Friday, February 3, 2012

Steamboat !


Saya bukanlah orang yang explore sangat pasal makanan. Kalau tanya pun, saya akan blurr sekejap. Tahu tempat makan tu sedap pun sebab dapat kawan-kawan yang suka makan. Last day Mas sms 'adik-beradik'  (Best buddy) untuk makan steamboat. Mula-mula decided kat Mount Austin. Then last-last Shuk tukar tempat, nak makan kat depan English College. Aku ni bajet kat area Lotun Van Steamboat tu. Penat makcik tunggu kat situ bajet tempat tu betul. Rupanya kat Nong Chik! Adoiyai, cakap lah kan terang-terang kat Jalan Nong Chik. Kan senang terus je ke sana.

Tempat ni cantik kot. a bit selesa dari kat Mount Austin tu. Cantik ! First time lah aku datang. Cuma waktu siang  aku tahulah ini tempat makan. Tapi tak perasan. Oleh kerana aku datang awal sama dengan Shuk dan Kirin haruslah melantak dulu. Kebetulan memang aku lapar gila.

Kat sini ada sediakan bubur nasi dan nasi. So boleh pilih lah kalau tekak tu nak makan nasi. Air dia pun sedap, sebab ada variasi air. My favourite of course asam boy. Walaupun pilihan lauk dia nampak macam stemet kata orang johor, tapi memang sedap. Aku yang tak makan daging pun, terjebak makan daging black paper ulang-ulang sebab memang sedap dan tak liat pun. Boleh pulak kan makan kat sini! Kuah tom yam dan sup dia memang berasa sangat. Last dia akan bagi pencuci mulut ice -cream. Best best!

Staff kat sini pun ok ok lah. Sebab tak ada mak-mak ke pak pak ke. Semua muda-muda termasuk owner kedai ni.See, muda-muda dah ada bisnes kedai makan sendiri.





Harga dia reasonable!




ni dua orang tukang masak aku.
sebab aku memang lapar gila..
so tugas aku cuma makan....
Kata adik-beradik kan, itupun mau berkira ka. ;-p





nyum nyum!!




Nangis gembira mak kau tengok kau masak Mas!
Time ni Kema baru sampai. Dengan baju UTM lagi...




triple girls!
Untung ada si Kema ni. Sebab dia memang menghargai makanan..
See, i dah gemuk...:)





Finally dah satu jam baru cukup korum.
Debab dan Khairul baru balik kerja katanya. 



Kitaorang spent time kat sini makan dan chit chat almost 3 jam. Makan tu jangan cakaplah, aku rasa dah hampir 10 kali ulang alik masuk dalam refill lauk (erk). Kuah sup dan tom yam tambah pun dekat 4 kali orang tu tuang. majerin nak jadi tempat bakar tu , dekat 2 kali mintak. Aku rasa tuan kedai tu pun naik menyampah tengok kitaorang lama sangat kitaorang port kat situ.  Bila dah dekat puk 11 lebih baru perasan esok kena kerja.

serius sedap..Tapi tak tahulah kalau akuni memang pelahap. Jadi semua pun nampak sedap. So memang-memang di alu-alukan datang. Sebelah kedai ni kedai seafood dan malay cuisine kot. Nampak macam stylo tempat ni. Tapi Kirin kata kurang sikit. Tak tahulah, aku bajet teka dia je kot.

P/s: Lepas ni harus cuba steamboat di Mutiara Rini bila masuk sesi semester baru ye 'adik-beradik'


2 comments:

peej said...

ok kau buat aku lapar tgk entry ni.
tadi beriya balas komen kau. terfikir siapa kau ni. sbb kau kata beli tabita kt aku. bukak blog ni terus kenal. heheh. muka itu ku cam. :) yang kau pun nama bertukar2. mana mak tak konpius.

Dari sudut Hati kecilku said...

@Peeja--> Hehe.confuse bukan.Aku sengaja create akaun lain2 nama.haha.BTW aku dh reply balik komen ko kat entry tabita tu.TQ very much peeja.:)