Thursday, August 11, 2011

Mati itu PASTI

Harini genap Ramadhan yang ke 11. InshaAllah tak lama lagi akan bermula lah awal 20-an Ramadhan.. Yang mana ianya adalah malam yang dinantikan untuk tempoh itu, malam lailatul-qadar. InshaAllah doa kita akan dimakbulkan dan kita kena berusaha menambah amalan. Sebenarnya aku takut, takut sebab kebiasaanya penyakit M aku akan bertambah pada hujung-hujung Ramadhan. Lebih-lebih lagi, masa ni lah nak buat kuih, masa ni lah nak shopping, masa ni lah nak jahit manik kat baju last -last minit. Tapi aku berusaha, walau sekarang penyakit mengantuk aku menjadi-jadi.

Aku tunggu lama sangat nak baca update seseorang. Aku anggap dia sebagai idola aku dalam pelajaran, kerjaya etc. Aku follower blog dia sebelum aku jadi follower blogger yang famous mcm Hanis zalikha, Peeja, kak Di, Ceera etc.  Bila baca blog dia tadi, aku betul-betul baca dan masuk dalam kepala. Kadang-kadang dalam hidup kita ni, sampai satu tahap kita ingin mencari siapa diri kita dan yang paling penting pada aku satu ayat 'KETENANGAN'. Alhamdulillah, dia menjumpainya. Dan, aku berusaha ke arah itu. Pada masa sekarang adalah masa yang berharga untuk aku lebih bermuhasabah diri. Segala formula yang diterapkan tu, memang benar.

Bagi mereka yang kembali menemui-NYA di bulan yang mulia ini sangat bertuah. Bagi diri aku sendiri, beberapa tahun ini, aku ada kehilangan orang-orang yang rapat di kalangan ahli keluarga pada bulan yang mulia. Lepas balik dari solat tarawikh semalam, aku dapat msg dari Epul yang bapa dia meninggal dunia. Sebelum berbuka, aku ada text dia tentang condition bapa dia..tapi dia tak reply. Sebab semalam dia ada msg aku bapa dia masuk HSA. Ralat, sebab office aku dekat je dengan HSA, boleh je kalau siang semalam aku singgah kejap. Tapi aku memang betul-betul terlupa.




Ni aku post kat wall dia atas permintaan dia. Masa dia text aku, time tu aku belum tidur lagi.


Aku sempat melawat jenazah arwah pagi tadi dengan Shukri dan Kirin kat Pontian. Mengikut kata Miza (wife Epul), kanser usus arwah dah stage 4. Dua hari muntah darah dan akhirnya dia kembali menemui pencipta.



Dua hari sebelum sebelum arwah ayah dia meninggal,
Epul updated dia bakal jadi bapa, of course lah kalau kau kat tempat dia, kau akan rasa excited.
Tak sangka, at the same time dia happy akan dapat orang baru..
at the same time juga, dia kehilangan org yang dia sayang...


Banyak asbab musabab aku tulis entry ni. One of adalah tentang Value of Friendship. Aku memang appriciate sincerity of Friendship. Secondly, kesedaran diri untuk berubah kepada yang lebih positif . Thirdly bila dah umur 28 tahun dan dengan bermacam-macam kejadian alam, aku takut sangat Allah ambil nyawa aku dalam keadaan aku buat dosa. Dalam keadaan aku belum cukup bekalan ke akhirat. Aku tak sempurna. Banyak halangan yang aku kena tempuh untuk mencapainya. Dengan pelbagai ujian disebabkan faktor sekeliling, hanya diri sendiri yang mampu menjadi benteng. Kadang-kadang azam kuat, tapi pelaksanaan kurang. Apapun, yang penting Mati itu Pasti. Bila melihat kematian insan lain, aku jadi insaf.


-Miza-
Ramadhan 11





No comments: