Friday, July 1, 2011

Tidak sempurna

Nota ini ditulis tanpa emosi di pagi Jumaat.
Kadang-kadang tak perlu kefahaman kenapa semua orang tak mcm kita. Benda ni comman sense.Ada orang tak kisah pun dengan percaturan hidup dia. Komitmen tu umpama makanan yang terselit di celah gigi. Padahal orang lain berusaha beli pencungkil gigi dan kadang-kadang sanggup spent duit yang banyak semata-mata untuk gigi yang cantik.

Kerja aku tak pernah stress. Tipu kalau tak stress. Stress aku sebab aku memang nak minta pindah. Itu sahaja. Belajar tak stress sebenarnya. Lagi-lagi kalau kaki tidur macam aku. Tapi paling stress sebab dapat grouping yang tak menyumbang langsung kadang-kadang. Fine, kawan memang kawan. Tapi bila part komitmen masing-masing, silalah berlaku adil dengan yang lain. Orang lain pun punya masalah, tapi dapat juga siapkan. Due date yang diberi bukan sekejap, lama dah.

Kesempurnaan itu perlu. dan aku pun mencari kesempurnaan. Walau hakikatnya aku memang tak sesempurna mana dalam setiap pekerjaan aku. Tapi kalau kita dah bersetuju untuk membuat keputusan sambung belajar, komitmen tu penting kan. Sebab ini bukanlah tugasan persendirian. Ini melibatkan kumpulan. Masalahnya dah lama kan dah bahagikan part masing-masing. Malangnya tak semua dalam satu tandan pisang tu masak ranum bersama-sama.

Umpama panaskan kuali untuk goreng pisang goreng makan petang. Malangnya tepung jenama sauh kehabisan kat kedai. Mungkin juga informasi yang diberi melalui balasan email tidak jelas. Tapi kenapa yang lain ok sahaja. ??

Apa pun, ia mengajar aku satu benda tentang sifat manusia. Belajar tentang siapa orang itu sebenarnya. bagaimana ia menghargai masa. Bagaimana dia uruskan kehidupan dengan komitmen. Aku bukanlah orang yang sempurna, tapi sebaik mungkin aku tak mahu menyusahkan orang lain.

Habis satu Part

Terkadang aku seronok melihat kasta-kasta dalam masyarakat. Mereka dengan dunia mereka, dan aku dengan dunia aku. Mereka sangat bangga dan confident dengan dunia mereka, dan aku juga punya harga diri dan bangga dengan dunia aku. Mungkin aku tak se-branded mereka. Aku juga tidak sekaya mereka. Aku juga tak se-happening mereka. Aku juga tak selalu pergi makan restoran yang mewah-mewah. Tapi aku bangga dengan apa yang aku miliki. Memang aku tak sempurna seperti kamu..kamu dan kamu...tapi aku bangga dengan kehidupan aku.

Perjalanan kehidupan kita tak sama. Kamu lain, aku juga lain. Cara kamu berfikir dan cara aku berfikir mungkin tak sama. Mungkin juga apa kamu yang tafsirkan tentang sesuatu ayat tu tak sama dengan apa yang aku fikirkan. Keadaan sekeliling kita mempengaruhi siapa diri kita sebenarnya. Tapi aku sesekali tak akan membenarkan kehidupan menjadi ketua dalam perjalanan kehidupan ini. Aku tak sempurna seperti kamu, kamu dan kamu. Tapi aku punya harga diri.

Tak perlu menjadi orang lain untuk kelihatan tak loser.You have your own pride. Sampai bila nak berlakon, kalau itu bukan diri kamu. Tak selamanya dalam hidup kita berjumpa dengan orang yang baik. Kadang-kadang kita terjumpa dengan orang yang salah. Tidak mengapa inilah kehidupan. Tak selamanya menjanjikan kehidupan yang indah-indah sahaja. Aku tak sempurna, tapi tak perlulah menjadikan ketidak sempurnaan orang lain untuk mendabik dada. Kamu juga harus melihat cermin dan melihat diri kamu sebenarnya.

Hidup ini penuh dengan karma. Kamu harus percaya ia memang wujud. samada kamu sedar atau tidak ia memang ada. ingat dimana tempat kamu berpijak, dimana kamu sebelum ini. Akan datang belum menjanjikan apa-apa kerana mungkin belum pasti kehidupan kamu sehingga itu.  Semua orang harus bangga dengan kehidupan masing-masing, dunia masing-masing. Namun jangan jadikan alasan untuk kamu mendabik dada. Peringatan untuk diri sendiri.

End

~sekadar watak picisan dalam ini cerita~






4 comments:

Izz Collection said...

hang tak kerja ka. ka ini kerja hang. hahaha

Dari sudut Hati kecilku said...

SIOL LAH HANG..
ha ah, harini akku xd keje. tu yg boleh update .dah senyapppp

zylang said...

uiks,
lain macam jer bunyi nyer..

Dari sudut Hati kecilku said...

kannn..
ayat perli tuh..
tapi bukan org2 y rapat lah kt sekeliling aku..klu ko rewind semula, sure ko tahu siapa y ku maksudkan...