Tuesday, November 8, 2011

hari ini hari selasa

Harini macam tak best je pada aku. sebenarnya best. Cuma macam dull sikit. Sebelum tu tahniah pada Sidek sebab dapat baby boy. Tak boleh blah sebab kau tak save nombor aku kan. Aku just sent sms lebih kurang macam ni;

" beb, congrat's become a daddy to baby boy. Jgn letak nama salleh. Then jangan pulak ko panggil dia boboy"

btw Salleh is aku punya officemate which is kitaorang je lah tahu perangai dia macamana. Lebih-lebih lagi kalau ckp hal politik. Boboy is panggilan untuk one of bos aku. which is kalau kat belakang dia, kitaorang memang akan panggil dengan nama tu. Dia tak tahu langsung sampai sekarang!

" Eh, sapa ni? papepun terima kasih lah"

cisss, kau tak save langsung kan nombor aku!

Paling bengang pagi-pagi lagi aku masuk kerja AG call sebab aku tersalah masukkan kod untuk bayaran TNT. Bila masa pulak officemate aku pergi luar negara. Cehh, aku tersalah kod untuk baucer tu. Silap 1 nombor je dah kena quiry.

Mula-mula aku tak kisah sangat. Sebab itu TNT je. Lainlah kalau melibatkan pembayaran pembekal, mesti aku tak senang duduk. Tapi lama-lama aku kesian pulak dan rasa bersalah. Yelah, aku ni tak kisah sangat kot kalau TNT dapat lambat (sebab diri sendiri yang buat silap kan). tapi orang lain? kot ada nak guna duit ke kan. Rasa bersalah menebal gila. Tulah, over confident sangat masa letak kod tu. Sebab aku rasa macam dah betul, padahal lack satu nombor je!

Tapi aku salah kan diri sendiri lah. sebab tak check berkali-kali. Benda ni pun aku baru dua bulan pegang. almaklumlah, aku zero gila tentang keewangan ni. mana tau. Nasiblah bila AG quiry ada alasan;

" maaf puan, kerani kami dah pencen. Tak ada penggantian lagi. Kami kat sini semua teknikal staff, jadi kami masih lagi di awang-awangan"

Itu alasan sementara untuk menyelamatkan diri. Sebab biasanya aku cuma jadi peraku 1 jek. Ni bila dah kena jadi penyedia dan peraku, lain macam pulak. padahal, dah pergi kan course. tapi bukan tahu apply sangat. Dengan sekarang ni dah macam-macam prosedur. lebih-lebih lagi bila audit naziran lah, keewangan lah datang check. Sebab bila kena quiry dalam audit, nanti nama naik masa meeting. Malu dowh satu Malaysia tau (ehh, department aku lah ).

tadi aku check lagi sistem. Kot -kot aku boleh buat balik semula baucer. Ahhh, masih lagi di aras 4. sedikit cuak lah, sebabnya aku nak bercuti lama ni. Aku ni tak kisah, tapi orang-orang yang buat claim tu mesti kisah kan?? Tapi tak apalah, aku cool kejap. Ini one of pelajaran aku bila aku buat benda alah ni. Dalam hati doa cepat-cepatlah kerani baru datang!



No comments: