Tuesday, February 21, 2012

Jambatan Barelang-apa yang menarik di Batam

Yess people..

i should  jilat balik ludah diri sendiri  yang kata tak mahu pergi Batam lagi...;-p
personally, kali ini pergi atas good reason. Mudahan-mudahan dipermudahkan. Amin.

kali ni pergi atas feri baru perasan yang lagi 4 bulan buku merah aku nak tamat tempoh. Tapi aku relax je, boleh kot. Sesampainya kat Imigrasi Indonesia, aku masuk lah line All pasport untuk Q. Tapi bapak imigrasi tu panggil aku " Indonesia di sini! indonesia di sini!". Eh, aku dah confuse pak. Aku pun dengan poyo-poyo keluar baris dan pergi line yang dikhaskan untuk orang Indonesia. Aku bajet aku silap line. Tapi line kat situ betul-betul tertulis INDONESIA . (hahahahaha, gelak untuk diri sendiri). Rasa macam nak lihat cermin je time tu, muka aku ni dah serupa Indon ke?? Next time harus pegang pasport  dan cakap " pasport saya kaler merah hati, bukan kaler hijau ya pak dan bukan kaler lada cili"


Sampai kat checking Imigrasi tu, pegawai tu tengok aku senyum-senyum. peh, nasib handsome. jadi aku balas lah senyumannya. Rupanya " Pasport kamu ni bermasaalah..pergi masuk bilik tu" . Part ni aku dah agak dah, sebab kurang 6 bulan kan. Jadi sistem tak boleh nak baca.  Masuk bilik bersoal-jawab tu, tunggu pegawai yang lebih kurang macam muka husband Kris dayanti, Raul. Boleh pulak dia borak-borak lama gila dengan staff dia kan.

" Iya, mana yang bermasaalah"
"saya pak" Senyum kelat
" Pasport kamu ni kurang 6 bulan. Kamu ngak boleh masuk ke sini"
" Saya tak perasan pak. Atas feri baru perasan."
" kamu ngak boleh masuk. Kamu punya pacar orang sini?"
" Tak punya pak"
" Kenapa ngak punya pacar orang sini? kalau kamu punya pacar org sini, kamu bisa masuk"
" ala, pak saya mau balik hari. Sebentar cuma"
" Ngak boleh ..cuba kamu baca belakang pasort tu. Semua"
aku pun membaca 
" bahawasanya pasport ini adalah hak milik kerajaan malaysia..bla bla bla"
" Nah, pasport ini milik siapa?"
"Kerajaan Malaysia"
" Nah, justeru itu kamu ngak bisa masuk"
" ala pak, sekejap je."

lebih kurang 15 minit berdum dam dum dam, dia cop. Yahuuuu, alhamdulillah. Sorry, ni tak ada duit tepi ok macam yang selalu aku dengar. Cuma berbalas cakap sahaja.

" lain kali, kamu cari pacar orang sini. baru bisa masuk"
" Oh ye pak, memang macam tu erk peraturannya"--> Obviously poyo
"Iya, Peraturannya saya"
satu pejabat gelak kan aku.





Jambatan 1

actually, dia ada 7 jambatan yang menghubungkan dengan 7 buah pulau





see the small island.
Subhanallah..cantik!




Itu Pulau Rempang




Jambatan 2

sampai sini sahaja aku pergi, kalau nak jelajah sampai habis, Misi utama tak dapat dipenuhi kan..




Enak donk jagung bakar di tepi ini




Sekitar Pekan Jodoh
Kat area ni banyak barang bundle jek.
Kalau nak cari kain, tudung etc better kat DC Mall sahaja! Lumayan donk..



Ayam pop!
That my fav. dish kalau kat Nasi Padang
kali ni kat Putri Bungsu Nasi Padang..enak..




Cer teka berapa?
Hanya 150,000 Rp = Rm50.00 sahaja!!
Gila murah rata-rata blouse/jubah kat sana.
Macam ni  kat Angsana aku tengok almost +-RM200
kalau blouse yang tak da bling-bling cuma Rp 100,000 = RM 30.00 sahaja!





Masjid BaituSyakur Pekan Jodoh
Masjid yang tertua di Kota Batam

Kat sini banyak gelandangan, ok jek kat sini. Dan masjid ni pun tengah dinaiktaraf.



Pada aku lah kan, bila kita pergi kat tempat orang cuba ikhlaskan hati dan betulkan niat kita. Sebab bila niat kita datang tempat orang tu dengan niat baik, Insha Allah kita akan jumpa dengan orang yang betul. even driver taxi yang aku naik tu minta izin nak solat then masa makan baca bismillah dan doa makan. Oh, sorry. Aku bukan nak menilai orang sebab aku bukannya betul sangat pun.

Sebabnya, bapak aku bising-bising tak bagi pergi. Yelah, pergi berdua dengan adik aku. Officemate aku pun cakap aku ni berani sangat. Tapi aku ni kedegilan. Alhamdulillah selamat pulang dan jumpa dengan orang yang baik-baik. Sekarang aku dah confident datang sorang pun. Sebabnya dah kenal dengan orang kat sana. Dah tahu kat mana tempat yang nak dituju. Cumanya one day macam nak pergi kat Bukit Tinggi. Insha Allah, dipermudahkan urusannya satu satu dahulu ya.







1 comment:

Adam Harris said...

Hi

any tips x kalau nk pi batam ni.. erm mcm do's n dont's gitu...transportation dia mcm mana ya?

Tq