Wednesday, February 8, 2012

Tanjung Batu, Pekan

Kalau sesiapa pernah lalu kat kawasan Pekan ada satu kawasan tu namanya Tanjung Batu. Kawasann tu dekat dengan Nenasi. Tempat tu sangat cantik pada aku. Sebab memang betul-betul macam kampung. Kat situ ada pantai yang cantik (Tapi tak komersial) dan kawasan paya bakau. Kat situ boleh nampak kehidupan orang asli dari tepi jalan je. Sejak aku berulang-alik masa belajar dulu, aku rasa perkampungan orang asli kat situ dah banyak berubah. Sekarang lebih moden dan kawasan gerai dia pun dah lebih cantik (moden).

Kalau lalu kawasan ni aku mesti aku tahan mata supaya jangan ngantuk. Sebab nak menikmati panorama sekeliling ciptaan Allah yang sangat cantik! Start dari Nenasi sampailah ke Tanjung Batu. Dulu kat Nenasi ada satu kawasan nelayan yang viewnya sangat cantik dari jalan. Dengan kawasan paya bakaunya. Tapi sekarang bila kawasan tu (sebahagian) diorang dah usahakan rumah burung walid, jadi view tu dah kurang sikit.

Lagi satu, oleh sebab kawasan ni kawasan paya bakau..jadi siapa yang lalu sini mesti bertembung dengan hujan. Itu namanya kitaran hidrologi! Kalau lalu sini mesti teringat lecturer Hidrologi aku, Dr.Ayub. Sebab dia selalu cerita dalam kelas. Tapi sayangnya, saya tak socre pun subjek itu (mudahan-mudahan PSM saya dapat dia sebagai penyelia).



 Over je aku ni. Sampai tertutup dengan shawl.
i love beach!





Over. Tapi tak boleh mengalahkan ke -overan guwe!
pasir dia kasar, dan tak kotorkan sangat kaki.
Tapi serius, panas gila!




Pantai ni dalam. Pasir dia jerlus. Sebab tu tak sesuai kot untuk mandi.
I just noticed something in this picture!
you see what i've see??




Pantai ni bertembung dengan Paya Bakau.




Tak da idea ni buah apa..


Tak lama pun kat sini. Sebab mak aku berdiri macam mandor dari atas tebing pantai tu sambil cakap " dahlah tu, jangan jalan jauh sangat..tak payah lama-lama". Ironinya tempat ni a bit sunyi, scary kot sikit. Tapi banyak je sampah sarap orang berkelah kat situ.


No comments: