Sunday, September 18, 2011

new phase

Bismililahirahmanirahim..

Alhamdulillah, akhirnya aku dah berada dalam stage yang ke-3.Tak sangka, sampai juga aku ke tahun yang matured ni. Bila dah masuk tahun ke-3, semua subjek adalah yang hardcore civil engineering. Dan seperti setiap semester aku akan menitipkan azam untuk mendapat cgpa dan cpa yang tertentu. Dengar macam poyo, tapi itulah realitinya. Walau, kadangkala azam tu sedikit terganggu aku masih dapat sampai ke tahun ini tanpa perlu extend semester atau drop paper. Lenjan sahaja. Pastikan tiada carry paper.

Alhamdulilah juga, buat pertama kali aku dapat cgpa over 3.5.Syukurlah kan. (walau sebenarnya ayat aku macam poyo).Sebab ramai kan yang dapat dekan, aku je yang baru nak dapat.Tapi kalau engineering course ni, memang susah sikit dapat dekan. Ada memang ada, tapi hanya segelintir. Itu yang betul-betul fokus. Bak kata seorang rakan yang bergelar lecturer, kalau boleh biarlah kita idamkan untuk menggapai matahari. Andai kita hanya dapat mencapai bintang, pun dah kira bagus'. Dia betul-betul encourage supaya kekalkan cgpa over 3.5 untuk senang sambung master dan continue dengan PHD which is not in my planning so far dude!!

Sejujurnya aku memang hanya belajar untuk dapat segulung degree , sebab as a govt.servant (tanyalah rata-rata, semua berpendapat macam aku) aku tak rasa kalau untuk post engineering, master dan phd tu boleh digunakan (as i know selama aku kerja lah, mungkin aku terlepas pandang). i knew it. Sebab dalam kepala aku ni, dapat J41->J44->J48.Rasanya ramai yang tittle J sampai ke tahap tu je sebelum pencen. Macam sebuah diskriminasi pada post J. Lainlah kalau post M. JUSA pun kau boleh pergi, naik pangkat senang sangat. Setakat hari ini itulah pendapat aku.

Tapi tak tahulah esok lusa, tiba-tiba aku ubah fikiran untuk bertukar profesion sebagai seorang ahli akademik pulak. Haruslah aku fokus untuk belajar sampai PHD. Yang sebenarnya, ilmu yang kita belajar ni adalah satu pengetahuan yang kadang-kadang tak semua orang dapat. Jadi, tak bolehlah aku simpan pransangka kalau habis belajar, aku harus berada dalam position tertentu. Tapi kena sematkan dalam hati, belajar untuk ilmu.Itu yang senior-senior aku yang kebanyakannya sambung belajar pesan. Insha Allah, kalau ada rezeki kita post tu akan dapat pada kita juga akhirnya.

Bila dah masuk tahun ke-3 ni, sejujurnya aku dah bersedia untuk menggalas sebuah tanggungjawab. Kalau ada rezeki dan jodoh, inshaAllah lah aku terima dengan lapang dada.Mungkin akan ada pada satu tahap, aku terpaksa bertungkus lumus dengan thesis, tapi aku percaya pada diri. Tak semua akan kita dapat serentak dalam satu masa. Sebab, bila dah sampai ke tahap ni pun aku dah bersyukur sangat. Sebab banyak yang aku face dan buat aku down sekejap dalam tempoh tertentu. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat dengan bantuan  Allah swt.(wajib percaya kan).

So, aku berdoa sangat agar hari-hari mendatang aku boleh tempuhi dengan tenang dan dapat uruskan segala-gala tentang kehidupan dengan lancar. Walau aku tahu, ada beberapa minggu dalam semester ni aku terpaksa 'bercuti' untuk sebuah majlis besar dalam keluarga aku. Kalau diikutkan date tu jatuh pada subjek design yang betul-betul crazy taught since aku diploma lagi. Sebabnya, kalau kau tak boleh bawa subject ni..kau umpama tak layak digelar civil engineer!! Hope aku boleh manage masa aku (dengan penuh harapan ni berdoa).

oh ya, bila dah masuk tahun ke-3, muka yang sama lah jumpa setiap semester. Kecualilah semester pendek. Kawan-kawan masa semester pendek hanya boleh jumpa waktu makan kat Meranti lah nampaknya. Then adalah muka-muka baru dari KL datang JB, macam tu jugaklah ada juga yang dari JB transfer KL. Itu semua faktor kerja lah kan. Lagi seronok, sebab ramai yang dah bertukar title. Alhamdulillah, seronok tengok kawan-kawan. Macam kawan aku, dalam tempoh dia belajar ni je dah nak masuk anak ke-2.Walhal dulu masa mula-mula start belajar, bujang lagi sama macam aku. see, how fast time flies..(nak cakap aku dah semakin dewasa, ;-p)

my wish is, i can manage my time wisely.i'm pray do not face with the same situation like other year and meet the wrong person in my life again. But i learned so much from the past history. Alhamdulillah at the end, i'm turn to Allah.Belive me, when we return to Allah, you will get peace we never experienced before.


Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”


till we meet again



with kak ila aka mama!!
open house UTMspace
sedih tgk laukpauk.sebab tak ramai pun datang.


ni namanya pose sesengal..
my besties friend ever after, insha Allah

p/s: sem ni keryn dhada misai and janggut.so, nampak sikit ke-machoaanya!



sanggar kota ada kat Hutan Bandar Mutiara Rini.
tempat You ada??





ni namanya feeling-feeling poyoss




 

1 comment:

Intanberlian said...

dok cari chat box tak jumpe. nak reply tentang penjagaan bridge tu.

jg hygeniene gigi, esp gosok gigi dan kemudian kalau boleh selalu buat scaling (every 6 months)

make sure tak ada bruxism (teeth grinding waktu malam2), kalau ada cepat2 dptkan consultation dentist utk dapatkan cap splint.. so crown takkan terhakis.

regards,
Intanberlian