Friday, October 28, 2011

Hotel di vietnam


since aku pernah post pasal vietnam.aku received some comment dan email pasal kat mana nak stay kat Vietnam.actually, aku bukanlah tahu sangat,memang banyak hotel kat Ho Chi Minh city tu.

so aku just bagi email tourist guide yang bawa kitaorang haritu.kat sini aku cuma nak share hotel yang aku stay haritu.kalau anda seorang yang tidak begitu mementingkan keselesaan tempat tidur.maksud nya begini.

Bukanlah bermakna kena tinggal di tepi longkang atau mandi dalam masjid ke apa. Tapi memandangkan, Vietnam ni bukanlah negara Islam yang mana kalau biasanya kita akan dapat breakfast pagi kat hotel kan, kat sini tak dijamin halal. Jadi tak apalah kot bagi aku duduk kat hotel cikai je tapi pastikan selamat lah kan. Nak makan, pergilah kat restoran halal yang ada kat luar. Memang tak banyak sangat. Dan harga boleh tahan mahal lah kalau convert semula dengan RM. Paling-paling pun, breakfast tu alas perut dengan roti, biskut ke dan air milo yang dah siap-siap bawa dari sini.

Then kalau nak ikutkan, aku rasa berapa jam sangat aku stay kat hotel. Memang untuk tidur je. Lepas tu merambu lah kat luar. Maklumlah kan, bukan senang nak pergi negara orang kan. lainlah kalau poket sentiasa tebal.





ini hotel yang aku duduk
namanya Ngan Ha Hotel
depan Bent Thant Market je

Pada aku, hotel ni ok. Walaupun bukan hotel bertaraf 5 bintang. Tapi aku rasa, kebersihan tempat ni sangat ok. Bau hapak macam kat sesetengah hotel dua bintang macam kat tempat kita tak adalah. Oh, kat sini ada internet lah dia sediakan. Maksud aku, ada 3 buah komputer kat lobby. Tapi kalau nak buka facebook tak  boleh lah. Sebabnya, Vietnam memang sekat laman web popular ni. kalau setakat twitter, yahoo mail masih boleh lagi.






bilik dia. Bersihlah.

Kat sini channel TV dia banyak lah. Mula-mula aku datang tu, memang semua aku tengok channel vietnam je. Banyak ok. akupun tak sempat kira berapa. sebab Vietnam kan ada 2 bahagian. Tapi base on kat TV tu, aku rasa Hanoi lagi cantik kot tempat tu. Hari-hari berikutnya, aku tengok channel kalau kat tempat kita ni macam astro tu ada dah. Banyak gila. jangan tak tahu, astro ceria ada kat sini ok!! itu je lah kot channel astro malaysia yang ada kat sini.


 

toilet pun bersih





ni hotel mahal sikit
kalau rasa nak ekslusif sikit, singgah lah kat sini.
ni betul-betul kat tengah-tengah bandar Ho Chi Minh ..



till then...






No comments: