Saturday, October 1, 2011

keterujaan yang terbantut



Hari ni ramai yang excited nak datang kelas sebab dah seminggu memberikan laluan untuk mereka-mereka yang grad terima scroll (eee, bestnya..soon miza..soon). Tahun ni tak sempat nak datang pesta konvo shopping kain baju, sebab sibuk outstation-lah sangat. Lagi excited sebab nak belajar design concrete steel yang boleh pecah kepala bila nak start buat design nanti. Tapi bila datang kelas, baru perasan ini adalah subjek Techonology of Construction. Tak apalah, sekurang-kurangnya excited tu tersimpan rapi. Sampai Bangunan Kej. Awam je, ramai je manusia. oh, baru perasan yang harini course-course lain ada kelas kat building ni. Padahal kalau kebiasaanya, memang muka kitaorang je yang conqer tempat ni.

Tunggu punya tunggu leturer yang ditunggu-tunggu pun tak kunjung tiba. geng-geng zaidi dan Lan dah blah dah. Biasalah orang lama memang macam tu.hahaha. Seperti biasa, telefon aku kan dibayar untuk contact lecturer kan (lah sangat...)...Nombor lecturer pertama di dail. Sebab ada 2 lecturer untuk subjek ni kan.

me: Assalamualaikum Prof. A
Prof.A : waalaikumsalam
Me: Prof, sy student space kat JB. harini untuk subejek bla bla prof punya sesi ke?
Prof . A : Harini bukan turn saya. Cuba call Dr.B. dia punya turn harini
me: terima kasih prof.

Nombor lecturer nombor 2 adalah menguji kesabaran. Adalah 4 kali kot aku dail, tapi tak pick up. Relax jap borak-borak. Tapi dah lama sangat, aku sent sms.

" As salam Dr. B. saya student Dr. kat Jb untuk subjek bla bla. harini ada kelas tak? sebab dah satu jam kitaorang tunggu  Dr. kat kelas ni"

Tak lama tu dia call back aku kan.

Dr. B : Assalamualaikum, awak student saya kat JB ke?
me: ha ah.
Dr. B :  Harini ada kelas bla bla ke?
Me: ha, ah Dr. Kitaorang dah lama tunggu kat kelas ni.
Dr.B : Saya lupalah saya ada kelas harini. saya ada kat KL ni. Tak apalah kita ganti hari lain. cakap dengan 
          kawan-kawan semua.

whatt? boleh lupa??

Kitaorang bayar mahal untuk satu mata kredit Dr. Rm 160/mata kredit. Boleh pulak lupa kan. Pastu nak ganti bila akupun tak tahu. Jangan dia ganti kelas tu malam waktu hari bekerja, horror tau. Penat. dahlah semester ni banyak kelas sampai malam. Tapi aku anggap positive je lah, sebab ni subjek teori yang mana rata-rata kitaorang yang kerja dalam bidang ni dah tahu. Cuma nak ulang balik ambik exam je lah kan. Tapi dari sudut lain tu, macam tak patut pulak. Ok, bukan nak merunggut, tapi kitaorang bayar yang bukan murah. Tetibe aku terfikir pulak, tak baik pulak aku ni. Tak apalah Dr.B yang penting final kitaorang nak A. aci boleh? hahaha.

Oleh kerana keboringan akibat excited terbantut, kitaorang decided untuk tengok wayang kat CS. kali ni team bujang dah kurang. Debab dah selamat jadi husband semalam.congrat untuk dia.winkk!! Capiq pulak kebizian sejak-sejak tunang ni. Pakcit pun kena oustation kat KL. So, kamilah berempat hang out. Aku mengantuk sebenarnya, sebab pagi tadi baru sampai dari Segamat ikut Zam balik rumah mak dia. Tapi sebab dah lama sangat kitaorang team bujang ni tak hang out, layankan je lah.






window shopping dan tershopping bila movie semua yang ada pukul 5 lebih.
macam lambat pulak nanti nak balik. Kirin malam ada kerja kat office nak kena siapkan.




Ni dalam outlet Adidas
Tunggu Keryn and Shuk shopping. Penat gila sebab window shopping lama dah dalam CS ni.




cari idea ececeh.....
buku ni keryn yang beli kat MPH.bapak mahal kan.
dekorasi dalam ni, sangatlah ekslusif. Bolehlah cedok idea tapi dengan kos yang bajet.





kalau orang suka bergambar macam ni lah jadi nya



mamat ni memang poyo terlebih kalau nak snap picha dia..






First time nak rasmikan jersey yang baru aku beli kat Danau Kota.
aisyy, kalau tahu nak pergi CS takdelah makcik nak pakai baju ni.
Tapi tak pelah, kau ada ke?





pizza ni sangat tak sedap. Tapi shuk yang order.
pizza yang aku buat sendiri lagi sedap (tetibe)...


 Menu makanan bukan satu kat atas tu je ye. Selera makan aku sekarang bertambah-tambah. scary man!! Tapi tak apalah, berat aku still maintain since puasa sampai sekarang. ewahhh. Aku tak pernah pergi CS waktu wekend. Crowded sangat dengan manusia pelbagai gaya dan ragam. Aku suka tengok pastu komen. padahal tak tahu, orang komen aku jugak bila borak macam season's tu tempat kitaorang pulak.

Borak punya borak, keluar-keluar dah malam. Harus lah balik sebab esok adalah subjek memerah kepala. 

Design kita jumpa esok deh!!!



No comments: