Thursday, August 4, 2011

Dalam surau pun boleh



First time aku pergi surau dengar radio dalam surau. Oh, mungkin aku seorang yang jakun. Yelah, akukan ortodoks, jadi banyak benda pun aku jakun kan..ada aku kisah? Mungkin pada sesetengah orang biasa, pada aku memang tak biasa sangat. Selalu pun kalau pergi masjid/surau in between nak masuk isya' tu kalau pasang lagu pun, bacaan ayat-ayat quran. Mula-mula aku ingatkan lagu nasyid (ok lah, dimaafkan walau macam tak sesuai)..tapi siap lagu Jamal Abdillah and ada satu lagu tu lupa. Sebab aku tengah solat.

Sebenarnya aku n the gang's singgah solat magrib lepas berbuka. Surau ni kat Tanjung Adang (matiklah aku kena pangkah jadi menantu org Tg.Adang). Si pakcik ni (baya-baya atok-atok) masa aku masuk surau tengah baca quran. Tak tahulah kalau dia mengadap quran je. Siap dengar radio lagi. Serius aku tak khusyuk solat. paling best tengah aku solat tu boleh pulak dia cakap pasal politik. Hentam kerajaan. Entah, nampak macam dia tengah marahkan cikgu sekolah kat situ. Nampak tak aku tak khusyuk?? cakap kuat gilaaa, semangat sehh atok ni.

Masuk dalam kereta, kitaorang memang mengumpat habis lah. Nak tegur orang dah tua. Entah apa-apa je orang kat tempat ni. Mungkin tak semua, cuma pakcik tu kot (nampak macam dia imam). Tapi aku sure dia ni memang anti kerajaan. Sepatutnya bulan puasa ni, in between nak masuk isya' tu bacalah quran ke. Si lelaki yang melayan pakcik tu pun satu, tak payah layan kan boleh. Tak kena tempat lah kau nak dengar radio dan cakap pasal politik. Ni kalau Man baca entry aku ni, marah dia. dah kampung dia, surau yang aku pergi ni pun dia punya company yg consruct.

tak sesuai ok nak dengar hiburan yg lagha dan mengumpat dalam masjid/surau!!


No comments: