Friday, January 13, 2012

untuk dia

Kisah itu dah lama berlalu. Dekat 5 tahun lebih. Dan seperti biasa, aku hampir terlupa tentang kisah itu. Dah lama sangat pun kan. Pertemuan kembali diantara junior dan senior satu sekolah melalui Friensteer ketika itu. Akhirnya persahabatan itu menjadi rapat. Skype,Ym dan telefon menjadi penghubung bicara. Namun disebabkan insiden yang diri sendiri lupa mengapa, diri menjadi tawar hati. Yang penting ego seorang lelaki mungkin menyebabkan diri menjadi tawar hati.

Masa berlalu, pada hari lahirnya ku titipkan ucapan selamat. Saat itu ia menjadi penghubung persahabatan  kembali walaupun agak dingin. Diwaktu hari lahirku, dia memberikan hadiah yang agak mahal bagi aku yang naif ketika itu. Tapi aku anggap biasa sahaja. Walau katanya emak dia yang pilih. 

" Tak mungkinlah orang lelaki nak habiskan duit untuk perempuan kalau dia tak suka, kau fikirlah sendiri." bisik  seorang teman


" Tak mungkinlah. Aku rasa biasa aja" ego mungkin


Dua hari selepas itu dia menitipkan pesanan yang  seperti inginkan sebuah perhubungan yang istimewa. Seharian aku berfikir dan dengan kekuatan yang ada aku hanya mampu membalas

" saya minta maaf, sebab saya rasa tak mungkin dapat terima abang"


Bila message dihantar, air mata tidak semena-mena turun. Hati perempuan kan.


Message dibalas dengan hati terbuka. Walau sejak itu perubahan mendadak berlaku pada persahabatan ini. Tiada lagi panggilan awak atau saya. Tapi dia hanya menggunakan perkataan aku dan engkau. Sentap juga hati ini, namun aku menghormatinya sebagai senior ku dan masih mengekalkan perkataan abang bila merujuk kepadanya.

Dan sejak itu, persahabatan terputus. Walau masih dalam list YM sejak bertahun dulu,tapi tidak pernah bertegur sapa. Hanyalah beberapa hari lepas aku terlihat status di YM majlis pernikahannya. Buatnya insan tersebut;

" Selamat pengantin baru abang. Semoga memperolehi keluarga sakinah,mawaddah,warrahmah dan dirahmati Allah. Semga berjaya menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab dan bahagia hingga ke syurga Insha Allah"


p/s: Tetiba teringat lagu kerispatih  untuk kisah yang hampir 6 tahun itu.

No comments: