)
kat deme yang memeriahkan majlis



actually, semua pun simple-simple je buat. Sebenarnya belah perempuan tak nak hantaran. Tapi macam tak best pulak. So, kita buat yang simple-simple sudahlah. Tarikh nikah pun dah agak dekat. Sebab mak aku nak buat bulan November ni. Date dah dapat pun. Habislah mak Niah bertungkus lumus prepare. Tapi dia memang excited pun nak dapat menantu nih. ewahhh.

tapikan sebenarnya aku sangat lega bila mak aku cakap adik aku nak tunang. atleast aku tak lah pressure sangat. kemungkinan, lepas-lepas ni pun ada lagi yang menyusul. ewahhhh...semoga jodoh panjang lah ye. Aminnnnnnnnnnnn. soalan berapi tu ada gak yang tanya dengan aku. Tapi guwee cool je. Sebab dah lali dah kan. Nampak tak muka aku muda lagi (perasannn gila)..wakakakaka....

-end-


No comments: