Sunday, October 30, 2011

Sepetang Di Pantai Balok Kuantan


lokasi : D'Village Beach Resort

Petang itu aku bersungguh-sungguh merajuk dengan officemate aku yang semuanya lebih tua dari aku. Perangai buruk aku datang lagi. Buruk sangat bila dah semakin dewasa ni nak merajuk-merajuk. Masa tu aku betul-betul marah. Rasa nak balik JB masa tu juga. Bila difikir-fikir semula (setelah aku rasional lah kan), lepas ni tak perlulah nak excited dalam sesuatu perkara. kalau tak menjadi, nanti sendiri kecewa.

Sebabnya adalah, macam budak-budak bila aku fikir balik. Aku kena tinggal bas. Tulah, ralit sangat borak cerita macam-macam dengan Kak P dalam bilik, tak sedar dah on time nak pergi berangkat. Kitaorang planning nak pergi Sg. Lembing dan Kemaman. Aku ni dah bercerita dengan excited dengan officemate aku kat FB. Kebetulan, kami ni setiap negeri ada. So, bila berkumpul seluruh Malaysia mestilah best kan nak berjalan dengan kawan-kawan. Bukan senang nak jumpa semua orang.

Sg. Lembing tu dah banyak kali aku pergi masa aku bermastautin kat Kuantan. Last time aku pergi masa kena Kuarantin kat INTAN 2007. Sg. Lembing tu best pada aku. Pekan yang belum diteroka. Air sungai dia memang best. Kemaman tu kitaorang plan nak pergi makan kopok losong dan shopping keropok kat situ. Itu aku tahu tempat tu. Sebab selalu gak pergi masa aku duduk Kuantan ni. Tup-tup, orang yang excited suggestkan kena tinggal bas. Mana aku tak frust. Nak salahkan urusetia (masa tu aku memang salahkan lah time marah), sebab miscommunication dengan penghulu. Yang tak pergi bukan aku dengan Kak P. sebab ada yang excuse tak nak pergi. Boleh pulak kitaorang tak ada, diorang boleh cakap aku ikut kak P balik kampung dia kat Pekan. Amboi, ingat Pekan tu macam Beserah ke Alor Akar agaknya. 

Macam-macam yang aku buat nak hilangkan kemarahan. Mana tak nya, call tak berangkat. Nasib aku call pak haji aku, dia angkat. Kesian dia dengar kemarahan aku. Puas aku mengomel dengan Kak P. Nak stay kat bilik memang lah bukan aku kan nak tidur sahaja. So, nak tak nak aku pergi Pantai Balok. Saja nak hilangkan stress aku ni. 





ceh, sempat lagi bajet hot.Masa ni tak sedar dah kena tinggal bas.



aku tangkap gambar dgn MY PINKY LUMIX


Panasonic Lumix DMC-S1


P/S: SO FAR, aku suka sangat brand LUMIX ni.Gambar sharpen






































i brought my geotehcnic book ;-p
study lah konon....

eh, serius..memang masuk dalam kepala.
Jadi tenang gila.


Petang tu diorang balik, KC Melaka ketuk pintu bilik kitaorang. Yeaaa, bos aku pujuk dengan dua plastik keropok, satar (my favourite gila), otak-otak (beza gila dgn otak2 JB, for me otak-otak jb plg sedap) dan kopok losong. Senyum panjang gilaaaaa lah guwe ada orang pujuk. 

Malam ada kelas, diorang sibuk minta maaf. Memanglah, kemarahan tu belum sangat reda. Tapi tak apalah, benda dah jadi kan. Dan, sekarang ni bila semua sibuk tagging dan borak-borak kat FB cerita ni dikembalikan lagi. padan muka aku.huahuahua....





No comments: