Thursday, February 16, 2012

Kosong

Bismillahirahmannirahim

Hari ni aku rasa macam lost sangat. Kosong! Semua yang aku buat serba tak kena. Apa yang aku fikir aku pun tak tahu. Fikiran aku macam melayang. Kalau ikutkan aku tak adalah fikir yang berat-berat sangat, memang tak ada. Tapi tak tahu kenapa today was not my day.

Pagi tadi je aku dah rasa nak marah pun ya. Alhamdulillah aku dapat overcome dengan berlapik. Dengar Imam Suhaib punya video which is first time kot aku dengar. Itupun bila ada beberapa blog yang aku singgah memaparkan tentang Imam Suhaib. Subhanallah, dia kristian sebelum ni, dan skg imam Amerika dan berkahwin dengan wanita Malaysia. get something lah bila dengar, atleast overcome my anger. Feeling aku kat persekitaran kerja sekarang dah tak berapa seronok. Kalaulah aku ada pilihan, dah lama aku buat. Aku anggap itu semua dugaan buat aku dalam kehidupan ni. Walaupun sebenarnya aku rasa, kenapa aku? kenapa?

Bila dah petang, biasanya tiba-tiba je aku kena tambah kerja. Kena buat tu, buat ni. Pagi-pagi tak ada pulak.Oh, sangat tak seronok. Sekarang aku dah tak seronok nak balik lambat-lambat. Kalau boleh, panctual 4.30pm tu nak punch dah. Tapi yelah, aku ni hanyalah berstatus "saya yang menurut perintah". Macam biasa, kena print out laporan harian keewangan. Walaupun itu bukan tugas hakiki dan tak dapat elaun pun. Tak apa, aku anggap itu top -up balik untuk tugas-tugas hakiki aku yang aku yang ada aku buat endah tak endah. Boleh pulak tiba-tiba printer jammed. Gila lah. Aku nak balik cepat ni dalam hati menjerit. Bila dah beberapa minit tak boleh nak print, aku simpan dalam thumb drive dan cuba print out kat tempat aku sendiri. Tapi, setting tak boleh tukar. Sebab itu format AG. Jadi tak sama. Aku try, tak boleh jugak. Tengok kat luar, boleh pulak si A ni keluar solat asar sebelum balik rumah. Aku jadi kelam-kabut. Cepat-cepat aku kemas barang dan balik, yang penting aku dah save dalam thumb drive. Kerja tu aku tak kisah, benda lain yang aku jadi takut sangat. Sangat ok!

Balik tu, aku singgah Angsana sebab nak beli beading. Lama dah tak menjahit sambil tengok barang-barang dalam kedai beading ni. Suka je tengok benda-benda yang cantik ni. Bila urusan membeli beading, aku pergi Romantika kat tingkat atas. Tengok barang-barang decor. Aku cuma berminat beli wraping paper jek. Kebetulan housemate aku punya wedding soon. Then belek-belek bunga dalam pasu kat situ. Tiba-tiba aku satu pastu tu jatuh dan pecah. Alamak adalah perkataan yang spontan. Masa tu aku ada dua pilihan, buat-buat tak tahu dan blah atau pun bertanggungjawab dan bayar. Aku setapak nak blah, then aku rasa sebagai orang Islam aku tak patut buat macam ni walaupun bukan salah aku. Pasu tu ringan sangat, then memang dekat hujung-hujung je. Clumsy lah kot aku. Aku ambik pasu tu dan pergi kat kaunter tu, auntie, ni i kena bayar kan. Yalah dia cakap. Nasiblah dia tak marah. Kebetulan cash aku tak berapa nak cukup, aku cakap kat dia nak draw dulu. Auntie tu tak suruh tinggal kan apa-apa, then aku blah pergi ATM machine. Masa tu aku dah rasa, kenapa aku ni? kenapa clumsy sangat? Tak pasal-pasal kena bayar barang yang tak cantik tu. Bila dah draw, aku balik semula kat Romantika dan bayar. Cer bayangkan kalau aku ni nak melepaskan diri tak nak bayar, boleh je. Tapi sebab aku fikir, akuni orang Islam...dan kenalah bertanggungjawab. Tak apalah, mungkin duit tu bukan duit untuk aku, tapi untuk orang lain. Akuni hanya perantara aja. Itupun sebab aku ingat ayat Prof.Muhaya.  i change a lot bila selalu dengar motivasi dia.

Then aku turun dan bayar parking. On the way nak ke parking, aku tak tahulah apa yang aku fikir..sebab memang melayang. Kosong actually! Bila dah nak sampai gate keluar tu, aku perasan eh, mana kad parking. Sekali lagi aku dah nervous. Aku masuk kat parking dan geledah bag, dalam kereta etc. Tapi tak ada! Mustahil..Sebab aku parking betul-betul depan pintu masuk Angsana depan food court. Memang aku pegang time otw nak ke kereta. Aku pergi kat tempat parking tadi, terbongkok-bongok tengok bawah kereta orang, tapi tak ada. Aku masuk balik kereta, cari sekali lagi. Kali ni kat bawah karpet..dalam dashboard (mustahil!) tapi tak ada. Macam tak logik!! Cuma beberapa minit je kot. Time ni aku dah terfikir, habislah RM25 kena bayar. Aku patah balik tempat parking tadi, carik lagi..tapi tak ada. Then aku patah balik kat kereta, carik semula..sampai kemaslah dalam kereta tu, tapi tak ada jugak! Time ni aku dah nak menangis. Tapi aku cepat-cepat cakap kat diri aku, dahlah miza, cuba bertenang. bayar je lah. Bukan rezeki kau duit tu. Masa ni lah baru teringat nak baca ayat yang ayah Fiza  bagi bila kita hilang barang. Masalahnya, aku tak ingat !

Aku pergi semula kat tempat akak kaunter parking tu dan cakap akak, tadi saya dah bayar parking..tapi tak tahulah ..tiba-tiba hilang, jadi sekarang saya kena bayar RM25 kan. " awak dah carik dah betul? pergi cari dulu". Masa ni aku berlalu pergi kat surau. Aku rasa macam nak buat solat, tak kisahlah solat apapun. Tapi aku belum mandi wajib lagi. Serius time ni aku nak menangis sangat. Tiba-tiba ok. Terus aku rasa nak call zam mengadu. Itu je nama dalam fikiran aku masa tu. Sekali lagi, baru perasan telefon aku battery kong! Betul-betul menguji. Ya Allah, apa dah kena dengan diri aku ni?? Aku geledah lagi beg. Tak ada juga. Bila aku dah lega, aku pergi lagi kat tempat parking tadi, cari lagi. Kali ni lantak lah orang kat food court tu nak cakap apa. Bukan aku kenal pun kan. Kalau kenal pun, aku dah tak kisah dah. Pergi geledah lagi kat kereta, tak ada juga! Aku dah pasrah. Bayar je lah. Tak ada jugak? akak tu cakap bila aku pergi kat kaunter. Time ni aku dah berpeluh-peluh, pucat kot muka aku dengan mata merah. Aku tengok akak tu macam kesian je kat aku (perasan). Dia pulangkan balik RM15. Maknanya dia ambik RM10 jek. Time ni aku memang betul-betul nak menangis. Akak ni kerja je kot dengan company Metro Parking, bukan dia bos pun. Tapi macam tak logik je resit parking tu boleh hilang. Sebab memang aku pegang otw nak ke parking! Tapi kot, entahlah..mungkin jatuh aku tak sedar.

Sepanjang jalan balik aku beristighfar.Walaupun fikiran aku Kosong!  Bila aku kenangkan balik apa yang berlaku satu hari ni aku dah rasa Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Masa tu lah baru teringat pesan mak aku supaya buat solat sunat taubat dan tahajud tiap-tiap malam. 

Sampai rumah dah maghrib. Aku mandi cepat-cepat dan solat maghrib. Lepas solat maghrib aku pergi Masjid kat taman aku untuk baca yassin dan tahalil. Memang dah niat nak pergi hari ni. Alhamdulillah tenang sikit jiwa aku. Sebenarnya aku tak tahu kenapa aku hari ni? Kosong..Melayang..Aku anggap ujian kecil je tapi cukup bermakna.

Duit melayang tanpa sebab. Mungkin itu bukan hak aku, tapi hak orang lain. Itu yang aku selalu dengar kata-kata Prof.Dr.Muhaya. Bila orang ada masalah, ayat pertama dia "Macamana hubungan dengan Allah? macamana solat dia?. Memang aku nak cepat-cepat solat, banyak benda aku nak doa dan ada solat yang aku nak buat sangat-sangat. Bila sekarang ni aku dah start belajar tafsir Al-Quran, aku rasa banyak benda yang aku jadi takut dan banyak benda yang aku rasa aku belum buat. Sebab tu bila kata-kata Prof.Muhaya tentang tujuan kita hidup ni untuk apa, ke mana tujuan hidup kita...manusia ni hanya tersedar dari tidur bila dia di alam kubur, aku jadi takut sangat. 


Aku pernah dengar satu ceramah, kat akhirat nanti bila ayah kita nak masuk syurga sampai kat pintu syurga malaikat akan cakap "awak tak boleh masuk, sebab anak kau buat dosa yang kau kena tanggung". Yelah, dosa anak perempuan yang belum berkahwin kan ditanggung oleh bapa. Sebab abah aku baik dia dah ajar aku dan adik-beradik aku yang lain ilmu agama yang secukupnya. Kalau boleh aku nak cakap "Biarkan abah saya masuk syurga, dia tak bersalah" kalau lah boleh aku cakap macam tu kan. Kesian abah aku. yelah, kadang-kadang kita ni khilaf. Tak kiralah dari perbuatan,percakapan,pakaian,hati etc. 

Aku mencuba untuk menjadi muslim yang baik. Tak apalah, aku redha dengan ujian yang Allah turunkan. Aku terima. Orang lain ujian lagi besar. Mudahan-mudahan aku lebih kuat dan tabah secara tidak langsung menguatkan iman aku. Langkah kecil yang aku patut  ambil (based on apa yang aku baca) :-

- Solat on time 
- Solat dengan khusyuk 
-Buat sesuatu dengan ikhlas
-Bersihkan hati
-Berdoa dengan teliti,sistematik dan sepenuh hati


i'm not a perfect person. 

aku berusaha to be a better muslimah.

Dulu aku pernah baca blog Kak Leeds, macamana dia berubah (dari segi fikiran dia tentang kehidupan, buku apa yang dia baca).Masa tu aku tak faham sangat.baru sekarang aku dapat rasa betul-betul. Mungkin belum sepenuhnya untuk aku.

mudahan-mudahan aku istiqamah


-miza-


2 comments:

Anonymous said...

salam,
cian miza...
betul lah solat kena in time, selewat2nye 15minit after azan. Bila dah terbiase, mesti lepas azan terus nak solat. kalau tak tentu rase resah tak solat2 lg.
cuba lah buat solat mlm insyaAllah dekat dgn Allah.
tapi hati kena iklas dlm ape jua pun...buat istifar 70kali lepas solat subuh n solat asar...

Dari sudut Hati kecilku said...

wasalam,

Terima kasih nasihat itu.
walau saya tak kenal/pasti siapa awak, Insha Allah saya akan amalkan panduan yang diberikan. Jazakallah..Syukran...