Monday, March 26, 2012

Jagalah hati-MU

Sekadar berkongsi Tazkirah berkenaan dengan Penjagaan Hati....

Rasullulah SAW bersabda;

"Sesungguhnya dalam diri manusia terdapat segumpal darah. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuhnya. Apabila ia buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya. (aala wahiyul qalbu) ia adalah hati" (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Bagaimana Mendapatkan hati yang tenang?

a) Memaafkan seseorang setiap kali sebelum tidur. Tidak kira sebesar mana kesalahan/dosa yang mereka lakukan. Rasullulah juga sentiasa memaafkan musuh-musuhnya. Bahkan Allah juga mempunyai sifat pemaaf, jadi mengapa tidak kita?

b) Sentiasa memohon doa kepada Allah dengan tujuan orang lain juga memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh kita.

c) Amalkan membaca surah Al-Insyirah. Dengan bacaan tersebut mampu memberi ketenangan hati apabila tidak berasa tenang dan susah hati.

d) Sentiasa mengawal lidah daripada bercakap perkara-perkara yang tidak memberi faedah.

e) Memelihara mata yang sangat besar fungsinya. Elakkan daripada melihat aib orang lain. Seharusnya kita sedar kita juga mempunyai kekurangan.

f) Mengingati kebaikan orang lain berbanding kesalahan






2 comments:

Anonymous said...

salam,
antara surah yg diamalkan Rasulullah ia lah;
Al-Mulk
Dughan
Al-Waqiah
Yasin

Al-Mulk sebagai teman dlm kubur.
Ai-Waqiah dpt menenang hati dan perasaan.

Allahualam.

Dari sudut Hati kecilku said...

Salam..

Kalau tak silap, Al-waqiah juga sbg satu surah utk dimurahkan rezeki..

Terima kasih atas perkongsian ini.
:)