Tuesday, October 4, 2011

Emak

Malam itu aku lena dibuai mimpi. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon. Rupanya emak yang telefon. Tiba-tiba aku cuak, risau pagi-pagi buta kalau ahli keluarga aku telefon. Tengok jam baru 10.30pm. Eh, risau juga. Mak cakap, "awalnya tidur". Aku balas aku penat. Mak tanya kelas habis pukul berapa, aku jawab kelas habis pukul 6.00. Padahal kelas habis pukul 4pm. Tapi disebabkan aku masih mamai, aku cakaplah aku habis kelas pukul 6. Padahal pukul 6 tu aku baru sampai rumah sebab merewang tempat lain sebelum tu.

Dengan penuh excited mak cakap yang dah beli baju sedondon kain sutera Brunei. Tapi nanti suruh buat sendiri. Ha, macam biasalah. sebab aku kan kaki komplen. Adik cakap tak cantik, tapi aku cakap tak kisahlah. Sebab aku tengah blur dan free kan. Mak sambung cerita dia dah beli goodies kat Air Hitam murah je dapat. Aku cuma menjawab, "hmm, ok lah tu". Serius blur. Padahal mak excited cerita. Tambah lagi, duit dia dah luak. Tapi mak cakap, jangan risau. Semua mak dah settle kan. Aku pun tak tahu nak cakap apa, jadi aku cakap ok. Oh, masih blur lagi. Cuma perbincangan hari tu, aku ada tugas aku. Tugas kecil je lah.

Hope bila turn aku, u still with me mak...because aku sangat lah blur semua ni....love you!

Bila orang tanya aku, eh kau tak busy ke? aku cuma jawab.tak lah, mak aku je yang busy....




i love this colour...
idea's come from here

No comments: