Thursday, November 3, 2011

Lately

November datang lagi (curik ayat zam's)!!

Actually aku tengah siapkan report nih. Sambil tu dengar lagu. Tetibe jadi toucing puloks dengar lagu yang stu ni aku suka dengar since sekolah menengah. Adalah lagu tu. Dah jadi remaja matang ni cepat sangat emonya. Padahal ok je kot sebelum ni. Ni terjangkitlah officemate yang veteran punya emosi yang cepat sedih. aku tak..ehhh..?

Teringat masa balik dari Kuantan borak-borak. KC Selangor tiba-tiba tanya

" eh, bila nak makan nasi minyak? dah ada calon belum? "

aku senyap je. senyum.

" kalau belum Alhamdulillah"

Eh, orang tua ni tetibe Alhamdulillah pulak .

Masa makan tunggu KC Melaka kat Segamat aku bayar kan makanan tu. alah, dah selalu diorang belanja aku. Apalah sangat makan petang kan.

" ni boleh buat menantu ni..lagi tadi saya tanya dia senyap je"

" pehh, direct lah Tuan Haji tanya.. bos aku sibuk mencelah

" Tulah, dari tadi saya tanya ni senyap aja"

aku diam je. Akhirnya sampai juga officemate aku dari Melaka satu kereta.

Fuhhh, selamat guwe.

entah..aku dah tak berapa ambik endah sangat sekarang hal yang satu ni. Tapi aku sentiasa berdoa. Tapi tiadaklah terlalu excited macam dahulu. Sekarang aku belajar untuk redha. Thanks teacher guide me a lot!! Moga Allah dengar doa aku yang satu ni disamping kiriman doa yang aku bekalkan buat teman yang mengerjakan haji di Makkah.


No comments: