Thursday, October 27, 2011

bila budak darjah 3 berbicara tentang sex

Malam itu aku menikmati hidangan kenduri bersama dua orang budak sekolah tahap 1. Mula-mula budak berusia 9 tahun tu tak nak makan, tapi bila melihatkan aku makan macam sedap, dia pun terpengaruh. Aku melayannya berborak tentang sekolah, kelas, kawan-kawan etc yang penting tentang sekolah. Bila di tanya tentang budak lelaki dalam kelas berapa orang, budak perempuan darjah tiga ini berkata begini;-


" budak laki dalam kelas kita ada 4 orang..tapi diorang tu 'jahat'"
" kenapa?"
" alah, kalau kita cakap nanti kak miza geli"

masa ni aku dah mula buat muka nerd.

" kenapanya?" serius nak ambik tahu
" diorang kan kalau cikgu tengah mengajar suka tengok cikgu tu punya tutt...

aku dah terkasima. tapi buat muka nerd lagi.

" kitaorangkan duduk, cikgu kan berdiri..budak laki suka tengok"
" cikgu tahu tak ?" soal aku sekadar menduga
" cikgu tak tahu. Lepas tu diorang suka buat macam ni -->sambil menunjuk sesuatu seperti 'bola yang ada air'..
" ooooo...diorang buat macam tu?"
" ha..kak miza tahu kan."
aku menganguk
" korang tak tegur ke?"
" alah, haritu budak laki tu dah kena lempang dengan kitaorang. diorang tahu pun sebab belajar dengan budak darjah 4"


scary sangat bila budak-budak sekolah rendah yang tak tahu apa-apa ni dah mula terpengaruh dengan benda-benda yang negatif ni. sekarang ni, segala-galanya yang berkaitan dengan sex dah tersangat terbuka. budak tahap 1 pun dah tahu benda-benda macam ni. Tiba-tiba aku rasa, negara kita ni dah hampir seperti negara barat budak-budaknya. sedihnya....tak mustahil lah, berita hari ni orang tua seorang budak perempuan baru tahu anak dia dia gugur kan kandungan sebanyak tiga kali sejak berusia 13 tahun. Apa nak jadi kan sekarang?? dalam hati kecil ni, takutnya satu hari nanti aku punya anak sendiri. Masa hadapan lagi teruk kan??

No comments: