Tuesday, September 6, 2011

Orang Kampung Beraya



How’s raya kawan-kawan ku eh? Mesti seronok kan. Now dah raya ke 8 eh?wah lajunyer..cepat masa berlalu. Konsep raya bagi aku senang jek, hari raya ni adalah momen untuk berkumpul saudara mara, saling bermaafan dan ziarah menziarahi. Aku masih tak faham lagi kalau ada yang beraya pada sesetengah orang tu cumalah hari untuk cuti panjang, salam-salam dan duduk depan tv. Lepas tu tak pergi rumah sedara mara (fahamlah kalau ramai yang datang rumah). Lagi best yang ambik cuti raya ni pergi bercuti.

Entah, mungkin akuni kekampungan dan dibesarkan dalam suasana yang memang kena menziarahi saudara mara time raya. Time-time macam nil ah nak kenal sedara mara. Kalau duduk depan tv, sure kena bebel yang telinga sangat sakit nak dengar. Kalau orang lain tak mulakan, biar kita yang mulakan menziarah. Semuanya aku belajar dari orang-orang tua dalam keluarga aku (walau sebenarnya pemalas dahulu kala). Bila dah umur-umur menjelang sore ni, baru terasa kelebihannya.

Every year tradisi keluarga aku sambut syawal kat kampung atuk aku kat Muar. Selagi atuk aku masih adakan. Sebenarnya seronok syawal ni sebenarnya persiapan nak sambut sambut syawal kot. Sebelum balik kampung, kemas-kemas dulu kat rumah mak aku kan. Masak-masak raya dulu, sebab dah ada yang mengunjung. Persiapan kat rumah mak pak aku ni kiranya sekali untuk event besar bulan 11 ni. So, takdelah busy sangat nanti. Bila sampai kampung, tengok makcik pakcik dan sepupu kecil ada, memang seronok sangat. Almaklumlah, keluarga aku ni semua nya dah besar-besar.

Pagi-pagi raya bangun awal sikitlah, sebab nak pergi solat raya kat masjid. Nasib baiklah baju semua dah siap gosok malam-malam kan. Kuih-kuih raya pun dah siap-siap top up malam-malam.  Jadi takdelah kelam kabut sangat. Tradisi keluarga aku ni, lepas solat raya makan kejap. Kalau tak makan, bermaafan dulu.Lepas sharing duit raya terus beraya rumah atok sedara yang dekat-dekat. Then baru ke kubur, dan sambung lagi beraya. Nak ngadap tv??? hah, aku rasa tahun ni punya raya memang tak der nampak lah nak duduk depan tv berejam. Tengok Tv pun sekali lalu (takpe, tonton ada..youtube pun ada).

Sebabnya?? dayo (tetamu) datang memang ramai. Mestilah nak menyibukkan diri kat dapur (aku tolong menyibuk je). Sebab, orang yang datang beraya especially yang jauh-jauh ni mesti lapar, jadi sebagai orang kat rumah..kita kenalah hormatkan tetamu. Tak delah bagi makan kuih majerin dan kerepek je kan. Aku tak tahulah tempat lain. Tapi kalau orang jawa, memang tak lokek pasal makanan (tapi sekarang, dah jadi trend org datang rumah, masak makanan berat). Kalau tak duduk rumah, kena kerah pergi beraya rumah sedara mara. lagi-lagi sekarang semua dah ada kenderaan. So no excuses!!

Tapi serius, tahun ni aku memang lepak gila. Mana tak nya, drive hari-hari. jauh-jauh pulak tu.  Dari Jb-Kota-Muar-Segamat-Bahau-Serting-Seremban-PD. Padanlah muka aku kan. Nak bawa kereta sendiri. Itu tak pe lagi, ni pelokek tak bagi orang lain drive kereta aku.wakakaka, Bukanlah kereta mahal pun. Akhirnya diri sendiri yang penat. Tapi tahun depan aku berkira-kira nak jadi penumpang, tapi nak duduk sebelah pemandu (sejak pegang stereng, kalau jadi penumpang kat  belakang..rasa nak muntah). Sebab ada orang tu nak beli kereta baru..wuhuuuuu...

Yang tak bestnya raya ni, muka ku ditumbuhi mak jerawat. Wahhh, nak menangis tengok bila 3 hari sebelum raya keluar. Tulah, melantak lagi sambal kacang. Lepas tu stress sendiri. Tak bagi chance langsung nak bercantik-cantik hari raya. Tapi takpelah, tetap manis apa (rasa nak bagi pelempang)..












: Raya bagi aku adalah masa untuk abadikan diri dalam kamera
tak kisahlah, mahal ke murah. Asalkan ianya kamera :



: korang dapat duit raya?? aku masih dapat lagi...
Tapi sekarang standardlah banyak keluar duit raya dari dapat lah kan..:





: keluarga wak sareah.
Tak semua yang ada atas sebab-sebab tertentu lah :





: Keluarga sayaaaaaa:
yang tiada cuma abah yang workaholic gila tiap 1 syawal 
Ada seorang anak tambahan lah ye...mau juga menyelit..





: my two funny little cousin :
Sarah Aqilah dan Sarah Amalin..
diorangni lah yang menceriakan rumah atok...





: the gedik's gegurl :




: Nasib baik dapat family member yang sekepala suka bergambar :




: action-action:

my sibling




: the girl in my family :




: Nak lompat sangatkan..so, kenalah kutip duit raya jatuh  dari  kocek:



: iniler kekdahnya :







: ini konsepnya selamat hari raya merdeka:




:Merdeka Raya:




: beraya ke rumah atok uteh katanya :

konsep raya aku, pakai crocs bodo pun tak apa.
Kat kampung katanya nak ber wedges-wedges lah puloks.
Lagipun, konsep aku beli sepatu baru bukan time raya je..




: Pergi kubur dan terserempak dengan keluarga Paman aku (belah abah) :






: beraya di rumah atok Long di Parit Kassim :




: Malamnya pergi beraya kat rumah atok Besah kat Sri Ledang :




: muka kelaparan, nasib dapat makan bihun goreng :





: adik aku ni memang terer kalau ajak sembang :
semua topik boleh masuk. Cuma poyo tak poyo je lah.
sebab tu aku tak terasa sangat akuni anak sulong, sebab bawah aku 2 org lelaki.





: Bila dah malam, kelaparan. tapau 2 family buckets KFC:
Tak tahu, aku beratur sejam kat KFC Bukit Gambir.
Ramai gila manusia nak makan KFC time raya.
Muak makan rendang, ketupat ler turrr...


Ini baru hari raya pertama. Belum seterusnya..







No comments: