Monday, October 31, 2011

Antara faktor yang menyumbang kejayaan Negeri Sembilan Menjadi juara piala Malaysia 2011





source: credit to rakan muka buku (Akhi Fairuz Al-Jengkawi)


Salah satu faktor kenapa Negeri Sembilan jadi juara malam tu adalah kerana solat berjemaah sebelum perlawanan akhir Sabtu lepas. Dengan Hairuddin Omar yang berjaya menjaringkan 2 gol menjadi imam.


Aku memang minat sangat dengan Hai-O ni sejak aku belasan tahun. cewaaah. Masa tu dia dok main dengan Terengganu lagi. Masa game tu, siap gaduh-gaduh manja lagi dengan kawan-kawan aku yang dok Terengganu kat FB. Nasib aku ada geng dengan Helmi. Sian mung Kak Poh. Masa aku study kat polisas lah, banyak kumpul geng-geng pantai Timur ni. Finally, hobin jang hobin menang!! Ntah pape je pada aku bila jurulatih diaorang cakap ada unsur mistik (mesti Nani marah ni aku cakap macam ni.kalau dia baca..huahua). Mistik zaman sekarang term yang aku faham tu...sogokan. kan...ye ye oo je kan. Dah kalah, macam-macam hal lah pulak. Papepun, dua-dua aku sokong. Tapi kalau ada Negeri Sembilan, aku sokong lebih lah kan.

Teringat pulak aku time Malaysia friendly dengan EPL punya club. Tak ingat mana. Yang Malaysia kalah time Safee sali dan yang seangakatan dengannya yang famous di gelanggang. Ramai yang cakap, sebab game time tu pukul 7malam. malam Jumaat pulak tu. Dengan tak solat maghrib. Dengan hari tu ada satu hari dalam bulan Islam yang agak pentinglah.Serius aku lupa apa, sebab orang sibuk nak pergi masjid petang tu . So itu antara kenapa Malaysia kalah teruk. Itu antara faktor lah pada aku selain faktor-faktor utama yang lain.

Apapapun, kita sebagai orang Islam kena percaya. Kita kena minta dengan Allah. Kalau kita hormatkan dia dan tunaikan tanggungjawab sebagai hambanya. Insha Allah, dia tak lokek nak bagi apa yang kita hendakkan. Setiap apa yang kita buat kat dunia ni, kenalah mendapat redha Allah. Sebab itu, dunia ini penting sebab adanya hari akhirat. Aku bukanlah pandai pun, tapi ini ayat yang selalu aku dengar kat radio ikim. 



Dalam riwayat selain Tirmidzi dengan redaksi: “Jagalah Allah, niscaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang niscaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu. Ketahuilah bahwa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi cobaan dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan.”


p/s: Tapi Team Terengganu pun solat juga kan...

2 comments:

Syieda_Joy™ said...

dahulukan yang wajib...insyaAllah smue berjalan lancar..^_^

Dari sudut Hati kecilku said...

syieda: betul tu syida,,:-)