Saturday, February 11, 2012

Officially!

Yes! aku bukanlah up-to-date punya orang. Tak apalah kalau nak kata aku kolot. Ada aku kesah?? Orang lain sibuk pakai BB, IponeS, ipad ke kan, aku relax je pakai handphone baling anjing. Handphone aku tu dah lebih sepuluh kali terjatuh sampai terbukak battery, relax je hidup sampai sekarang.  Tapi sebenanrnya saya berazam nak beli galaxy tab! ehem, tapi oleh kerana fungsi kegunaan untuk diri senidri belum terlalu konkrit,jadi pendamkan dulu hasrat. Kita fokus pada benda lain dulu ye.

Eh, aku dah melalut! Harini secara rasminya aku akan menukar ringtone telefon baling anjing aku tu. Ce teka berapa lama aku guna ringtone tu? dekat 2 tahun  ok! Dulu guna atas sebab-sebab tertentu. Tapi lepas dah habis pun kisah tu,aku tak tukar-tukar lagi. Sebab? oh please ye kalau kata sebab masih begitu. Sebabnya aku dah pemalas sekarang nak cara hal-hal telefon ni. Kegunaanya adalah untuk sms, telefon dan angkat sahaja. Itupun kalau aku rasa nak angkat phone. Itupun kalau aku rasa nak reply sms. Kalau tak, tak adanya lah. Yelah, aku bukan busines woman pun kan nak kebizian sangat. Yang lain-lain tu aku tak da nak godeh-godeh. nak ambik gambar, akukan ada kamera. So tak ada isu lah ye di sini. Dengar pun tak ada kesan dah. Nanti aku godeh lah ye lagu apa yang ada dalam handphone aku tu. Hahaha, yang pasti lagu-lagu dalam telefon baling anjing aku tu tak update langsung. Lantaklah kau labu. Aku je kot yang dengar. 




No comments: