Thursday, February 23, 2012

Aib Orang Diselindung, Aib Sendiri Disorok



Tajuk  majalah Solusi isu #41 bulan ni agak menarik “ TUTUP AURAT SUPAYA SELAMAT”. Kebetulan tadi  diri singgah ke Shell. Bila tajuk agak menarik, grab sahajalah. Bila diselak-selak ada satu tajuk yang bagus juga.  Manusia ni bila dia dah buat salah, dia sendiri takut pada bayang-bayang sendiri. Padahal masa buat, tak tahu pula takut pada Allah. Tapi pada manusia, tahu pulak takut.malu katanya. Ohhh, Tahu pulak Malu?

Maaf, ayat dia atas bukan merujuk kepada sesiapa. Ianya umum. Bahkan bukan untuk mengatakan diri sendiri bagus. TIDAK sama sekali. Aku masih lagi belajar dan bukan manusia yang sempurna. 

Tajuk yang ditulis oleh tuan Haji. Zainuddin Ali adalah berkaitan dengan AIBà AIB ORANG DISELINDUNG, AIB SENDIRI DISOROK. Sekadar berkongsi sedikit tentang apa yang ditulis oleh beliau.

Aib merupakan satu perkara yang memalukan tentang diri seseorang. Jika ia disebarkan dan diketahui oleh empunya diri, pasti menimbulkan rasa marah dan malu. Malah lebih teruk lagi ada yang berani mendedahkan aib sendiri  tanpa segan silu.  Hakikatnya Islam melarang keras kita menceritakan aib orang lain, malahan kita juga dilarang menceritakan aib diri sendiri. Berita gembira bagi orang yang menutup aib orang lain disampaikan oleh Nabi S.A.W. menerusi mafhum baginda “ Seorang hamba yang menutup aib orang lain di dunia, Kelak Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat”. (Riwayat Muslim)

Jika kita mendapati saudara kita melakukan perbuatan maksiat seperti minum arak, berzina dan lain-lain, jangan sebarkannya. Namun, kita masih lagi menegah yang mungkar dan menunjukkan jalan makruf.  Imam al-Syafi’I berkata “Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya bererti dia benar-benar menasihatinya dan memperbaikinya. Sedangkan yang menasihati tanpa menjaga rahsianya, bererti telah membuka aib dan mengkhianati saudaranya.” (Sharh Sahih Muslim).

Dosa yang dilakukan oleh seseorang secara sembunyi-sembunyi tetapi mengakibatkan kerugian kepada pihak-pihak tertentu seperti perbuatan mencuri, rasuah dan sebagainya, boleh diselidik, dibongkar serta dilaporkan kepada pihak berwajib kerana maksiat seperti ini akan mencipta mudarat yang lebih besar jika ia dibenarkan.

Ada orang yang berbangga dengan maksiat dan keburukan yang dilakukan. Islam mengajar kita supaya menutup aib sendiri. Kalau Allah ingin membuka aib kita, memang tidka tertanggung malunya. Allah Maha Pengasih, sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan,  Allah tidak mendedahkannya. Oleh sebab itu, janganlah kita pula mendedahkan keaiban kita. Menutup aib ialah perbuatan yang dianjurkan oleh Islam, sekalipun dosa besar.

p/s: Semoga kita sentiasa dalam perlindungan Allah dunia dan akhirat.  Peringatan untuk diri sendiri juga. Walau marah sekalipun atas sebab-sebab tertentu, harus bersabar juga. Tapi sabar setiap manusia ada batasnya bukan. Aku anggap ianya ujian dalam hidup supaya diri lebih muhasabah dan sebelum beroleh kebahagiaan yang dicari. Moga diri lebih kuat dan tabah, AMIN.





No comments: