Thursday, September 15, 2011

i love You!



Tadi aku re-update semula gambar-gambar lama dalam hard-disc. sebabnya, tiba-tiba cpu aku macam berat sangat. Semuanya pun lambat. Selain dari virus yang datang dari pelbagai sumber, aku rasa gambar-gambar yang aku save pun salah satu punca. Then, i see this picture. Taken 1 syawal 1432H.

Dia adalah adik aku yang bongsu. 14 tahun sekarang. Tinggal dia sahajalah adik-beradik aku yang masih bersekolah. Aku harap, adik aku baca apa yang aku tulis ni lepas balik cuti dari asrama nanti. sebenanrnya dia pun ada blog. Gila hebat budak-budak sekolah sekarang pun ada blog. Dulu aku tulis kat buku je. Sekarang, hebat-hebat budak zaman sekarang!

Akak tahu kadang-kadang adik marah dengan kami semua kakak-kakak adik. Tapi adik kena tahu, yang kami cakap dan tegur untuk kebaikan masa hadapan adik juga. Tak salah nak berkawan. Tapi jangan salah pilih kawan. Kitaorang tahu yang adik sekolah agama, kitaorang semua ni cumalah sekolah biasa. Tapi, kalau ada benda yang tak betul, tak salah kan kalau kitaorang nasihat.

Mungkin cara kakak-kakak adik ni nampak macam busy body. Akak kalau marah memamg direct. kalau kak zai, dia cakap biasa je..tapi berbisa kan. Akak dengar pun terasa bisa. Kitaorang ni semua nak adik belajar pandai-pandai. Ingat apa impian abah tu untuk adik. Hafaz Al-Quran sampai habis, belajar sampai boleh pergi Mesir. sebenarnya tak payah sampai Mesir pun tak apa, kat malaysia pun dah cukup IPTA.

Tapi, nak sampai ke tahap tu apa yang diperlukan? mestilah rajin belajar. Fokus. Benda-benda lain macam boyfriend tu tolak tepi kejap. Kitaorang pun pernah berada dalam usia adik ni. Nak berkawan boleh, tapi biarlah kawan tu yang sama-sama menyokong untuk rajin belajar. tapi zaman tu, kitaorang tak ada gajet-gajet canggih ni. Adik darjah 5 dah pakai telefon (it was my mistake kot, sebab akak yg bagi). Then form 1 abah dah belikan laptop (walau cuma dapat guna time cuti sekolah). sebab tu, kitaorang takut sangat benda-benda tak elok ni terjadi disebakan teknologi. Sebab tu kitaorang selalu bising kalau ada spend time banyak depan pc untuk FB etc dari menghadap buku.

So, adik kena ingat apa yang kitaorang selalu bebel dan tegur tu bukan kitaorang tak sayang adik. sebab kitaorang sayang adik lah kitaorang cakap. Mungkin adik ingat tak adil lah sebab kitaorang tak pernah kena marah dengan mak abah. Tapi adik jangan tak tahu, zaman kitaorang dulu lagi teruk kitaorang kena marah. Peraturan abah time tu ketat sangat.sekarang bila kitaorang dah besar, dan adik je yang sekolah, turn kitaorang pulak ambil alih apa yang mak abah pernah tegur kitaorang dulu.

So, belajar rajin-rajin. Jangan malas. Nak berkawan tu, tak kisahlah lelaki atau perempuan, pilih kawan. Sebab kawan ni lah yang boleh jadikan kita siapa kita hari akan datang. Kitaorang semua sayang adik. Sebab tu kitaorang nak tengok adik lagi berjaya dari kitaorang.


-akak-

(lap air mata..tersedih kejap ;-p)


Tapi yang aku suka adik aku ni, sebab dia kalau marah kejap je. Rasanya semua adik-adik aku macam tu. lagi-lagi adik-adik aku taulah perangai aku ni macamana. Lepas tu, kalau aku suruh buat tu ini(especially kerja rumahlah), mesti tak bantah. seronokkkkk..







No comments: