Friday, July 29, 2011

Blessing on Friday

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 216)

Setiap manusia akan diuji oleh Allah. Lagi kuat beriman lagi kuat ujiannya seperti Sumayyah! Dan ketahui lah bahawasanya cinta pada Ilahi jua lah yg kekal abadi... Kasih dan cinta dr Allah jua lah tidak menipu jika kita betul² kasih padaNya.




foot note: baca kisah dalam blog seseorang...dan aku copy paste ayat-ayat  yg reader comment. Aku ambil untuk perjalanan hidup yang bakal aku tempuh esok dan seterusnya. Moga cerita mereka berdua menjadi pengajaran buat aku, yang sememangnya hamba yang lemah dan perlu banyak diingatkan.

Kisah diorang sangat sweet mulanya, tapi tak sangka macam ni pula sekarang. Aku doakan yang terbaik buat kalian berdua..kalau ada jodoh, tak akan kemana. Jika bukan jodoh, dia bukanlah jodoh yang terbaik buat kamu. Harus ingat, setiap yang berlaku pasti ada hikmah (note to self too). mungkin kita tak nampak sekarang, soon or later kamu pasti akan nampak..WISH the best For both. AMIN...




No comments: