Saturday, November 26, 2011

Pulau Batam-apa yang menarik disini?


Bila aku cakap nak pergi Batam, officemate aku cepat-cepat cakap "kau nak cari apa kat sana?" Basically, ramai orang yang berpendapat di Batam tu menjadi tempat kerseronakan pada kaum adam yang ingin berseronok dengan perempuan Batam yang dikhabarkan sangat cantik dan pandai menggoda. Itulah metos yang dahulu hingga kini. Tapi mengapa tak kita explore bukan? Kita tak tahu betul ke tak perkara tu benar-benar terjadi.

Actually perancangan nak pergi Batam ni dah lama. Kebetulan ada antara kawan aku ni nak survey barang untuk hantaran dia. Kebetulan hari tu adalah hari Keputeraan Sultan Johor. Bolehlah berjimba-jimba di Batam. Walaupun ada orang cakap, bahaya pergi Batam sebab Indon kalah dengan Malaysia bola sepak semalam. Ada jugak yang tertipu sebab aku cakap Johor cuti sebab Malaysia menang emas bola sepak. Ya ampun, aku memang poyo.

Tapi bila sampai kat sini, aku tak rasa pun kena ugut dengan orang kat sini. Ok jek. Diorang layan baik jek. Haruslah bersyukur, rakyat Johor datang menyumbang ekonomi kalian. Bapak teksi yang kami naik tu pun memuji Malaysia bagus pemainnya. Tapi kami buat-buat seperti yang kami ni tak fans bola. Jawapan kami, alah..Malaysia cuma luck je masa penalti. Sama-sama hebat. Itu jawapan untuk keselamatan diri barangkali. ataupun malas nak layan bapak teksi ni yang banyak berceloteh serupa dengan tourist guide yang tak kami appoint sebelum datang.

Oh ya, mentality aku sebelum sampai ingatkan perempuan kat sini terlalu cantik seperti yang selalu digembar-gemburkan. Maaf ya, rasanya wanita Malaysia lagi cantik kot. Tapi aku kan perempuan, mungkin juga 'service' mereka terbaik?? Entah. Mungkin hanya metos. Tapi pujian buat warga Kota Batam yang rata-ratanya sangat peramah dan tak lokek untuk menghulurkan informasi kepada orang luar.





Beli tiket pada hari yang nak pergi Batam
itu term and regulation yang ditetapkan oleh pihak The Zone
Kecuali nak booking online (harus 2 hari dari tarikh yang kita nak pergi Batam)







Tunggu tiket 
budak kaunter tu sangat tak friendly
*sorry*



Masa ni kat tempat menunggu
padahal dah boleh masuk je dalam feri tu
Time ni Zam baru je kena ngurat dengan encik.imigresen kat kaunter
sibuk cakap bahaya pergi Batam, sebab Indon kalah bola dengan Malaysia
hello, itu cuma trick nak mengurat hokeyy!
Tapi kitaorang positif jek! ;-p

p/s: kitaorang bawa bagpack,senang nak isi barang-barang shopping






Dalam feri sebelum bertolak ke Batam

p/s: belakang tu a chienese guy yang agak handsome. malangnya dia tak layan pun. Masa balik terserempak lagi dengan this guy dengan kwn dia yg fe-mau. Mereka berdua kata diorang gay. Siap perasan colour belt  yang lelaki ni pakai. oklah terus aku setuju. sebab aku senyum dia buat bodo jek;-p. btw taste aku tetap lelaki melayu bukan macam taste mereka berdua. Just be polite. *poyo*

Masa nak pergi ni, kitaorang sekali dengan team pakcik-pakcik yang lagaknya nak main golf kat sana. terus assume yang diorang ni nak cari perempuan jugak!! *bimbo*




sesampainya anda boleh menaiki teksi ke destinasi
Oleh kerana kami ni  semberono pergi sana, kami bertuah sebab dapat driver teksi yang akan menemani kami sehingga pulang. Dialah yang bawa ke destinasi yang kitaorang nak pergi.
Bayaran untuk satu hari hanya Rp250,000 . murah bukan!




kat sini banyak rumah kedai yang kosong
orang kat sini tak punya wang yang cukup untuk berniaga
itu yang Pak Albert bilang.
Sebab itu ramai orang Singapura dan malaysia yang berniaga di sini.




Pak Albert bilang aku kayak orang jawa...
benaran ...keturunan sahaja.
walau tak tau jawa mana
erkkkk..



Oleh kerana kami sampai agak awal sekitar jam 9.00am waktu Indonesia, jadi tak ada mall yang dibuka. Kami suruh pak Albert membawa kami melihat sekitar Batam. Cuaca di sini agak panas. Sebab Pulau Batam tak ada gunung-gunung seperti Bandung,jogjakarta etc.


Tanjung Uma

Pak Albert cakap, ini adalah orang asli (orang asal) Pulau ini. Mula-mula dia cakap 'orang asli' aku imagine orang asli yang biasa ada kat Malaysia tu. Tapi bila sampai terus aku terfkir dan tune tafsiran bahasa aku dalam bahasa Indonesia. Agak lembab jugak rupanya aku ni. Dari sini kita dapat melihat keseluruhan Pulau Batam ini dari puncak. Katanya waktu malam sangat cantik. Dari sini juga kita dapat melihat Singapura yang berhadapan dengan pulau ini.

Rumah-rumah yang ada kat sini, aku rasa macam setinggan kat tempat kita. tapi setinggan kat tempat kita lagi cantik. Pak Albert bilang, tanah-tanah yang ada kat sini kalau kita sebagai rakyat buat rumah sendiri atas tanah tu, terus jadi hak milik kita. Pemerintah tak kacau. kalau kat Malaysia, tak mungkinlah. Atas nama kemajuan, banyaklah yang kena roboh (bahasa indah selain diusir) dan diberikan penempatan di rumah kos rendah berupa flat. Harus bersyukur kan.




view from the top of Pulau Batam




that Me!!! lahhh




me and the girl's



hardware kat sini

p/s: aku suka snap, cause part of my SOW
differentiate dengan Malaysia


Pasar Kota Batam



Bangunan ni jadi gajah putih sebab tak digunakan
Sekitar bangunan ini terdapat deretan pasar pagi yang menjual barang basah.
khabarnya bangunan ini terlalu kecil untuk menampung keluasan sesebuah penjualan.
Piket rakyat yang tidak mahu menggunakan bangunan ini akhirnya berjaya


Harbour Bay

Ini adalah pusat hiburan yang masih dalam pembinaan. Kat sini memang banyak kawasan hiburan. Botol-botol arak memang bersepah-sepah. Tempat ini dimiliki oleh orang Cina yang bernama ah kaw. So pada mereka yang mencari syurga dunia, disnilah tempatnya!




Dua orang Civil Engineer buat inspection kat site batam....




kapal ni dah tersadai 5 tahun sejak Tsunami






 Makanan Nasi Padang yang paling enak



Agak popular di Kota Batam ini




Pulau batam sangat panas. Secara tak langsung mendorong perut kelaparan. Pagi-pagi lagi dah mencari makanan walau kat The Zone tadi dah makan. Pada yang suka makan, yess Nasi padang memang pilihan yang terbaik. Ayam pop nya sangat menyelarakan! Tak lupa juga Apokat yang sangat famous di Indonesia.
blurpppp...




 Diamond City Mall

Fokus kami untuk bershopping dan survey barang-barang hantaran. Jadi untuk mencari kain dan busana muslim, ini adalah tempatnya. Harga telekung di sini agak murah banding Malaysia. Tetapi tak banyak choice lah kalau dibandingkan dengan Bandung.

kalau yang berhajat ingin mencari kain batik, ini bukanlah tempatnya. Tapi kain-kain dan kebaya disini memang cantik dan rambang mata!






Tudung bawal ni mula famous kat Malaysia sekarang ni1pcs sekitar Rp 15,000. lebih kurang RM5
Kalau kat sini dijual antara RM8-RM10Tapi susah nak jumpa kat Malaysia, sebab baru -baru je nak famous.Aku selalu pergi Jalan TAR cari shawl, tapi serius so far tak ada lagi!




Hasil Rembatan
sebagai seorang yang fanatic shawl.....Balik rumah menyesal sebab tak borong banyak gila..
kalau aku nak berniaga, aku kena beli 2 pcs setiap warna. Serious, nanti aku jual kat diri sendiri.




"kau tak rasa ke macam org indon yang ambik2 gambar kata tempat kita?"
"ok, kau org yang tukang ambik gambar pun sama jek:-p"



Nagoya Hill

Mall ini sebenarnya seperti mall yang ada kat Malaysia. Jadi kalau berangan nak shopping, better shopping je kat malaysia. Tapi kalau nak cari barangan branded yang pirate, kat sini banyak. Tapi rasanya ada orang kat sini tak tahu beza antara panggilan makcik dan kakak itu untuk orang yang bagaimana. Tapi tak mengapalah. sebab dia tak tahu pun kan. Macam tempat kitalah, bibik is makcik dalam bahasa jawanya.





Nagoya centre

Kalau berhajat membawa kerupuk dan makanan kering laut sebagai ole-ole di sini adalah pusatnya.



Kek Lapis paling famous di Batam





Oleh-oleh Khas Batam

kedai ini menjual pelbagai kek pisang yang agak famous di Kota Batam. Ini bukan kek pisang biasa. sebab banyak flavour. Kat sini juga kalau berhajat nak membeli T-shirt sebagai kenang-kenangan dan key-chain pun ada.






 Masjid Kota Batam

Masjid ini  berdekatan dengan kawasan pemerintah kota batam. Masa kitaorang datang, masjid ini terdapat renovation. Sekitar pintu masuk masjid terdapat penjaja yang menjual rojak.

Pengalaman aku bersolat disini, aku rasa agak tak selesa bagi ruang wanita yang agak terbuka dengan jemaah lelaki. memang ada penghalang. tapi masih lagi nampak jemaah lelaki di hadapan. masjid di Malaysia dan Singapura agak selesa aku kira bagi kaum wanita.






yess, nak balik dah
duduk paling depan sekali dan layan karoke buat macam pergi Redbox tanpa hirau orang tepi dan belakang. Lepas tu frust sebab tetibe je orang kapal ni tukar pada filem Mihrab Cinta. Time sampai Stulang. Ziha orang paling last bangun sebab nak tengok ending filem ni.





Good Bye Batam!




view sepanjang jalan



Tips-tips pergi ke Batam

- Pastikan waktu untuk anda bertolak. paling awal adalah pukul 7.30am dan yang paling akhir ke sini adalah 4.30pm. Ce tengok website nihttp://www.zon.com.my/ferry.html

- Sebenarnya kalau anda membeli tiket return, anda masih dikehendaki untuk membayar wang sebanyak RM 40.00 di sana. Ini adalah worst experience kot, sebab tak ada pun yang bagitahu macam tu. Bila nak balik JB, kami terpingga-pingga sebab kena charge lagi. Masa tu duit Rupiah dah tak ada sebab habis gunakan utk shopping. Mujur duit RM masih boleh digunakan.

- Anda digalakkan  untuk membeli tikey one way sahaja untuk mengelakkan kerugian seperti kami.



p/s: apapun itukan pengalaman berharga. Thanks to the girl's...appriciate this moment we spent together.







9 comments:

Anonymous said...

Salam. U, nak tanya sikit...brp harga tiket one way & brp plak harga tiket return ehh? byk sgt ke beza?...Tq.

Dari sudut Hati kecilku said...

return= RM 123(+tax)
kalau sehala 66++ kot. cuba cek kat website yg saya sertakan tu. tq

yoku said...

info yg menarik...

bebeldotsorang said...

nice info..hehe cadang nak p batam nnt nak buat street photography.. :)

Salfiza said...

nice info. sblm ni selalu gak musykil bila member rajin gi batam. so moral of the story, kena husnuzon. byk lg benda lain yg best kat batam rupanya :)

Anonymous said...

Tax yg nk balik tu mmg wajib byr xkira dh beli tiket one way or return..sbb indonesia mmg ade tax..if kat airport pun msh kna tax..klo g jakarta pun u mst standby rp150k..bandung rp75k..rate dia ikut daerah..but ur info sgt bagus..sya suka..

my love story said...

Bagus ceritanya, kalau utk mesjid gak semua mesjid di batam spt itu mbak, hampir sama dengan yg mbak ceritain pake penutup jd antar laki2 dengan perempuan ada penyekatnya, mgkn yg perlu di telusuri mbak, coba masuk ke perumahan2 hampIr semua perumahan punya masjid, dan tempat perbelanjaan harus punya mushollah, coba sesekali ke mesjid nurul islam,mesjid di kawasan batamindo, sebuah mesjid yg menurut saya di kelola oleh orang2 yg memang betul2 syiar di jalan2 islam, selain sudah punya badan usaha produktif spt mini market, toko baju,bank (sejenis koperasi) murni syariah, dan rumah makan, makan di sini juga gak kalah enak dengan bunda kandung,, mereka juga mendanai ustadz2 yg berdakwah di pulau2 terpencil, jd saya juga sering kalau ada uang lebih saya lebih senang bayar zakat+shadaqah ke tempat ini, yg membedakan antara singapura,malaysia dengan batam setiap datang waktu sholat, adhan saling bersahutan antara satu mesjid dengan yg lain, dan mesjid ini pernah juga mengundang hijjaz,

Anonymous said...

95salam.nak tnye la..kegunaan duit kat sane guna ap ea??rupiah@sing dollar@ringgit malaysia??

Dari sudut Hati kecilku said...

salam anonymous

pakai rupiah ye di sana.
cuma nanti masa balik, kena bayar tambang ikut RM. dalam RM 30 mcm tu