Tuesday, February 14, 2012

Friends for

Aku baru je habis call dengan Alin. Kawan aku sejak zaman study lagi. Lama gila punya borak. Semuanya adalah merepek dan hal-hal personal. Bila difikirkan semula, bila borak-borak balik ayat dan kata-kata yang kita pernah keluar kan sebelum ni, macam bodoh pun ye. That why gelak bila ingat balik. Kenapalah dungu sangat masa tu. Haih, macam-macamlah. Tengok sekarang sudah terbalik.

Pagi tadi borak benda yang sama dengan zam. Bestfriend since teknik lagi. Sometimes, bila pandang balik belakang kita akan menyesal sesuatu perkara. Tapi sekarang kita dah kena pandang depan dan tak boleh toleh kebelakang lagi. Something that we should pay. Alhamdulillah, pengalaman tu mungkin berbeza tetapi yang menjadikan siapa kita hari ini adalah pengalaman lepas. Mengenali zam, salute sangat dengan dia. Sebab jarang nampak dia down walau sebenarnya dia tengah down. Dia sangat-sangat tabah. Aku kenal dia lama sangat dan aku tahu. Bila kita down, she try utk bagi kita cheer up. Bab-bab tabah ni, aku pandang dia dulu.

Aku ramai kawan. Tapi untuk bercerita hal personal, aku cuma ada beberapa orang kawan sahaja yang aku anggap dia bestfriend aku untuk bercerita. Dari hal meroyan sampailah hal keluarga, aku rasa dioranglah yang aku selalu share especially zam. Ita sejak kahwin, aku jarang kacau sangat. Cuma bila dah tak tahan sangat, baru aku call dia. Itupun tengok timing. Cuma bila dah tak ada lagi orang yang rapat tu dekat dengan aku sekarang, aku rasa aku boleh indipendent dah. Boleh berfikir sendiri dan jadi matang (mungkin tak adalah matang sangat). Atleast kan...

Oh ya, aku ada lagi sorang kawan yang sangat tabah dan aku belajar juga dari dia, As! yup you! You! Really appriciate what are you trying to do when i felt down (suatu ketika dahulu). Gila ah banyak notes kan kena baca . Banyak juga aku share dengan dia. Bukan personal semata-mata kadang-kadang. Kehidupan juga!

realitinya, semuanya pun jauh. Nasib lah ada handphone/ym/twitter/fb. Kalau lah masih guna surat macam zaman dulu, susah jugak.

Aku dah melepasi fasa down sgt (ayat macam poyo gila) haha. Aku dah melepasi fasa stress dan kena push. That why aku ok je sekarang, positif kan minda. Cumanya sekarang, aku perlu mengatasi perasaan takut. Kalaulah ada yang boleh meyakinkan saya bagaimana untuk menghilangkan perasaan itu dan terus memberi keyakinan, ianya kredit buat anda. Cheer up! Semoga Allah mempermudahkan segala apa yang kita inginkan dan rancangkan asalkan tajuknya berunsurkan kebaikan. Amin.


"Yang penting itu bukanlah kisah silam tetapi ibrah (pengajaran) yang diperoleh dari kisah silam"


p/s: i kan sista yang open minded. Ok jek kalau adik aku baca..bacalah..korang dulu baca diary i yang i start tulis dari darjah 6 tu pun, i ok je kan. :-p

Good nite 
-Miza-


2 comments:

zyla said...

thanks my friends..
kdg2 pengalaman lebih mematangkan kita..
samada untuk kita menjadi lebih baik atau sebaliknya..
sekali ku melangkah, aku x akan menoleh lagi..
kita kena kuat...

Dari sudut Hati kecilku said...

ayat yg last x boleh blah.
humm, bila toleh balik rasa nak menangis pulak kan. Kalau boleh tak payah pandang langsung kan.Thanks!!