Monday, August 29, 2011

eid mubarak


Alhamdulillah sempat lagi merasa bersahur buat kali yang terakhir dalam tahun ini.
alhamdulillah, sepanjang 28 tahun ni..barulah aku completed bersahur tanpa skip.
Kecuali hari-hari yang tak membolehkan aku berpuasa lah kan.
Pukul 5am setiap hari bangun dengan sendiri tanpa rasa malas.
Itulah, kalau kita dah tanam azam awal-awal...semuanya boleh menjadi kenyataan.

Harapan aku, agar apa yang aku buat sepanjang ramadhan ni ,aku boleh istiqamah.
Nak terima hidayah itu senang, tapi nak pertahankan itu memang sukar.
Memetik kata-kata ustaz waktu tazkirah di masjid tempohari
" adat didunia, yang datang akan pergi..begitu juga ramadhan. Tapi adakah ini ramadhan yang 
terkahir buat kita? "
Entah, agak tersentuh bila mendegarnya. Para anbia/ulama akan menangisi pemergian ramadhan.

Akupun rasa sedih bila Ramadhan ingin melabuhkan tirainya.
Masakan tidak, bulan ini bulan yang sungguh tenang bagi aku.
Bulan yang menunjukkan jika ia bukan terbaik bagi kita, Allah akan tunjukkan.
Bulan yang segala ujian-NYA mampu ditempuh dengan tenang.
yang pastiiiiii......bulan yang boleh berdoa sebanyak-banyaknya...
Mudah-mudahan doa kita akan diangkat ...

KadAng-kadang untuk mencari yang terbaik..
kita harus berubah menjadi yang lebih baik...
semoga aku akan lebih istiqamah..

SALAM IDULFITRI 1432H



No comments: