Monday, August 22, 2011

Tentang Hati

Kalau boleh, tak nak lah melatah ...
Benda ni rutin hidup..Kitaran hidup..
Kalau boleh, tak nak rasa tertekan sangat..
Hidup ni penuh dengan pebagai warna warni..

Bila kita Darjah 6 target untuk dapat 5A's
Bila Tingkatan 3 kena target dapat 8A's
Bila SPM kena target lepas ni course apa yang nak ambik
Bila Dah habis IPTA/TS sibuk cari kerja..
Bila dah ada kerja, sibuk pula nak cari calon..
Bila tak kahwin lagi, mesti orang persoalkan
Bila dah kahwin pulak, sibuk persoalan tentang anak..
Bila dah ada anak, sibuk membanding-bandingkan kepandaian dgn anak org lain..
Bila anak dah besar..risau anak tak kahwin-kahwin lagi..
Bila anak dah kahwin, satu kelegaan yang terucap..

Semestinya semua orang pun ada target kan..
aku pun sama...merancang pada setiap usia..
Tapi kena ingat, jodoh,pertemuan, semuanya di tangan tuhan..
Kita sebagai umat hanya mampu merancang..
sekurang-kurangnya kita ada panduan untuk menggapai

Tak semestinya yang kita sayang/terbaik bagi kita..
Itu adalah yang terbaik di sisi Allah..
Tak semestinya kita merancang segala-galanya npk sempurna..
itu yang pasti akan terjadi, jika dia bukan jodoh..

Semua yang berlaku ada bersebab..
Setiap individu ada sebab untuk memilih..
Setiap individu ada sebab untuk tak memilih..
setiap individu ada hak untuk tawakal..

Untuk mencari yang terbaik..
semestinya diri sendiri yang harus berubah/muhasabah utk jadi yang terbaik..
barulah boleh/akan memiliki pasangan yang terbaik...


Tak semestinya kita cuba berubah untuk jadi yang terbaik..
side lain akan pilih kita sbg pasangan hidup..
sebab itulah, Allah tahu apa yang terbaik buat kita..
Mungkin dia bukanlah terbaik buat kita..
Tapi terbaik untuk orang lain..

Buat masa sekarang, aku cuba realistik
Tak perlu terlalu mengongkong/cemburu..
Jika namanya Lelaki..jika dia berniat nak curang..
dia akan buat juga dgn cara yang kau sendiri tak duga...
Jadi sbg perempuan apa yg perlu buat??
Inilah nasib perempuan kan..

Jika tak mampu melaksanakan janji
tak perlulah menabur janji setinggi gunung..
lebih-lebih lagi jika melibatkan keluarga..
Fikirkanlah sendiri akibatnya..
semoga tuhan merahmati kamu....

Aku tak terdesak lagi untuk komitmen
walaupun aku sendiri mendapat desakan dari pelbagai pihak..
Walau keinginan itu memang ada..tapi Allah yang lebih tahu segala-galanya..
Mungkin mengecewakan orang tua sendiri..
Tapi apa sebenarnya yang berlaku, biarlah aku simpan sendiri.

Aku tak mahu orang pandang kasihan melihat aku membujang..
'kesiannya dia..takda sapa yang mahu'
'Tulah sapa suruh jual mahal, kan dah tak de sapa yang nak'
Pandangan-pandangan yang selalu dilontarkan..

wahai makcik-makcik/pakcik-pakcik/kawan-kawan..
siapa yang tak nak ada pasangan mcm org lain.
korang tanya lah org gila kat tepi jalan pun nak...
Tapi, dari buat keputusan kerana terdesak...
Tapi hati tak bahagia buat apa...

Cerita lalu adalah kisah silam yang menjadi pengajaran berguna..
Mungkin ada yang buruk dan ada yang baik..
Tapi sekarang ni kalau sesiapa tanya aku..
aku akan jawab, " aku lebih tenang sekarang berbanding dulu"
Dan kalau boleh, biarlah ia berlalu sahaja
Dan kalau boleh, satu hari nanti biarlah ianya seperti tidak wujud.

Mungkin satu hari nanti, prinsip yang aku pertahankan sekarang,
Mungkin boleh sahaja berubah mengikut waktu..
aku hanya mampu berdoa agar ruhan lembutkan hati aku..
Ini bukan sebab kecewa ke apa atas kisah silam..
Perkataan tu dah tak wujud lagi dalam diri aku..
Cumanya.....hanya aku yang faham...

tujuan aku menulis ni, sikit pun bukan nak dapat simpati
cuma nak mendapatkan sedikit pemahaman dari org di sekeliling aku..
Tak kisahlah nak pandang aku macamana pun...
dari pandang yang bermacam-macam..
apakata doakan aku boleh?

Aku tak pernah menyusahkan korang kan..
Aku beli apa yang aku nak guna duit sendiri..
Belum lagi terdesak nak meminjam dari korang...
Mungkin ayat ini agak riak..Tapi percayalah..
Selama aku berkawan dengan orang, aku tak pernah kikis mereka..
Semua yang aku nak, aku guna duit aku sendiri..
Memang aku demand, sebab???
Lelaki kan khalifah dalam keluarga.
Mungkin pendapat aku silap, tapi itu pendapat aku

aku tahu takda sapa pun nak baca
aku cuma tulis untuk kepuasan aku sendiri...
sesuatu yang tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata..
Aku suka dengan perumpaan ini,
" Bahagia ini macam rama-rama..makin kita kejar, makin dia lari..Tapi kalau kita tak kejar dia, dia akan datang sendiri'


Semoga Allah memberikan sedikit sinar/kelembutan hati buat diri ini..

dari hati
-Miza-
22Ramadhan



No comments: