Sunday, October 9, 2011

civil engineering

nAku baru balik tengok al-hijab, tak best pun.Cuma tak cliche macam cerita hantu sebelumni.
Esok ada kelas pagi. Hidrologi tajuknya. Cerita tentang taburan air banjir,hujan,empangan.
eh,empangan tu tajuk subject Hidraulik. Dulu aku rasa subjek ni senang je masa Diploma
Tapi bila kat Uni, kenapa macam susah? tak ke pelik kan.

Dulu aku rasa subjek ni cuma kira taburan hujan. Belajar teori sikit. Now macam lain.
Tapi,adakah kerana otak aku dah kurang memory nak simpan banyak-banyak?

Tapi yang aku suka dekat Uni ni, sebab lecturer mengajar sangat passionate.

why? 

Inilah untungnya kalau belajar di tempat berlainan.
aku adalah lulusan Diploma Politeknik sahaja.
So aku boleh feel kelainannya.

Lecturer bersungguh-sungguh explain macamana konsep sesuatu formula diperolehi.
aku tak faham mula-mula aku masuk Uni ni.
hello, straight to the point please...just calculate and use the formula please..
but then, aku sedar..kalau tak faham konsep macamana nak faham semua tu.
kalau dah faham konsep, tak bagi formula sure kau boleh buat. am i right?

Agak lucu bila time break dah over, lecturer berlari-lari nak ke kelas.
Umpama macam oh,student aku tunggu aku ni!! cepat-cepat lari.aku dah lambat!
padahal student masih lagi makan dan borak entah apa-apa  kat Meranti..
perasan macam waktu office hour time lunch boleh melengah-lengah..

Itu belum lagi bila bersungguh-sungguh buat tayangan video sesuatu test kat skrin.
student yang bajet macam 'oh, ni semua aku dah tahu. Sebab aku yang monitor site'
padahal lecturer sungguh-sungguh explain kat depan.
Tapi student buat hal masing-masing...
oh, kasihan...Tapi bangga punya lecturer yang passionate..

Ingat lagi lecturer Geotechnic masa sem 3
bersugguh-sungguh cerita sejarah formula terzaghi dan taylor.
kalau siapa budak civil engineering, mestilah tahu tu apa.
padahal, dalam final tak da semua soalan tu.

entah, bila difikirkan semula bangga punya lecturer yang enjoy their job
diorang bersungguh-sungguh bagi ilmu
sungguh......sangat bersungguh....
baru aku aku faham..
kadang-kadang bila kita minat sesuatu benda,kita tak kisah kalau ia memenatkan.
asalkan ianya minat kita, ianya dianggap berbaloi.

esok kelas Hidrology.
aku suka lecturer ni. sebab dia sempoi.plus dia nampak muda.
even next year dia nak pencen.

" bidang hidrologi ni tak glamer. Kalau dalam  civil engineering ni, unit yang paling famous adalah structure. tak ramai lecturer nak masuk unit ni. Unit ni kecik je kat sini"

kan.

padahal Malaysia ni selalu je banjir. Selalu je hujan.

cuba lihat kat Bakun. apa dah jadi?
air yang ditadah dalam damp tu dah penuh ke nak jana elektrik?
see? dah bertahun kan.
Kalau lah dalam beberapa tahun lagi, damp tu tak penuh.
cuba fikir..apa akan jadi?
ia adalah projek termahal dan gagal dalam Malaysia.

apa dah jadi dengan kehidupan di sana?
dahulu orang menggunakan sampan untuk bergerak.
semuanya berasaskan air.
Tapi sekarang sejak bakun, air makin berkurang.
macamana orang-orang yang tinggal di sana nak bergerak?
oh, sekali lagi malas nak explain. Rasanya kalau tak belajar civil pun boleh agak.
kenapa ia terjadi...

ok, malam semakin larut.Mata tak juga mengantuk. 
sebab itu bidang civil ni agak menarik. sebab ianya bukanlah hanya sebuah bangunan yang dibina.
tapi ianya juga adalah kombinasi semua yang ada di sekeliling kehidupan kita.

kau memang minat ke civil engineering ni?

jawapan tu aku jawab dalam mimpi untuk beberapa jam ni.

assalam.



No comments: