Wednesday, October 19, 2011

anak dato'

Sibuk membuat pembayaran di ESPKB. Padahal kami berdua pening kepala macamana nak settle kan problem bila AG quiry pembayaran yang dibuat. Almaklumlah, bila orang tehcnical buat kerja kewangan..mestilah haru biru sikit permulaan. Tapi ini berkaitan duit, bukan duit kami. Haruslah cuak kalau tiba-tiba tersalah bayar. Tak mahu kena surcaj atas kesilapan oleh kami yang tak arif langsung berkaitan dengan kewangan ni.Oleh itu, terpaksalah minta jasa baik officemate kami di Penang. Bila ntah nak ada replacement clerk baru. Ura-ura dibekukan sampai PRU 14.

" apa no. telefon ija Penang"

" bla..bla..''

" eh, dia dah kahwin belum?'

" eh dahlah...dia kahwin dengan anak dato'' sampuk jejaka di panel sebelah

"eh ye ker? dia belum kahwin lah" balas bos aku

" dahlah. sebelum ni dia kan tak pakai tudung. Lepas kahwin baru dia pakai" balas jejaka panel sebelah

" eh yer..patutlah. aku tak pernah tanya. Tapi aku pernah sebilik dengan dia masa course. tapi macam belum kahwin. Tapi malas lah nak tanya lelebih"

" eh, konica minolta tu ker?" jejaka sebelah bertanya dengan confuse

" eh, kau ni...malas lah borak dengan kau. Lari topikkkkkk" aku dan bos sama-sama gelak besar.

Jejaka sebelah yang mungkin fikiran melayang sebab isteri tengah sarat tunggu masa je anytime nak deliver first baby terdiam. Muka merah...

dann..seperti biasa. aku akan gelak besar........

No comments: