Sunday, January 29, 2012

Semanis Kurma- Bermadu atau Andartu




Tajuk macam nak apa je kan. Tapi memang pun. Tajuk ni memang ada. Sebab hari Khamis kat TV9 pukul 10 malam ada rancangan ni. Itu pun sebab terterkan remote masih alih-alih channel. Best tajuk-tajuk dalam semanis kurma ni kebanyakkanya, sebab relate dengan kehidupan kita seharian.

Mungkin juga moderator rancangan ni pun best, Ustazah Siti Norbahayah dan Ustaz Wan Akashah. Then Panel jemputan pula Prof.Madya Hj.Md Izuddin. dan Dato' Maznah Zolkifli (ha ah, lah Ziha. Dia dah dapat Dato' baru je aku google tadi). Aku nak ulas tak berapa pandai sangat. Tapi, aku rasa better tengok blog ni. Sebab complete kot apa yang dibualkan -->


Tapi memang salute dengan Maznah. Sebab kata-kata dia sangat motivate kot. Aku respect sangat pada wanita yang tabah dan indipendent. 

Personally aku pulak, kalau boleh dua-dua pun aku tak mahu. Dua-dua pun ada pro and kontra. Tapi kalau dah tertulis itulah dia jodoh dan ketentuan, kena lah redha (Tapi kau kenalah extra stronger kot!). Macam kata seorang teman;

" Jodoh,ajal dan maut bukan kita yang tentukan. Setiap yang berlaku mesti ada HIKMAH"


Tapi kalau boleh elak, elak kan sehabis boleh. Bukan senang kot ......(fikirkan sendiri)

Tapi ada juga yang bagi cadangan macam ni;

" Pilih duda. Pertama orang tua ni penyabar dan banyak pengalaman, Kedua dia duda, so kita tak menyakiti hati orang lain. Ketiga banyak duit..tapi duit bukanlah segalanya"

Pilihan tu terletak di tangan kita. Kita yang menggerakkanya. Kita yang buka hati kita. Aku tak kisah pun kalau dalam usia aku sekarang ni nak panggil andartu. Tapi ustazah cakap, bukan andartu dah. ANDALIA---> Anak Dara Yang Mulia. Amin. Hari tu, ada sorang kawan tweet pasal ada orang panggil dia andartu sebab tak kahwin-kahwin. Adoi, sure lah sakit hati. Aku rasa, kawan tweet aku tu indipendent kot. Tak minta pun duit orang lain nak survive hidup. Dia berjaya je dalam kerjaya dia. Tak menyusahkan orang pun. Kau tahu ke apa yang berlaku dalam hidup dia, tak kan. 

Kadang-kadang dugaan hidup kita ni berbeza.Yang dah kahwin, ujian dia berbeza. Yang tak kahwin-kahwin macam aku ni pun, dugaan dia berbeza. Tapi aku tak ambik kisah sangat lah, sampai tak boleh nak berfikir benda lain. Sebabnya kita yang jaga hati kita. Macamana kita dah melalui masa-masa down sangat itu tak penting. Tapi yang pentingnya macamana kita nak bangkit semula. Sebab tu aku yakin sangat pada fikiran yang positif.  Bila kita cakap orang lain, kita lupa yang kita ada anak perempuan, adik-beradik dan saudara mara yang terdekat dengan kita. Mungkin sekarang tak perasan.

Janganlah cakap, cari duit je sampai lupa nak kahwin. Then words yang paling biasa, memilih sangat. Tolonglah, tahu ke apa yang ada dalam hati. Memang luaran tu kadang-kadang happy go lucky, tapi dalaman kau tak tahu kan. So, jangan senang-senang lah nak melabelkan yang bukan-bukan. Kenapa tak mendoakan, itu kan lebih afdal. 

Kemudian, bila dah umur-umur macam ni aku dan tak kahwin-kahwin aku noticed sesuatu. Personally, aku rasa ada yang ambik kesempatan. Tolonglah, aku tak desperate kot pada benda-benda pelik tu. Kadang-kadang aku rasa pelik. Sebab ianya datang dari orang yang aku respect most. Tapi tak tahu kenapa tiba-tiba berubah. Selagi aku boleh bertahan dengan ayat-ayat yang aku boleh labelkan sebagai "sexual harassment" tu aku tahan. Tapi, kalau dah sampai tahap menyentuh kulit aku, masa tu aku rasa...tak payah lah nak berlagak sabar lagi.

Sekarang ni aku rasa ok je single. Walaupun, bila jumpa dengan some makcik-makcik kat tempat aku yang bila jumpa mak aku je, cakap tengok muka aku rasa nak menangis. Saya relax je cik (tapi simpanlah sedih dalam hati sebab sebak diorang nak nangis sebab aku kan ;-p). 

p/s:  Cumanya bila hati belum betul-betul ikhlas nak terima dengan terbuka, rasanya tak perlu nak terburu-buru demi menutup semua tanggapan orang. Semua yang berlaku pasti ada hikmah. Terima kasih pada yang mendoakan.


-aku-



2 comments:

nqr said...

sorry dear.. umur u berapa?

Dari sudut Hati kecilku said...

sis qis..

hehehe, poyo je kan entry i nih.
i muda lagi sis. but getting near 3 sr.soon ..:-p..muda lagi btw...(ehem).