Wednesday, December 21, 2011

Sambal Jawa





wah tetiba aku rasa macam chef lah pulak kan. Padahal akuni boleh dikatakan pemalas jugak lah masak (ayat cuba down grade kan diri untuk bakal-bakal suami , adaker ;-p). Nani ni dok kat Terengganu. Aku tak tahulah kenapa dia gemar sangat sambal tu. Oh yalah, tulah penangan duduk dengan orang Johor dulu!

Alah, masak sambal je pun. Actually ada dua jenis sambal goreng jawa yang dimaksudkan. Dua-dua pun aku terer lah juga (oh, ayat ni tak boleh blah). 


pic source: Google

Yang ni biasa makan dengan nasi ambang
senang je buat dia, tapi kalau pemalas macam aku ni..
lambatlah sikit lah kan...

Tapi memang senang. Semua tu goreng dulu (kecuali kacang) Bila tumis sambal, baru masukkan sekali semua bahan. Lagi satu, sambal ni tahan lama. Kalau simpan dalam fridge lama-lama (jangan bertahun sudah), rasa dia lagi sedap.! 




pic source: Google

Ha..sambal inilah yang dimaksudkan!!

Dulu aku suka sangat-sangat makan sambal ni.Kiranya makanan wajib, lagi-lagi kalau ada sayur bening.
Memang terangkat. Dua pinggan nasi pun tak apa. Then dulu waktu study, kalau budak-budak Johor kitaorang biasanya kalau balik hostel, mesti bawa stock sambal kicap. Eh, tak mainlah sambal kicap yang macam tak ikhlas tu. Ni memang betul-betul sambal. cili hijau dan bawang putih tu goreng dulu. Barulah tahan lama!

Resepi Sambal Jawa

Cili Hijau segenggam (kalau nak pedas, banyak-banyak pun takpe)
Ikan bilis dua genggam (Lagi banyak lagi sedap)
Bawang putih (5biji+-)

nota: semua tu digoreng jangan sampai hangit sudahlah(minyak tu toskan memolek)

semasa menumbuk

2tsp gula
1 tsp garam
masukkan semua bahan (kalau macam penuh tu, sikit-sikitlah kan)
Tumbuk sampai separa lumat


Then bolehlah dihidangkan! senang bukan...

Nota: Boleh lah juga guna lada hijau yang besar tu. Tapi macam benyek sikit sambal tu.


















No comments: