Friday, September 9, 2011

Dari Muar Ke Seremban


Ini adalah cerita raya ke-3 ku. Pagi-pagi lagi abah dah ajak pergi Negeri Sembilan rumah bibik aku.Sebenarnya dah dirancang sebelum raya, sebab bibik aku tak sihat.Sebelum sampai kat Serting, singgah kat rumah paman aku kat Palong Timur Segamat. Kebetulan nak ambik adik bongsu aku yang ikut balik sepupu aku kat sini. Kebetulan juga, adik-beradik abah aku konvoi dari rumah paman aku kat sini juga.

Ini baru dua kali kot aku datang rumah makcik aku kat Serting ni. First time masa kecik. Lepas tu, bila time sepupu aku kahwin, aku memang tak attend. Time sepupu-sepupu aku kahwin, aku sibuk study dan nak exam. So, bagi aku yang buat pertama kali drive sampai rumah dia ni, aku assume jauh lah. Sebab pokok-pokok sibuk nak bagi salam kat aku kan, plus aku ni tak familiar kat area ni.*sigh*

Agak petang, barulah kami beransur pulang. Tapi aku sekeluarga meneruskan perjalanan pergi ke Seremban. Kebetulan atok aku kat kampung dah janji nak datang rumah makcik aku kan. So, sama-samalah beraya sampai ke Seremban. Tapi perjalanan nak sampai ke Seremban makan masa yang panjang. Padahal tak sampai 2 jam dah boleh sampai.

Konon tak nak lalu Tampin, nak elak bukit putus. Tup-tup hambik ko dari Kuala Pilah ke Seremban adalah 2 jam. Kenderaan memang banyak, bukan sebab accident ke apa kan. Tapi lalu jalan baru nak ke seremban memang best. Tak macam ikut Bukit Putus dahulu kala. Bila sampai Seremban, ingatan aku masih lagi kuat. walau dah beberapa tahun meninggalkan Seremban ni, masih boleh ingatlah jalan dan tempat-tempat kat sini. Tapi still calling makcik aku lah, kalau confuse. Disebabkan terlebih pandailah akuni, aku potong ke Senawang untuk ke Mambau. Tapi kesian adik aku yang naik kereta lain. Sampai bandar Seremban dah pening. Nasib tak patah balik Johor. So selfish. Dah katanya nak update dengan makcik aku kan. Takpelah Am, atleast dapat juga masuk bandar Seremban. Tak pernah masukkan.Sebab tu sampai tersesat-sesat.





Ni kat rumah paman aku kat Palong Timur Segamat

p/s: masa kat sini, sempat aku satu family beraya rumah family ita sebab satu felda tapi lain blok.
Sementara tunggu bibik(makcik) aku dari Moakil sampai sini kan. 




sempat tu snap time cik zek sedang dibuai mimpi.
Diorangni je lah yang tahan naik kereta dengan aku.
Kerana ku kan adalah chereweeeet.
contoh: sila lap tangan dengan tisu lepas makan apa-apa dalam kereta aku.
sebab tu lah syukur dapat adik macam korang yang dapat kakak macam aku ni.





Nak abadikan kat depan pokok yang besar tu lah kunun.

p/s: dah macam ustazah kau dik. Mudahan-mudahan cita-cita orang tua aku ada sorang anaknya yang hafaz Al-Quran dan belajar sampai Mesir (tipikal kan) akan tercapai. Sekarang pun, dia otw hafaz Al-Quran. Amin.




With her closed cousin. Anak Bibik Idah aku.
dah macam kembar. Tak boleh berenggang kalau jumpa.
Kitaorangni dah macam bukan kakak-kakak dia. Terpinggir..sedihhh.hahahaha.

p/s: aku orang jawa.so bibik is not for bibik yang maid tu. Bibik is makcik. Embah gedok is nenek. Embah lanang is atok lelaki. Paman is pakcik.Siwo is org yg lebih tua dari mak kita (lelaki/perempuan)




kat bandar Jempol...





Jammed gila kat jalan Kuala Pilah - Seremban

katanya nak elak dari lalu jalan bukit putus kan..
Tapi, sama je. Bukan ada apa-apa accident ke apa.
Tapi kenderaan memang banyak haritu.





massive jammed...



see, massive jammed



Rasa seronok sebab ada pemandangan sebegini
*hilang rasa stress dalam jammed...




sesampainya, pakcik aku dah siap buat bbq
aku yang memang dah kebuluq sangat-sangat, melantak lah kan.



No comments: