Wednesday, January 18, 2012

it ended...

Finally habis juga semester ni dengan jayanya? Tak berapa nak jaya. Sebab, dah rasa macam berliku sebenarnya. Dah kena fokus lebih. Tapi kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Sarkastik sungguh ayat aku kan. 

Masa jawab hidrology tadi aku bajet nak duduk tempat strategik. Konon nak dapatkan aura kepandaian Helni dan Fuzi yang macam terer settlekan soalan final past year masa study sama-sama. So aku kena duduk sebelah diorang. Tapi bila buka soalan, terkebil-kebil aku tengok soalan. Tapi teruskan mana yang mampu lah kan. Dan yang paling penting, formula  tak disertakan! (terkedu sebentar) Terer tak kitaorang jawab. Student civil memang bijak, tak payah bagi formula pun tak apa.;-p

Dan kertas graf yang dibekalkan, tak relate langsung dengan soalan tu. Pelik sangat! So aku buat je graf sendiri dalam buku jawapan tu.

Ingat lagi, aku email lecturer aku nak baca bab apa yang keluar final (usahalah kan). Dia cuma reply

"Semua bab masuk. Tapi sikit-sikit"

Sebelum tu kawan aku yang belajar kat KL tanya aku tips lecturer kat sini. Sebab diorang pun tak dapat tips dari lecturer diorang. So, nampaknya bukan kat JB je kot tak dapat tips-tips kan. Study lah kau 11 bab, ingatlah semua teori dan formula-formula dan jalan kerja. So kitaorang decide study base on past year punya soalan final yang banyak gila tu kan.

Bila jawab soalan, serius skema jauh beza dari semester yang lepas-lepas. Redha je lah kan. Bila dah sejam lebih aku tengok depan-depan aku dah keluar dah. Tu mesti dah pasrah habis. Then aku jadi tak fokus pulak bila si Fuzi yang duduk sebelah aku ni buat gaya tension. Siap dengan sing-sing seluar kan. Lepas tu buat gaya picit-picit kepala. Gila kan aku memang tak fokus, walau tengah menulis ni. Then dia panggil aku slow-slow;

" miza, ko bagi aku jawapan nombor dua aku bagi ko jawapan nombor 3"
siap angkat jawapan kat kertas dia. Bajet macam aku nampak lah kan

"aku tak siap lagilah"
 padahal sebenarnya aku pun tak confident jawapan aku.

Setengah jam terakhir tinggal berapa ketul ke kot dalam dewan ni. Then kitaorang planning nak main bowling, tapi oleh kerana ramai yang dah balik dulu so tukar planning lepaking kat Mcd macam biasa setiap semester kot aktiviti macam tu. 





Dah lama tak jumpa kema. Ni dia baru balik kerja.
sebab dia dah dua semester dia drop.
tapi semester depan dia akan kembali beraksi di JB!
welcome back!




diorang nak cakap
" kitaorang dah tunang, kau ada? tak adakan"
ada aku kisah...;-p





lelaki poyos...
yang suka buat muka hodoh



Inilah yang menanti aku sepanjang cuti semester ni
buku-buku ni aku beli masa Book Fair, psz book fair, kinokuya klcc and MPH.
ada yang lama dah beli. tapi tak sempat baca.
Buku Natrah tu kena baca laju-laju sebab pinjam kat psz kan.
good luck lah untuk aku khatam membaca...
one day hopefully ada library sendiri..ewah



p/s: seramm

No comments: