Monday, January 9, 2012

a Journey to

Harini aku punya second paper. Namanya adalah 'construction technology'. Baru je habis. Dan baru je melantak dekat dengan cafe mak jah kat Alumni ni. Padahal tengah aku taip ni, ada group classmate aku yang buat study group untuk next paper. Tapi aku sibuk pulak nak menaip kat blog ni kan. (ni draft masa pukul 12 pm tadi)

Tadi punya paper kacang kot bagi yang jaga site. Aku dah lama tak jaga site since dah kerja banyak duduk office kan. Kalau datang site pun, just macam lawatan gitu. Tak adventure langsung, lepas tu makan-makan. Buat kerja sikit, kontraktor dah ajak makan. Padahal baru je lepas makan. Sebab tu kot dulu aku gemuk. Sebab gemuk dengan makan yang sedap-sedap. Bukan rasuah erk,no no. Sekarangni, kalau orang ajak makan..akulah yang paling pemalas nak pergi. Padahal orang datang office nak belanja makan je pun, tapi bila dipaksa oleh bos-ku (diapun selalu ajak belanja aku) tapi aku create je alasan. ah, dasar jual mahal lah konon!

Semester semua paper ambik kat KTC. Tak best lah sangat, sebab sejuk sangat dan parking kereta dahlah kecik. Terpaksalah tumpang parking kereta kat blok kolej depan tu. Tadi pun aku tak sampai sepuluh minit paper,aku dah cepat-cepat keluar sebab nak pergi tandas. Lecehlah pulak aku rasa, nak tulis nama keluar dan masuk kena signature lagi. Dahlah aku tak aim mana toilet, berlari-lari aku semata-mata nak estimate 5 minit je pergi toilet. Sebab paper ni cuma 2 jam. Masa jawab exam pun aku punyalah laju tulis, tak tahulah betul ke tidak jawab je lah kan Dah subjek harini menggoreng jek. tak pandang pun kiri kanan, depan belakang. Tau-tau jek aku tengok depan aku dah kosong. Mas pun yang duduk depan dah takde. Tak sampai sejam pulak, Rosaidi yang duduk sebelah aku dah blah. Wah, dia memamglah terer. Dia kan bos.

Lepas tu tak tahan, kosentrasi aku terganggu bila Hafizi yang duduk belakang aku asyik-asyik batuk. Lepas tu berjangkit dalam dewan ni. haih, macam-mcamlah. Lagi 15 minit aku dah siap dah, walau tak tahu betul ke tidak. Aku baca memang baca, hafal tu zaman dahulu kala. Sekarang dah zaman kertu, susah sikit nak menghafal. Tapi sebab dapat tips dari lecturer dan experience kat site..bolehlah aku goreng-goreng ikan dengan ayam sekali. Lagi 5 minit, tukang jaga exam tu datang tempat aku macam nak suruh aku keluar. Cepat-cepat lah aku masukkan soalan(akupun tak faham, memang kena pulang balik eh?) dalam buku jawapan tu dan bagi jelah pada dia.

Aku subjek-subjek teori ni fail sikit nak study betul-betul. Tak sampai setengah jam, aku dah tidur. Kalau study kat rumah lagi melampau kemalasan aku. Jadi nak dapat feel sikit, aku kena study kat PSZ. Sehari suntuk pun tak apa, sebab environment kat situ best nak study lama-lama. Lepas tu cuci mata tengok mat mat arab yang putih dan hitam kat situ. Cuci mata je, bukan boleh nak cakap pun kan.

Then makan kat cafe Mak Jah dengan shuk dan Kirin. Pakcik pun ada. Lagi cepat orang tua ni keluar. Dia kan terer, memanglah (mata ke atas, tangan di dado). Dia naik motor kawasaki yang baru dia beli. Tapi kesian hujan, ahahahhahaha...asal rokok kau tak basah time ko duduk bawah jambatan tadi sudah ler pakcik. Lepas tu si syuk sibuk cakap dia pun nak beli motosikal yamaha tu, tapi asyik duit lari ke lain. AKu potonglah, 

"kau cakap nak betulkan motor vespa kau. "
" Yelah, itu nanti. Memang planning"
"hello, kau punya planning ni dari zaman awal kita belajar sampai kita nak habis kau cakap benda yang sama"

Lepas tu dia sekel kepala aku kan. Dia memang suka main kepala!

"Yelah,, aku ada duit, lepas tu betulkan kereta. Lepas tu tunang, kejap lagi nak kawin lagi"
"Ha,lepas tu lari ke anak. sampai ke sudah berangan jek"


end

p/s: macam best je kan buat cerpen. Akuni merepek sebelum nak start study Geotechnic! wallaaaa






No comments: