Friday, February 24, 2012

Transformasi


Pagi tadi aku ada Taklimat 'Transformasi perkhidmatan Awam' bersama dengan TKPPA JPA, Ybhg. Dato' Dr. Ismail Bin Alias kat Pusat Islam Johor. Majlis ni anjuran bersama dengan Pejabat SUK Johor. Yang datang kebanyakkan nya adalah pegawai kerajaan Negeri Johor tak kiralah Federal post, State Post dan PBT.Masa dapat surat rasmi dari SUK dia tulis--> Kehadiran Adalah Tidak Boleh Tidak which mean WAJIB lah kan (kan senang cakap macam tu).

Oleh kerana aku pergi dari rumah dan sampai awal, dapatlah cop tempat belakang sikit. Senang sikit aku nak keluar, nak pergi toilet pun senang sebab tak payah interframe muka dari bawah. Seronoknya sebab masa ni lah nak berkenal-kenalan dengan pegawai awam yang ramai dalam Negeri Johor ni yang berlainan Jabatan. kalau rasa nak carik jodoh, ha time ni lah pun sesuai (Tapi laki orang lah yang ramai). I tell you lah ea, mostly lelaki yang kerja gomen ni kahwin awal ok. Aku je lah yang terkeluar dari carta kahwin awal tu. (ni aku saja melawak, jangan ingat ayat serius-serius sangat). Masa ni lah boleh tengok kaler baju orang, design baju, tudung, mekap, kasut, bau perfume (aku memang suka telek). ;-p kalau satu badan tu kaler sama je pun ada. The best way is, aku dapat kawan baru. sebab she sit next to me, pegawai SPRM. yes senang, dah ada conection!

Isu utama mestilah melibatkan Transformasi dalam perjhidmatan Awam. Sebebanrnya banyak isu yang JPA planning kan tu sangat bagus. Kata mahu negara maju 2020 kan. Eventhough kita punya sistem keewangan pun dah nak beralih dari sistem MBB kepada sistem OBB  dalam RMK10 nih (yelah, baru je buat budget jabatan, oh i bukan orang keewangan pun terjebak). Tak faham sangat pun. Which mean masa pergi seminar dengan AG tu kiranya banyak negara maju dah buat dan reduce cost gomen.

SBPA pun isu yang hot juga dalam taklimat tadi. Tapi bagi orang yang tak sampai 10 tahun kerja, aku rasa ok jek SBPA ni. Bagi orang lama, for sure lah dia nampak apa yang kurangnya. Kurang ke lebih ke, aku ok je. Tapi berterima kasih pada senior-senior dan CUEPACS lah. 

TKPPA JPA ni pada aku seorang yang sangat hebat dari segi ilmu dan down to earth person. sebab dia seorang yang suka membaca, then dia cakap dia ada 70 buah buku berkenaan dengan Leadership! 

Transformasi yang diperlukan adalah berkaitan dengan mental. Bila kekuatan mental tinggi, yang lain-lain termasuk duit akan ikut sama. Dia shared 3 ciri kepimpinan yang ada dalam pemimpin singapura ;-

- Knowledgeable up to standard
-know how to inffluence people
-Must be good in developing people
 Then the good leader create another leader



Terbaik lah koir SUK ni. Sebelum majlis adalah sepuluh lagu diorang nyanyi termasuklah lagu Rolling to the deep by Adele. Suka-suka! Itu belum lagi termasuk lagu Negeri, Lagu Negaraku dan Lagu Gomen. Lepas tu nyanyi lagi lagu 1 Malaysia yang Tomok nyanyi tu dan tak ingat artis mana ntah yang nyanyi ramai-ramai. Aku tak tahulah, preparation diorang ni berapa lama. Banyak tu lagu diorang nyanyi. Mesti kaki karok :-p

Kalau koir PBT yang terer kat Malaysia ni DBKL dan MBSA. Tapi itu cerita dua tahun lepas kot, time si Dak Ita wakil MPJBT. Time tu PBT MPJBT menang.

Cerita pasal lagu Negeri Johor. Actually, lama dah tak nyanyi. Last masa sekolah Teknik. Lepas tu tak adalah. Sebab belajar luar Johor kan. Masa kerja kebetulan federal post, tak adalah nak nyanyi lagu Johor. Bila balik state, wajiblah kan nyanyi bila majlis rasmi.  Lagu Negeri ni ada banyak versi (bukan lirik). kalau time sultan yang lama, lambat gila lagu tu. Bolehlah tidur sesaat jap. Ini kalau majlis rasmi lah. Tapi sekarang ni, dah ok ok jek. Tak adalah lembab sangat macam dulu.

Then cerita pasal etika. Biasalah kalau dah ramai-ramai orang, time nak ambik makanan. Patutnya Q-up lah betul-betul. Ni tidak, adalah makcik-makcik (anggap je lah makcik) tu boleh senang-senang main potong-potong baris. Tahulah lapar. Orang lain pun lapar apa. Tak ada sivik ok. Patutnya kalau dah berusia tu, tahulah kan etika tu macamana. Beratur betul-betul. Tak habis tak makanan tu. Mesti masa muda-muda dah biasa buat, jadi dah jadi habit sampai ke tua. Mudahan-mudahan lah akan datang aku beringat. Kot lah nyanyuk kan, buat benda yang sama pulak macam makcik-makcik tu.





No comments: