Sunday, January 15, 2012

Bila Aaron Aziz Retweet

Siapa tak kenal Aaron Aziz???oh kesian nya lah kan kalau tak kenal. Kalau tak kenal, pergi tengok Filem Ombak Rindu sekarang juga. Dia well known lah sekarang kat Malaysia ni. Walaupun sebelum dia famous kat Malaysia, dia dah memang femes kat negara dia Singapore. Akupun selalu tengok cerita dia kat Channel Suria Singapore, mentang-mentang duduk JB lah katakan. So, semua channel Singapore dapat foc. Asyik-asyik muka dia, dia dan dia lagi.

Macamni ceritanya. Aku bukanlah peminat tegar pun. Sebab biasa-biasa aja. Cuma aku memang suka tengok lakonan dia. Ok what. Semua watak dia boleh bawa. Then ABPH 2011 dia tercalon untuk 2 kategori penting, artis lelaki filem dan TV terbaik. So, aku ni kan agak poyo sikit. Selalulah dok cerita dengan officemate aku yang perasan macam Aaaron Aziz;

" Sidek, ko votelah Aaron Aziz artis paling popular. Kalau dia menang tahun ni aku belanja kau makan"
masa tengah baca paper Berita Harian kat office

lepas tu pergi makan sama-sama dengan bos aku;

" tak faham kalau Aaron Aziz tak menang artis paling popular tahun ni. Bos vote lah dia bagi dia menang tahun ni"
ok, memang boleh tahan poyo lah kan aku ni.

Lepas tu kat rumah tengok Galaksi kat TV9 dengan housemate aku.

" Lela, kau votelah Aaron Aziz bagi dia menang artis paling popular. Kalau dia menang aku belanja kau makan" Sekali lagi poyo

" Nak vote macamana?" oh sengal juga kawan aku ni

"Kau belilah Berita HArian. Kat situ ada form. Kedai kau tak langgan ke Berita HArian?" siot je aku kan.

Then aku meneruskan niat aku tu dengan update status kat Twitter dan juga FB yg dah lama aku tak update status tu.





source: twitter @Aaron535Aziz
couple ni sekarang kat Japan!!




my tweet yg mula-mula intention aku poyo je..
walau....tahun tu typo.excited lah katakan...
 SEE...Aaron RT beb..:-)


ye benar..
ke-poyoaan terserlah bila update juga kat FB
sedangkan..lama dah tak update status kat FB
semata-mata Aaron punya hal




surprising me..
ok, bukanlah banyak sangat. Tapi eh, tweet aku yang poyo pun nak RT and favorite eh



Then aku biarkan je lah . Malas nak check ke apa. Alah, poyo-poyo je pun. Bila aku buka Twitter, aku rasa " eh,apasal ramai follower aku ni?" Ok tipu, bukanlah ramai sangat. 10 orang je pun penambahan. Sebab Twitter ni tempat yang comfort bagi aku sekarang ni. Tak ramai yang aku kenal dan hanya selected friend je aku follow dan follower. Lagpin tak ramai kan yang guna twitter kot. So, rasa comfort nak merempan. Cuma sekarang aku dah tak merempan macam dulu lah kan.

Tapi tiba-tiba zam (sebab aku tag dia kat Twitter dan FB) call aku

" Eh, dah start ke APBH malam ni? nak vote guna apa? sms ke?

kah  kah kah kah kah

kelakar ok!!! (sorry my dear friend. Nanti masak sedap-sedap dari starter, appertizer sampai dessert untuk aku dan Ziha ok!!!)

So, korang kena vote lah Aaron Aziz. Bagi dia menang Artis Paling Popular ABPH 2011 ok!




2 comments:

Adam said...

dia mesti menang nyer lah

nqr said...

adiputra tak folo? ehhehe