Tuesday, September 6, 2011

Marhaban VS Baraan


Macam biasa bila hari raya ke-2 je, kat kampung aku ni ada marhaban.
Kat sini marhaban diklasifikasikan sebagai marhaban untuk golongan muda.
Golongan muda ada dua group, group lelaki dan group perempuan.
Biasanya marhaban ni asing-asing lah antara lelaki dan perempuan.
bayangkan sehari kena pusing semua rumah kat kampung akuni marhaban.

kalau baraan pulak untuk orang-orang tua.
Biasanya baraan ni hari raya ke tiga.
Baraan ni biasanya takdelah nak baca macam marhaban.
sebab biasanya orang-orang tua ni akan datang macam beraya.
Biasanya golongan ni combine lelaki dan perempuan .
Lepas tu, tuan rumah biasanya masak sedap-sedap.

Tapi sekarang ni tak macam dulu.
Jujur aku cakap, aku ni 'kena' join marhaban dari sejak aku tadika
sampai umur aku sekarang.
Atuk aku memang bising kalau tak pergi.
Dulu rajin juga aku join dari pagi sampai habis. Agak-agak matahari dah
tak berapa nak nampak
barulah sampai kat rumah kan.
Sekarang ni, dapat half way pun dah ok.

Alah, sama je dengan orang lain aku tengok.
Awal-awal je penuh orang.
Bila dah dekat-dekat tengahari, kuantiti tu dah berkurangan.
Tak macam dulu, meriahhhh sangat...
mak usu aku cakap, kalau geng lelaki menantu-menatu nak juga ikut.
tapi perempuan, susah sangat nak jumpa.

lepas tu, biasanya mula-mula marhaban tu baca slow-slow
bila dah tengahari sikit, dah penat..bacalah laju-laju.
satu rumah tu estimate berapa minit je, punyalah nak bagi cepat habis kan.







First time try pakai tudung owning
ni pun pinjam Cik Noi punya.
nasib  matching dengan baju....
Itupun sebab capai je mana yang dapat, atuk dah bising-bising kitaorang lambat.



Dulu masa kecik-kecik pergi marhaban naik basikal.
Time ada motor, bonceng sampai 4 orang pun pernah.
Time tu makcik-makcik aku semua rajin nak join.
sekarang bila ramai yang dah kahwin, tak dapatlah kan.
Sekarang budak-budak kecik umur 8 tahun dah pandai bawa motor.
Tak main lah basikal-basikal nih. Penatttt.....






tak ingat rumah nombor berapa
yang penting kitaorang sampai dah suku rumah  diorang pergi marhaban.





Masa kat rumah ni dah waktu makan.
time pukul 1.30pm macam tu.
nasib dia hidangkan nasik lemak.
memang betul-betul licin kat rumah embah ni.



JUST SHARING THE ENVIRONMENT OF MARHABAN AT KAMPUNG







Dan macam biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ni,
aku tak pernahnya sampai habis marhaban satu kampung.
Sebab itulah azam tiap kali disuruh pergi marhaban.
Pergi beraya rumah mak usu aku, macam kena perli-perli pulak.
Apa ada hal, aku cuma cucu orang kampung ni je (berlagak pulak).





No comments: