Monday, February 20, 2012

Bila sampai waktunya

Aku punya seorang teman yang ku kira sangat baik orangnya. Seringkali dia berkata kepada aku begini;

" haishh, bilalah akuni nak pakai tudung betul-betul. Aku ni pakai tudung kejap on kejap off"

" Hehehe, Bila sampai masanya nanti kau tak akan bukak-bukak lah"

" Taklah aku macam pelik tengok orang mandi kat pantai ke kat kolam tapi pakai tudung. Kan ke serkup tu nanti macam terkepungair dalam kepala"

" ermmm....(mati kutu jap)

" Aku sebenarnya nak sangat pakai tudung betul-betul. Tapi masalahnya bila rambut aku ni panjang, aku macam sayang nak pakai tudung"

" Tak apa, insha Allah suatu hari nanti hati kau akan terbuka betul-betul pakai tudung"

" Tapi aku takut juga bila aku kahwin nanti. Dosa aku kan suami aku tanggung. Kesian kat dia "

" Macam ni lah, percaya tak suatu hari nanti benda tu akan datang sendiri percayalah. Sebab sekarang je pun kau dah ada kesedaran"

" Tulah, mudahan-mudahan. Aku nak sangat pakai tudung betul-betul"

Aku percaya kot pada frasa suatu hari nanti insha Allah hidayah tu akan datang sendiri. Sebab tu jangan menilai siapa orang tu hari ini, tapi yang penting siapa orang tu akhirnya. Macam aku yang pakai tudung ni pun, bila aku mencari dan mencari aku baru nampak yang banyak sangat aku tak buat dan elakkan sebagai seorang muslim. Sebab tu aku suka sangat dengar kisah orang-orang yang dulu jahil tapi sekarang sangat-sangat berubah. 

Sama-sama lah kita mendoakan kebaikan untuk orang lain.

Pernah tak dengar cerita yang orang-orang yang tak pernah solat dan meninggalkan perintah Allah tapi menempa kejayaan dalam hidup dan memiliki apa yang dia mahukan dalam dunia ni.  Manakala kita yang rajin beribadah dan taat perintah Allah sebaliknya. Nampak macam tak adil kan.Tapi cuba baca ayat ni:-

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi). Jadi apa itu Istidraj? Secara ringkasnya Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaannya agar ia makin bertambah ingkar dan sesat. Hal itu seperti yang disebutkan dalam firman Allah: “Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”. (Al-Qalam :44)




No comments: