Wednesday, January 4, 2012

Catatan 2011



Dah beberapa hari kot masuk tahun baru 2012. Tapi serius aku tak berapa rasa exciting macam tahun lepas awal-awal tahun. Kalau dibandingkan tahun lepas, aku nak sangat tahu apa yang akan berlaku seterusnya hari-hari awal tahun 2011. Tapi memandangkan awal tahun 2012 ni aku bergelumbang dengan final exam, mungkin kot aku tak berapa rasa sangat. Yang penting aku memang penat sangat, terkejar sana sini. Dengan tidur yang tak cukup sampai demam-demam. macam nak pengsan pun ada. Bos aku sampai cakap aku tak stabil. tapi aku ok jek. Nasib boleh jawab exam (confident seh) , walau terpaksa bawa towel kecik untuk lap selsema aku yang keluar macam air banyaknya. Tapi sebenarnya sampai sekarang aku rasa cuak , sebab design untuk slab aku tak berjaya habiskan. yang berlalu biarkan berlalu lah kan.....Just focus untuk paper yang seterusnya!

Apa yang aku lakarkan dalam wish list 2012 tu bukanlah detail mana. Itu cuma draft je kot. Tapi aku tak nak terlalu sangat lah put high hope. Cuma sekarang bila aku lebih positif, aku rasa selesa kot. Selesa yang dimaksudkan, bila hati kau tenang. setiap orang ada kot masalah. Aku ni je pun, dalam kepala ni sampai sekarang dok semak fikir apa agaknya markah yang aku dapat untuk paper RC yang aku baru jawab tadi. serius semester ni agak worst kot bagi aku yang tak berapa bijak sangat ni. tulah, campur adukkan lagi urusan personal dengan belajar. Tapi tak apa, sebenarnya aku rasa sebab aku terbawa-bawa mood bersantai-santai masa short sem dulu. So, i learnt something kot untuk semester seterusnya.

2011?? hummm apa yang menarik?? Banyak kot sebenarnya yang menarik bagi aku. Yang sedih-sedih tu aku simpan dalam memori je kot. Ke dalam hati je kan. Tak mau lah nak ingat sangat. Orang lain bersuka gembira, kita yang macam poyo nak sedih-sedih kan. Poyo kan. So tak payah lah nak kepoyoan sangat nak  ingat lah kot. Simpan je dalam hati. Paling seronok sebenarnya banyak perkara yang aku tak pernah lakukan, aku dapat buat. Walaupun sebenarnya bila aku congak balik, sebenarnya kau terkejar-kejar. Tapi atleast aku tak skema dan nerd lah sampai semua benda aku kena limit kan sebab terikat dengan belajar. Cuma, mungkin aktiviti bermasyarakat kuranglah dapat join. tak pe, kata dah nak habis belajar kan. Oh..ayat ni bikin takut. Sebab aku pun tak pasti apa yang aku akan lalui untuk hari-hari akan datang. Semoga aku lebih kuat dan lebih kuat dan lebih positif.

Tapi kebanyakkan apa yang hajatkan dalam 2011 tercapai kecuali certain thing.Tak apa, dari sehari ke sehari  inshaAllah akan diperbaiki. Moga-moga dengan pertambahan usia (wah tetiba tercuak sebab tahun ni last aku berdigit-2). Aku pun dah dapat adik ipar. Dan soon akan tambah lagi orang baru dalam keluarga aku. Alhamdulillah,segala-galanya dipermudahkan. Yang penting mak dan abah aku gembira. 




my best friend zaman study dulu kahwin
soon, i'm gonna be aunty!!




Trip kat Vietnam dengan Alin dan geng-geng JKR N9
soon, she's gonna be a wifey...touching ;-(



Malam-malam kat Singapore..
nice terjumpa abg Edy ni kat Mustafa centre!


my best friend since sekolah Teknik akan jadi wifey soon jugak!
2011 aku banyak spent time dengan zam's kot.
Banyak aktiviti buat dengan dia.
2012 ni,ermmm...just tengok apa yang menarik..:-)



Family vacation kat Tiara Beach Resort PD Hari Raya ke-3 
Best kot tempat ni untuk budak-budak...
aku yg kakak budak pun rasa best (lah sangat)..
Best lah untuk bawa budak-budak...


First time kot aku pergi singapore time ni
Best explore tempat-tempat yang best kat sana...



Best ever..
Explorace Treasure Hunt Negeri Johor.
even dapat invite through Twitter je kot.
Tapi best sangat. 



got new family member..
soon, mudahan-mudahan gonna be acik..



Pergi Batam nak shopping.
Tapi dah tak nak pergi sini lagi.
Tak Best pun.


dapat hiking kat Broga Hill
Best! :-)


Celebrate New Year kat USS
ni penutup kot untuk tahun 2011


Banyak kot perubahan 2011.Kalau peningkatan darjat antara kawan-kawan, ramai dah kot. Epul pun nak dapat baby tak lama lagi. Syafique pun akhirnya settle down dengan Ila (lucu beb aku ingat kisah korang ni. sampai tua tak mati cerita). Syukri pun dan tunang. Itupun lepas kitaorang brainwash dia. Iyelah, kalau aku jadi perempuan pun aku faham perasaan tunang dia. Belajar tu tak semestinya kau tak boleh buat satu decision yang besar kot dalam hidup (ok, ayat nasihatkan orang pandai kan..;-p). Mas pun soon akan jadi wifey jugak. Haisyyy, kalau ikutkan rata-rata kawan-kawan aku memang kebanyakkan nya dah settle down. Terkena tak tempias nya kat aku?? Biarlah jawapan itu dibawa angin yang berlalu. Chehwah..One fine day ok! Insha Allah.

Apa yang pentingnya, 2011 banyak memberi pengajaran yang berguna untuk kehidupan aku sendiri. Bagaimana belajar menilai orang. Bagaimana menghadapi masalah yang datang bertimpa. Bagaimana meraikan sesuatu yang tak pernah difikirkan dalam kepala. Sebenarnya apa yang aku hendak kan adalah turning point untuk berubah kepada yang lebih baik. Hidup ini sangat singkat. Jika tidak dihargai dengan mengisi waktu dengan melakukan sesuatu yang berfaedah, belum pasti hari esok milik kita. Bila dah bertambah usia, itu yang selalu fikirkan. Sebab tu aku rasa perlu kot berusaha untuk mencari ilmu akhirat. Jiwa kita ni akan hitam kalau 40 hari tak diisi dengan majlis-majlis ilmu. Sebab itu, memaksa diri mendengar majlis ilmu tak kira lah dalam Halaqah, Semanis Kurma, ikim, Tanyalah Ustaz etc kadang-kadang berbaloi. Aku suka dengan pepatah ni, Hidayah tu kita yang kena cari. Mula-mula memang susah, lama-lama dah menjadi kebiasaan.

Oh, aku bukanlah baik sangat. Serius, akupun khilaf. Kadang-kadang hati aku ni diuji dan berbolak-bolak jugak. Tapi, mahu tak mahu kita wajib berusaha mencari dan terus mencari. Bila buat silap, wajib muhasabah diri balik. Usia kita semakin meningkat. Sebab tu aku suka sangat dengan Prof. Dr. Muhaya punya talk. Aku tak kenal dia pun sebenarnya sebelum aku dengar IKIM dan ada satu rancangan pagi tu kat TV3. Itupun adik aku yang selalu cerita. Tapi aku memang suka dengar ilmu yang dikongsi. She's my motivator kot sekarang selain tu adalah kot someone yang suka sangat shared cermah-ceramah agama ustaz kazim kat aku. Eh, tapi bila dengar ceramah ustaz Azhar pun best gak. Eventhough bahasa Ganu dia pekat, tapi lama-lama faham gak aku. Sebab dulu lama gak kan aku kawan dengan saing-saing belah nun.

Panjang kot aku dah membebel ni. Hoyehhh, ada 3 paper lagi nak menghadap. Then cuti belajar sebulan. Dalam sebulan ni, bolehlah planning apa-apa yang patut. Yang penting, aku nak cari masa spent time bawa adik aku yang bongsu (since dia je sorang yang sekolah) pergi berjalan. Dah janji sejak cuti sekolah. Tapi aku ni kebizian. Kesian budak tu excited tapi lepas tu frust sebab tak dapat jalan. 


2012 please nice with me Ya! Semoga Allah memberkati setiap perkara baik yang aku ingin lakukan. 




1 comment:

Anonymous said...

good luck my dear for year 2012. Best dgr cite awak.
Selamat maju jaya. Amin