Thursday, August 25, 2011

IFTAR @ Horizon Hill Golf & Resort


Aku masih lagi berminat untuk mecatatkan kisah IFTAR ku
Rezeki bertambah murah lagi bila diajak IFTAR di luar
Kali ni zam ‘belanja’ berbuka puasa  FREE di Horizon Hill Golf & Resort
Kali ni ku terpaksa drive sendiri, sebab tempat ni kat ‘atas’
Selalunya, zam pick up aku. Sebab selalu tempat IFTAR kat’ bawah’

Aku jek faham apa itu atas dan apa itu bawah


Tempat ni kat area Bukit Indah. Kawasan-kawasan ni agak elit jugaklah.
Tak adalah jauh sangat dari rumah aku. Sebab tu berani keluar pukul  7pm.
Even macam dekat, akupun tak pernah masuk area ni..wakakaka
Selalu pergi Bukit Indah semata-mata nak  pergi JUSCO dan jogging.
Hambik kau, scary gila dah aku rasa bila nak mencari lokasi tempat ni.

Dengan resident yang kurang, kawasan ni still under construction lagi
Kereta pun kurang masa aku nak mencari lokasi.  Aku lagilah agak cuak.
Dalam kepala dok fikir, ‘what if tetibe ada mat indon/sesapelah tahan’
Lepas tu aku kena rompak ke rogol ke, mcm cite2 dalam paper tuh kan.
Tapi zam cakap, terus je sampai penghujung jalan..
umak aiiii, scaryyyyy gila dowhhh. Dengan resident elit kat sini mcm tak berpenghuni.
Kot hujung minggu singaporean baru datang jengguk rumah kan.

Akhirnya jumpa jugak, walau dah nak termasuk kawasan resident elit kat sini.
Nasib ada pak guard India yg baik hati tunjuk arah (ce tetibe ada komplot tahan aku kan kt depan tu)
See punyalah negative gilaaaa aku dok fikir kan…
Sesampai-sampai nya kat sana, dah buka puasa.
Tempat ni quite huge lah. A bit romantic (sebab ala-ala lampu kurang), environmentnya.



Tempat makan dia agak luas dan selesa.
Sure kau tak terlanggar vontot nak ambik makanan.
Eh, lupa..buffet  kat sini sangat kelasssss dan sedappp kau tahuuu..
Nasib aku tak tolak ajakan zam untuk tak nak makan kat sini…
Tapi kali ni, memang aku tak sempatlah gedik nak ambik picha buffet dia
Sebab syok menikmati makanan yg memang lazat gilaaaaaaa..




: Sempat snap picha, entah bila nak datang lagi kan:

Sera: Me : Ziha


: Kali ni zam ayu sikit sebab datang pakai baju kurung..;-p :





: Changing room/toilet dia kelassss kau. Tetibe teringat gym clark Hatch ku :
lepas raya sambung balik yeeeee





: Dalam banyak-banyak picha, aku suka yang ni :





: hello, kaunter dah tutup ehhhhh :

P/s : after solat maghrib tu, kitaorang still duduk lagi sembang-sembang sambil sambung makan. Tapi staff kat sini sibuk kemas-kemas meja, siap susun kerusi bagai. Haiiihhh, macam nak halau suruh balik cepat kannnn.







: Tempat ni masih baru :





: kami lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :




Balik-balik aku singgah isya’ kejap dekat Masjid Perling sebelum sampai rumah
Dalam hati nak terawikh sekali, tak kisahlah dapat 8 rakaat
walaupun time tu diorang dah 12 rakaat kan
Dengan penuh confident aku join saf Jemaah lepas solat isya’
Tetibe imam baca doa (aku positif lah mungkin lps 8 rakaat baca doa)
Macam yg biasa buat kat Masjid Tampoi indah yg biasa aku pergi
Tetibe je imam baca niat untuk solat witir pulak
Aku Tanya makcik sebelah, ‘dah solat witir ke?’
Makcik tu jawab “ha ah’

Ok, fine..terus keluar saf dan aku buat solat ba’diah isya’ je lah.
Bestlah Masjid Perling ni, sebabnya??
Kalau kat Masjid Tampoi  Indah 10.30++ baru habis solat terawikh
Tapi kat sini belum sampai pukul 10.00pm dah siap.
Bacaan imam kat sini bukan laju pun, dia tak baca surah lazim pun.
Imam baca surah-surah yang panjang dalam Al-Quran.
Tapi aku rasa, sebab imam kat sini tak melengahkan solat
Sebab  in between nak solat isya’ dan terawikh tu, tak tunggu lama pun.
So aku rasa, seronok nak pergi Masjid ni malam-malam berikutnya.

Mata aku ni pun jahat jugak. Sambil menyelam sambil minum air kan.
Ehhh, bukan tengok lelaki ye. Tapi kalau terjumpa calon suami kat masjid pun, best jugak kan.
Kat sini, aku tengok jemaahnya pergi solat ada yang pakai beg LV..selipar Guess..
Kau mampuuuu??? Original Yeeee..
Itu belum lagi telekung yang  fancy dengan corak bunga yg timbul-timbul
Kau aderrrr???






1 comment:

Anonymous said...

Dalam horizon hills ni ada surau tak ?