Monday, February 20, 2012

Bila Izrail Datang Menjemput-Peringatan Buat yang hidup



Aku pernah mencatatkan tentang seorang teman yang kehilangan suami nya. Kebahagiaan perkahwinan hanya dirasai selama dua bulan. Disini adalah catatan yang beliau catatkan di dalam notes fb. Aku telah memohon untuk dishare kan dalam blog ini kalau-kalau terserempak dengan blog picisan ni. Sebagai tanda ingatan buat kita yang masih hidup.

Ajal datang tak kita tahu. Tak semestinya bila kita menghampiri eksiden (mcm nampak trela tergolek n kita menuju ke trela tu), kita akan mati serta merta.mungkin Allah spare few more minutes, hours, days, weeks or months, jadik macam koma.Tak semestinya bila kita dah berhati2, Malaikat Maut tak datang, macam pi mandi ayaq terjun, tgh hepi2 gelak2, tak bahayakan diri,  dlm sekelip mata terus dijemput Allah pulang.

Here, I would like to share, preparation sblm kita dijemput Ilahi untuk kembali ke asal kita. Tak kira lah siapa diri kita, agama apa, bangsa apa, duduk mana, kaya or tak berapa kaya, kerja or tak kerja. I am sharing base on my experience and hope yg masih hidup dan bakal mati, membuat persiapan.

Setelah kami menikah (11.11.11), sebulan sebelum Syafiq pulang, kami berdua agak kerap berbincang pasal mati. Yang hidup, bakal mati, dah mati, persediaan mati…walalupun aku yg memulakan topic ni, tapi Syafiq yg tinggalkan aku. Berpisah untuk bertemu tapi taktau bila cuma tau di mana.

Yang belum kawin, mungkin agak mudah sbb semua akan diuruskan oleh femili sendiri. Tapi, yang dah kawin, walaupun seminggu, isteri atau suami yg perlu uruskan.

Apa yang perlu? Sementara korang masih sempat, letak semua barang penting setempat. Alhamdulillah, Syafiq sempat buat mcm tu sbb aku suruh letak setempat senang carik kalo jadik apa2. Such as,

-          Surat beranak
-          Surat bank kalau kita ada loan
-          Geran keta or insurance keta
-          Personal insurance macam Great Eastern, Takaful, Prudential etc..
-          Bank simpanan macam Maybank ka, CIMB ka, Tabunh Haji ka, ASB, BSN etc…
-          Kalau yg ada EPF pencen whatsoever, sila maklumkan pada pasangan or family.
-          Surat nikah sbb sgt penting bg yg dah kawen.
-          Buku hutang (yg kita berhutang dan yg menghutang dengan kita)
-          Password apa yg perlu. In my case, password emails, FB, ext hardisk. What was the best part? Syafiq bgtau those password sehari sebelum dia pulang.
-          List of phone numbers yg boleh di contact. My case, I called sorg dua ja kawan Syafiq dan derang la sebarkan and also via FB. Sbb? Hutang la..kan nak langsaikan hutang…

Kadang2 kita nak berahsia dr keluarga yg kita ada buat personal loan. Jgn mcm tu. Atleast, let someone trusted tau. Kita mesti xnak kan bila kita dah pulang, rupanya urusan di dunia ni bnyk yg tak terlangsai. Meganiaya diri sendiri kan?

Few weeks sblm Syafiq pulang, aku ada bercerita dgn Syafiq pasal hutang. Aku cakap “sblm tido, gurl akan halalkan hutang2 org dekat gurl, kecuali 2 org (xyah la korang tau). Tapi bila bgn pagi dan masih hidup, akan ingat balik hutang2 tu. If gurl yg berhutang, secepat mgkin gurl akan setelkan sbb sementara ingat dan hidup lah kita nak langsai walaupun sekupang”…Syafiq hanya kata “ok” sbb sememangnya dia tak akan mintak duit org lain selain femili if perlu. Lesson here is, kepada yg hidup, once ur femili member pulang ke sana, tanya seramai mungkin teman2 mereka jika ada yg dihutangi. Langsaikan lah. Alhamdulillah, bertuah aku dapat Syafiq yg tak reti berhutang dgn org kecuali bank la kan…

Bulan December kalo x silap, 20 December 2011, kat TV9 Halaqah ada slot cerita pasal Bil Terakhir. Aku yg menonton sbb mcm menarik hati untuk paksa tengok n dengar. Masa tu aku kat KL n Syafiq kat Kedah. So mlm tu, perbincangan kitorg pasal itu. Bil terakhir adalah bil kita bermula selepas kita hembuskan nafas terakhir. Allah maha besar bagi aku peluang tonton rancangan tu dan share dgn Syafiq. Supaya ada sedikit bersedia. Tak salah kita yg masih hidup berbincang hal2 begitu. Persedian mati mmg digalakkan. Sbb kita tak tau bila kita akan pulang ke sana. Malaikat Maut melawat kita 70kali dalam sehari di muka bumi ni dan Alhamdulillah perbincangan itu sgt berguna sbb sebulan selepas tu, Syafiq pulang ke sana.

Jumaat 20/01/2012, aku tertinggal HP dlm teksi dan nasib baik brader teksi tu kejaq masuk airport bagi balik. Sabtu 21/01/2012, aku tertinggal tablet dalam changing room kat mall, sep baik ada uncle cina tunggu aku dekat stengah jam nak pulangkan n Syafiq sgt marah masa tu. And the same day, gelang yg Syafiq hadiahkan ujung tahun 2011, terlucut tiba2 dr tangan aku tapi Alhamdulillah jumpak dalam keta. Pesan Syafiq “itu la..jgn cakap besaq dok kata barang2 u xkan hilang. Nanti Tuhan amik pastu tak bagi balik baru tau” Mama and Abah senyum je la kan. Abg, gurl xkan lupa pesan abg okeh. Pada hari tu jugak, Syafiq cakap pasal Facebook sbb kan skrg org post pasai gambaq2 dlm FB apa akan jadik after kita mati. As his wife, aku dah buat apa dia suruh.

Isnin 23/01/2012. Sesungguhnya hari tu mmg aku x berasa selesa n x sedap hati. Tapi aku fikir mebi sbb nak dtg bulan kot. He was so calm relax n happy. Dalam kereta masa balik dr kenduri sblm dia cakap nak pegi mandi kat kuala nerang, dia ada cakap “Alah, abg nie, kalau pegi kat org lain pun, senang ja. Abg suruh dia bayaq semua hutang2 abg, pastu abg mai balik kat gurl”..kami gelak…Abg, hutang abg semua selesai dah. Tapi tunggu gurl pi kat abg na..

If korang ada bnyk harta, pi je lah buat wasiat. Tapi kalo setakat aku n Syafiq, mmg kami xdak apa lagi pun. Koman2, wasiat mudah kan urusan masa apa tuh, urusan Faraid. Hard for me to explain on this matter sbb aku tak lalui proses ni. All Syafiq’s belongings, keta, muto, duit insuran, duit org bg masa kematian, semua aku bagi ke mertua. Why? Sbb aku kawin 2 bulan ja pun. Tak sempat harta sepencarian. I only request for few of his baju, small items and his D90. Sbb D90 tu lah yg mengikat kami dua. If korang ada rumah, tanah, bnyk sgt keta and nak elak dari perebutan harta, pi buat siap2.

Insurance! Ya btui..insuran..ada yg amik bila dah sakit la, dah tua la..DON’T! Sementara ada masa, sihat, ada duit, amik ja. Sikit pun jadik lah. Alhamdulillah, once aku kawan ngan Syafiq, he managed to get his own insurance. Simple ja. Takaful Maybank takat 30 hengget sebulan. Sementara nak tunggu ING from my company. Yerp..Alhamdulillah jugak, with his insurance tu, insyaAllah dapat la sket dr takaful nnt. Mmg dah ada plan apa nak buat. Again, Alhamdulillah Syafiq xdak hutang. Means that money nnt boleh buat sedekah untuk dia kat sana. Pencen dia tolak tepi la kan. Setakat keja teknisyen, mmg sikit tp walalupun sikit, bila dijadikan amal jariah, insyaAllah ada hasilnya untuk dia. Pengajaran? Amik la insuran yg korang rasa mampu. Sikit pun xpa aih. Dan, sementara hidup ni jgn la kedekut sgt nak menderma sbb itu lah yg akan tlg kita nnt kat sana, insyaAllah.

Solat..Puasa..aku harap takdak la yg memperlekehkan dua perkara nie. Syafiq? Aku tak sempat posa ngan dia as husband and wife tapi aku yakin dia tak tinggai posa. Solat, so far sepanjang dah kawin, tak kot sbb kami dok asing. Masa dok sesame, solat Jemaah, insyaAllah. When we die, no such thing as solat ganti or posa ganti. Tapi, posa boleh ganti mcm ala2 fidyah. Tapi, kalau yakin arwah tak tinggai posa whatsoever, better guna duit tuh buat sedekah jariah. Lagi baguz kan?

One more, Haji. Masa hidup, maybe tak mampu or kekangan masa or tak menizinkan. Dan bila ada yg mati, yg hidup ni bertanggungjawab atas perkara ni. Bg contoh la senang na..
Masa Syafiq hidup, utk dia pi haji mungkin xmengizinkan sbb kami dua ni bukan kaya lagi pun. Plus, both parent tak pi lagi. Kami dua dah plan nak gi umrah this coming April. Tapi, dia dah ke sana dulu dr aku. So, lepas Syafiq pulang, katakanlah dia xdapat apa2 duit insuran, mmg xle la kan nak upah haji kan? Unless femili mampu…ala..Tabung Haji, upah RM2500 ja pun. Dan skrg Syafiq insyaAllah dapat duit insuran, dan duit tu dah setel bayaq hutang dengan manusia (tapi Syafiq takdak la part ni), dan ada baki cukup untuk upah haji, duit tuh rasanya wajib guna untuk upah haji sblm di bahagikan antara femili or faraid. Sbb tu lah, femili or spouse kena paham menda ni dan bukan amik bolat2 duit lepas kematian buat harta sendri. Kesian Arwah kat sana tau.

Since kami ni kawen 2 bulan 12 hari ja pun, no kids yet, so, sbb tuh la aku tak nak buat faraid. Semua bagi ke mertua. Derang lebih layak sbb jaga Syafiq dari kecik. Yg aku amik jadik harta aku adalah, kenangan setahun sebelasbulan tujuhbelashari dengan Syafiq yg takdak sapa boleh amik.

Selepas Sayang Syafiq aku pulang, aku rasa mcm, terlalu bnyk harta memang akan menyusahkan. Bila kita pun pulang, andai dapat femili yg bertanggungjawab dan uruskan semua dengan jujur amanah ikhlas, insyaAllah kita pun mudah urusan kat akhirat. Tapi kalau bnyk sgt harta, nak declare lagik, faraid lagik, pembahagian lagik, macam amat menyulitkan. Tak masuk lagi kalo berebut harta. Kesian arwah kan? My own lesson learn, biaq pi lah kurang harta dunia tapi melabur harta akhirat.

To people yg rasa notes ni poyo, takpa, aku tak kesah. I am just sharing selagi apa termampu. Moga2 nnt bila jadik kat korang, tak la korang pusing2 sgt..or bila korang yg pulang, yg menguruskan tak la susah sgt. nak menaip notes ni pun makan hari sbb asyik nangis ja...aku xnak org lain nangis mcm aku jugak...

Bila susah, jgn pandang org di atas. Pandang yg di bawah yg lebih susah.

Bila ada yg ditimpa musibah, jgn pi memandai suruh sabar atau redho, kalau diri sendiri tak pernah lalui situasi tu. Hiburkan yg tertimpa musibah itu dgn mendengar apa yg nak dikatakan. Jangan melawan dan kata ‘ya aku paham’.


Catatan peribadi:

Last week DJ ikim --> DJ Razak meninggal dunia. Masa study week aku selalu dengar dia punya celoteh pagi-pagi buta. Dua hari kot ikim bercerita tentang kematian etc. Baru aku tahu yang;

Malaikat Izrail datang melawat kita sebanyak 70 kali sehari!!!

Personally, kalau solat malam aku takut sangat. Lagi-lagi kalau bacaan dalam sujud tu lama, especially dalam solat-solat sunat tertentu..takut nyawa aku diambil ketika solat sedangkan amalan aku tak cukup lagi. 

Buat Bei, stay strong. Aku belum kuat lagi nak call dia or sms. Sebab aku tahu, aku akan menangis. Which is sangat-sangat tak membantu situasi dia. Hanya berani private message. Panjang dia bercerita. Pertama kali aku baca message dia, aku sebak sangat. Aku tutup. Kali kedua aku baru aku baca sampai habis. She really loves/miss her husband much. Banyak dia share. Aku dapat rasakan apa yang dia rasa. Dia bukanlah sekuat yang disangka. Sebulan dah dia tak kerja. Dah pergi Darul Syifa', baca buku-buku tertentu ..tapi masih macam tu. Bila dia cerita macam tu, air mata aku tak tertahan-tahan. i can feel Bei. Tuhan tu tak akan menguji hambanya mengikut kemampuan. Ayat last dia ;

"i really want to be with him...i pray hard everyday that, once urusan2 syafiq siap, also mine, i really hope Allah akan mudahkan my urusan too..

I miss Syafiq too much..'


Oh Bei, semoga anda kuat sangat-sangat. Even  sampai sekarang ni pun, aku tak mampu nak balas balik sebab nak menaip tu sedih sangat rasa. 

No comments: