Saturday, November 26, 2011

sudden...sadness...

Akhir-akhir ni aku agak sibuk sikit dengan beberapa hal yang membabitkan peribadi dan kerja..oh juga sekolah. Jadi kalau hendak bersosial dengan kawan-kawan tu, haruslah berkira-kira dan bajet masa *sigh* mata ke atas tangan di dado. Yang sebenarnya memang dah lama tak berjimba macam dulu-dulu sebab dah tak ada geng dah. 

Now dah banyak benda dalam life aku kena re-schedule balik. Mostly yang aku boleh cakap..everything! Sebab tu lah kadang-kadang i feel sad sudden. Tapi cepat-cepat aku buang. Sebabnya, kalau kita biarkan ianya conquer for surelah bermaharaja lela. i've been through the sadness moment few month. Dulu! Now bersyukur dengan apa yang aku ada walaupun tiba-tiba sedih sendiri. Faktor umur mungkin.

Kadang-kadang kita kena terima hakikat yang segala yang ada di sekeliling kita hanya sementara. Pinjaman sahaja. Macam lah kawan-kawan. Hari ni kita suka-suka, esok lusa tak mungkin kawan-kawan kita tu masih bersama dengan kita atas nama 'komitmen' kan. sorang-sorang pergi..then kita masih juga di situ.

Dulu aku rasa aku ni seorang yang tak boleh hidup kalau tak ada kawan. setahun ni aku belajar untuk 'hilang kawan' atas nama komitmen. Faktor jarak dan kesibukkan kadangkala membataskan untuk sentiasa berjumpa. Sekarang ni aku rasa, ok kot. Try explore something new especially benda-benda yang boleh mengisi masa lapang. Luckly aku belajar lagi, tak berapa terasa lah kan bila wekend menjelma.

Soon, i'm gonna lost some of my freinds aka my bff  atas nama 'komitmen'. Sedih siot. Ingat lagi dulu, waktu mula-mula aku kerja dalam lapangan ni. Baru habis belajar. Waktu tu aku tak ada kawan langsung dalam 'daerah' tu. 'Daerah' yang sangat asing bagi aku.Duduk sorang-sorang sebelum dapat kuarters dan kawan-kawan baru. Malam-malam nangis kan.  itu Dulu! Tak kan dah dewasa pun nak macam tu lagi kan. Aku ingat kata-kata Prof.Dr.Muhaya "kalau kita yakin Allah bersama kita, dimana pun kita berada InshaAllah kita mampu bergerak".

Ingat lagi waktu nak beli tong gas dan kepala tong gas. cina tu siap tanya aku bila nak angkut tong gas 25kg tu sorang-sorang dalam kereta. Aku tak tahu macamana nak pasang kepala tong gas tu kat rumah, jadi aku tanya dia macamana nak pasang. Dia jawab " tu you punya bapak tak ada ka?" pehh, tersiat-siat hati aku dengar. Masa tu aku dahlah sorang-sorang. Baru nak kerja. Tapi itu cerita 7 tahun lepas. Sampai bila-bila aku ingat.

Kawan aku masa study dulu shared yang dia dipinang oleh lelaki yang dia baru kenal. Dia sendiri pun tak sangka Allah bagi jodoh kat dia secepat ni. Honestly aku sangat bersyukur. Allah bukakan jalan dan bukakan hati dia untuk berumah tangga. Kalau tahu kisah hidup dan relationship dia, aku sendiri pun tak sangka dia akan temui jodoh akhirnya secepat ini. Sejarah kawan aku ni sejak belajar, dia tak pernah ada hubungan dengan orang bujang. Semuanya suami orang. Dia pernah cakap, yang dia rela jadi isteri nombor dua, ada rumah sendiri dan ada anak sorang lepas tu kena cerai pun tak apa. Tapi, tengok apa Allah tu nak bagi sekarang. semua tu kan ketentuan Allah. Kalau dia tak bagi ada sebabnya, dan jalan tu memang berliku-liku. kemudian inshaAllah dia akan ganti dengan yang lebih molek. 

re-schedule apa yang ada life kita kan memang dituntut. Dah memang namanya berjumpa untuk berpisah kan. Now aku belajar untuk berfikiran positif dan lebih positif. Belajar untuk redha. Bila aku borak dengan kawan-kawan yang dah lama kawin, tapi tak dikurniakan anak. Mereka belajar untuk berfikiran positif. Mengapa tidak aku kan. Redha dan bersikap positif dalam segala hal! everything ok!!


tetibe nak nyanyi lagu bertemu dan berpisah ni. kat sekolah akhir tahun selalu nyanyi kan..




tettibe rasa-->cepat-cepatlah kahwin..ahaks..:-p bukan konklusi yang menjadi tunjang sebenarya.















No comments: