Thursday, March 29, 2012

Keputusan yang melegakan



Minggu ni macam rajin sangat nak menulis....

Penat mengadap buku....(alasan kah)...

Baca notes yang Bei tulis kat FB. Apa yang dia cakap tu betul. Bila kita dah terima ujian yang berat dalam hidup, kita cuma ada 2 pilihan. Samaada kita pilih jalan yang salah atau pun kembali pada jalan Allah. Itu yang biasa aku lihat dari senario selama aku hidup. 

Kemudian bila kita solat, kenapa kita nak sedih pulak bila jumpa Tuhan. Menangis atas dosa yang kita lakukan. Supposed kita tunjukkan rasa gembira bila kita berjumpa dengan Allah. Cuba kita fikir, kenapa bila kita jumpa someone special dalam hidup kita senang cakap boyfriend kita, kita akan rasa ceria dan happy. Tapi bila kita jumpa Tuhan, kita sedih? Sepatutnya tidak.

Patutnya bila kita jumpa tuhan, kita rasa gembira. Aku tak punya jawapan untuk itu. Sebab aku sendiri rasa kerdil. Rasa bersalah dengan Allah. Bila punya masalah, baru sedar dengan-NYA. Bersolat dengan rasa sedih dan berdoa dengan cucuran air mata. Baru sedar yang kita punya banyak Dosa dengan-NYA. 

Thanks lah Bei atas notes itu, sekurang-kurangnya mengingatkan diri ...

Alhamdulillah juga, Allah temukan aku dengan orang-orang yang sentiasa berpesan untuk kebaikan....

                                      .....................................................................................



Seminggu ni aku rasa penat sangat. Rasa macam nak pitam dan pening tiba-tiba. agak lah menggangu kosentrasi aku punya kerja. Study lagi kan. Dahlah aku ni ada pemalas. Jadi bila dah macam-macam rasa, aku akan bertambah-tambah letih.

Aku ada baca satu komen anonymous tentang low blood pressure bila aku tulis pasal benda yang sama. So, aku gigih lah google-ing semalam. Simptom-simptom tu memang ada.

Jadi pagi ni aku decide pergi ke klinik sebelum pergi ofifice. Luckly MA tu Viknes. Seriously i like him! Seorang MA yang sangat kosisten dan resposible dengan kerja dia. Banyak aku punya history kesihatan bila buat check up dengan dia. Since allergic, sampailah kepala aku terhantu kat pasu (nasib tak hilang ingatan) dan kena jahit. Seriously dia memang bersungguh-sungguh buat kerja dia. Puas hati sangat ....Tak macam sesetengah Doktor dan nurse yang veteran yang asyik membebel. ahaks.....

Aku just explain kat dia yang aku datang untuk confirm kan apa yang google semalam. Ambik pressure test (sesuka hati sebut je) check nadi semua. Ada sikit lah low blood pressure. Then cerita pasal simptom-simptom ni. Dia cuma takut aku ada Thyroid. Mula-mula dengar tu macam " oh, ye ke. Ok"...So untuk confirmkan, ambil lah blood test kat makmal.

Kat sana, aku pun tak tahu nak panggil apa jawatan dia untuk orang yang kerja kat makmal. Dia pun cakap benda yang sama. takut Thyroid. Masa ni tetibe aku tercuak. Bila dah dapat result jumpa semula Viknes. Dia bulatkan  result test tu, than cakap;

" humm...memang betul tekanan darah awak rendah"

Then dia cerita. tekanan darah ada dua, Darah tinggi dan darah rendah. Kalau orang yang memang sejak azali dah ada tekanan darah rendah, dia tak boleh nak buat derma darah. Untuk kes aku, sebab dah pernah buat 2 kali derma darah, itu maknanya tekanan darah rendah aku disebabkan oleh keadaan sekarang. Antara faktor penyebab Kurang tidur, beban kerja yang banyak, penat dan yang penting dia cakap..jangan sesekali skip makan! 

oh terkena batang hidung. Kadang-kadang pagi tak makan terus brunch. Kadang-kadang petang baru larung semua waktu makan sekaligus! Oh, aku penat pun ya......

Tapi atleast aku lega, darah rendah jek. Kalau tak mesti aku rasa macam poyo (ni aku cite kat officemate aku). " mesti poyo kan kalau saya ada high blood pressure. then korang mesti cakap jangan buat miza marah atau pun pressure dia, dia ada high blood pressure..poyo lah saya rasa"

So macam-macam ubat vitamin yang kena makan. Sampai acid folik yang biasanya untuk orang preggy pun aku kena makan. Actually, orang tak preggy pun boleh makan. Tapi normally aku tgk yang makan tu orang yang preggy. Dua minggu lagi jumpa Viknes balik!

kesimpulannya, kita kenalah jaga kesihatan diri sendiri. Badan kita ni nak guna lama. Banyak benda yang kita nak gunakan. kalau tak sihat, Apa Pun Tak Boleh kan. Kalau dari segi kesihatan, aku suka tengok mak aku. Sebab walau dia tak sihat, dia tetap gagahkan diri untuk mengembirakan anak-anak dengan memasak etc. Tak lupa juga atok aku...sama je diorang ni. aku harap aku pun macam tu juga.....


                                       --------------------------------------------------------




ok, itu sahaja...

nak sambung study design steel, ada test...

Good nite..xoxo

-miza-








2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah dah g klinik check blood pressure.
jaga kesihatan ye...

Dari sudut Hati kecilku said...

hehehe...
Thanks....