Tuesday, July 26, 2011

Dear Diary


Pagini tetibe je rasa nak menulis. Ambik masa sikit sebelum memulakan tugas. Feeling dari malam tadi tak habis sampai ke pagi, ewah. Malam tadi aku study sebelum tidur. Tapi oleh kerana kopi yang aku minum tu menyebabkan mata aku cerah sampai ke pagi. lama dah aku nak kemas barang-barang dalam kotak ni. sebab semua resit-resit yang penting aku simpan dalam kotak ni, dengan harapan bila aku ada masa free aku akan sort dan masuk dalam file yang sepatutnya.

kemas-kemas aku ternampak diary lama. Diary since 2008-2010. Tapi diary 2010 tak banyak aku tulis, sebab mungkin dah ada laman social kan nak meluah. Bila bukak balik dan baca semula, aku rasa mcm ni..Ya Allah, ada erk aku mcm ni dulu. Ada erk aku kenal org mcm ni dulu. Of course lah most of yang aku tulis tu tentang benda-benda yang lepas. rasa macam bodohnya aku masa tu. Apasal lah aku macam ni dulu. Bodoh pun ye jugak. Dan bermacam-macam lah yang bermain dekat fikiran aku ni. Lebih-lebih lagi bila melibatkan nama-nama yang aku tulis tu. Sebab ada antaranya aku dah lupa. lebih-lebih lagi benda yang tak best, of course aku senang je nak lupa. Sebab memang dah tak nak ingat kalau boleh.

Terasa nak buang je diary lama-lama ni. Aku rasa ni je lah diary lama yang ada dalam simpanan aku. Tapi rasanya, bila aku buat sesi 5S sekali lagi..pasti akan aku buang walaupun segala yang aku tulis tu sangat memori. Seingat aku, mula-mula aku belajar tulis diary waktu darjah 6. waktu tu birthday aku Suhaila kasi diary bentuk love sekecil note pad. Since that, tiap-tiap tahun mesti aku akan dapatkan personal diary dan menulis. Ingat lagi, bila nak kemas barang-barang lama...waktu tu diary aku banyak gila. Mana tak nya kumpul since darjah 6 sampai umur dah puluh-puluh kan. Mula-mula tu, aku rasa malu gila bila adik aku curik baca. Itu tak termasuk mak aku lagi. Tapi bila lama-lama aku fikir, lantak lah. semua tu dah tak ada lagi dalam hidup aku. Kenangan lama-lama.

Dannnnn semua diary tu aku dah bakar. Adik aku yang ikut jejak aku, adik aku yang bongsu. Itu lagi melampau, siap ada kunci lagi. Tapi aku terer, siap adjust2 lagi nombor-nombor tu nak baca diary dia. Sebab?? dia adalah manusia yang suka curik baca diary aku. Balas dendam. btw, aku ingat lagi time tu dia dajah 4 dah start tulis karangan kan. Since tu lah dia pandai  tulis diary. macam tak sangka pulak adik aku boleh meluahkan macam tu.Tulah, bila fikir-fikir semula, rasa kelakar kan dengan perubahan emosi dan persekitaran dalam umur-umur tertentu.

Sekarang, aku masih lagi memerlukan personal diary setiap tahun. Of course lah permulaan muka surat tu aku tulis goal setting untuk tahun tu. Every 3 bulan macam tu, aku review semula. Now aku lebih banyak guna untuk tulis perbelanjaan aku dan planning sesuatu yang berbentuk nombor lah senang kata. Kalau rasa gatal-gatal tangan, masih lagi aku menulis kat diary tu. Dulu, every night sebelum tidur wajib menulis. Dannnnn yang paling aku tak boleh lupa, aku pernah letak gambar #Fahrin Ahmad kat muka depan diary aku.Konon-konon macam tu lah lelaki idaman aku. Target waktu zaman remaja. Sekarang, nan ado lah.well, sampai sekarang masih minat dia, cuma tak sefanatik dulu lah. dah tuo dah pun sekarang kan.

Papepun, inilah kehidupan. i still love diary!!!


No comments: