Monday, September 26, 2011

i-k-h-l-a-s

Dah lama tak naik bas. Dah lama jugak tak menapak dan naik bas sangku-sangkut. Dah lama juga tak tahu harga nak pergi satu stesen tu berapa RM. Lepas tu macam orang bodo kan tercengang-cengang nak tekan bell button. Tengok kusyen tempat duduk, berlapuk sangat. Timbul rasa geli, haisyyy sifat.... Bila berjalan kaki, serius banyak benda yang kita nampak. Selama ni cuma driving laju je, tanpa tengok apa yang berlaku kiri kanan. Tak perasan pulak, eh rupanya ada kedai macam ni kat tempat ni.Selalu terlepas pandang. Sebab selalu pegang stereng. Bila berjalan kaki, diri jadi insaf sekejap. Tengok satu keluarga anak ramai, bawa barang-baang banyak gila. Kesiannya, dalam hati. Bila sampai bus stop, tengok seorang ibu sedang memangku baby, adalah kot dalam 4 bulan macam tu. Kesiannya, itu je lah yang aku mampu cakap. Kesianlah, sebab baby tu kecik lagi. Tapi dah terdedah dengan pencemaran atmosfera yang macam-macam.

Sesekali kalau kita berjalan dan memerhati orang lain, secara tak langsung menimbulkan rasa insaf. Rupanya kita lagi beruntung walaupun kita rasa kita banyak kekurangan. Banyak lagi benda yang kita tak dapat. Banyak lagi yang kita rasa ak puas. Tapi itukan fitrah manusia, mana puas dengan apa yang ada. Senang cakap, tak bersyukur. Kadang-kadang aku selalu mempersoalkan tentang apa yang aku perolehi. Tentang apa yang memburu, kadang-kadang rasa rimas. Bila difikirkan semula, rupanya aku ni tak bersyukur. Itulah persoalan yang sentiasa memburu.

Kadang-kadang kita mempersoalkan tentang keihklasan seseorang. Susah sangat nak jumpa orang yang benar-benar ikhlas dalam zaman yang serba canggih sekarang. Dari orang atasan sehinggalah bawahan, buat sesuatu untuk mendapatkan imbuhan. Eh, tapi itulah yang pasti. Kadangkala aku jua begitu, ter-alpa sekejap pabila terlalu menjaga hati dengan harapan akan mendapat penghargaan. Padahal, aku tak harus ada niat begitu. Biarlah sesuatu yang kita buat diniatkan untuk tidak mendapat balasan. Teringat cerita 3 tahun lepas, i knew someone. Nasihat yang aku tak akan lupa sampai sekarang,  "belajarlah bersedekah, bila jumpa tong derma kat mana-mana sedekahlah walau RM1. Bila orang minta sedekah, derma lah dengan ikhlas walau belum tentu orang tu benar-benar miskin". Insha Allah rezeki yang kita dapat akan berkat walaupun gaji kita bukan besar mana.

Begitu juga dengan zakat pendapatan. Mungkin kadang-kadang kita lupa yang kita dah wajib bayar zakat pendapatan. Perasan macam gaji kecik dan tak layak bayar zakat pendapatan macam tu juga income tax. Zakat ni salah satu cara membersihkan harta, secara tak langsung rezeki yang kita dapat berkat. Berkat ni macam-macam cara sebenarnya yang kita sendiri tak sedar. Syukur punya kawan macam cik zam yang bercerita tentang zakat pendapatan ni, which is aku sendiri tak sedar walau bulan-bulan boleh je potong gaji.

Kawan-kawan datang dan pergi. Bila tukar status, masing-masing mengharapkan orang lain yang mulakan dahulu untuk sebuah silaturahim. Padahal sebenarnya sifat tu sebelum bertukar status dah nampak. Tapi tak apa, atok aku pesan " Kalau kita nak hubungan silaturahim tu berpanjangan, kalau orang tu tak mulakan dahulu, biar kita yang mulakan". Yang sebenarnya, memang penat sebab menjadi orang yang memulakan. Tapi bila kita ikhlas, insha Allah sifat negatif yang nak bersarang tu tak lama. Sebab tu aku selalu terperasan dalam tweet wardina safiyah "bersihkan hati..bersihkan hati". Sebab sifat takbur, riak, tabarujj ni kadangkala bertandang tanpa kita sedar.Akhirnya aku faham maksud tweet tersebut.

Kadang-kadang ada persoalan yang datang bertamu. Persoalan tentang ikhlas. Tentang bersyukur. Aku masih mencari erti sebuah keihklasan. Ikhlas menerima seseorang baik dan buruk. Bersyukur dengan ujian dan dugaan yang Allah kurniakan. Pernah tak dengar ayat ni, " bila tuhan sentiasa menguji kita, maknanya dia dekat dengan kita, maknanya dia sayang dengan kita". Sebab tu sifat sabar tu penting. Maknanya Dia mahu kita sentiasa dekat dengan dia. Ya, aku bukanlah sebaik mana. Tapi yang penting aku pegang prinsip ni, " kita hendaklah belajar dari kesilapan, jangan diulangi kesilapan yang lepas, jika kita ulang juga, itu maknanya pilihan, bukan kesilapan".


Aku pernah dengar ustaz zahazan punya tafsir Al-Quran kat IKIM. Kebetulan masa tu, malam sebelum tu aku bingit gila dengar radio ERA punya music yang remix ahad malam. Jadi secara tak sengaja, aku cari siaran radio lain dan terdengar siaran ni. Aku tak ingat ayat Al-Quran surah mana. Cuma doa tu dalam bahasa melayu-nya begini " Ya Allah ya tuhanku, bersihkan hatiku, ampunkan dosa silamku, pelihara kemaluanku". Doa ni dibaca sebelum keluar rumah, untuk protection diri. Lepas solat pun tak apa. Akupun takut hati aku hitam, sebab tu aku pohon sangat agar hati aku ni dibersihkan dari sifat negatif mazmumah.


Setiap amalan sangat tergantung pada niat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
Sesungguhnya amal itu tergantung dari niatnya. Dan setiap orang akan memperoleh apa yang dia niatkan.[2]
Dan niat itu sangat tergantung dengan keikhlasan pada Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala,
وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (QS. Al Bayyinah: 5)




andai masa berputar kembali, nak aku kembali pada zaman yang tak membuatkan aku berfikir seperti sekarang. Segalanya girang, serabut sebab nak kejar due assignment ditambah dengan aktiviti persatuan. Itu sahaja. Aku bukanlah complicated mana, cuma inginkan yang terbaik buat diri bila tinggal dalam planet bumi yang serba komplikated sekarang. Aku ingin membahagiakan kedua orang tua yang banyak berkorban dan juga berbakti untuk adik-beradik. I love them dunia akhirat. Aku bukanlah segarang mana seperti dalam bio yang sengaja poyo aku tulis begitu, tapi pengalaman lepas menjadikan aku sebegini. Terima kasih.




till we meet again






No comments: