Saturday, March 17, 2012

Mary Kay Make Over!



Personally aku bukanlah orang yang suka bersolek sangat. Erk? macam sarkastik. Sebenarnya ayat yang paling sesuai ikut mood. Tapi kalau nak nampak aku bersolek pergi office memang tak lah. Just pakai basic basic je. Karang orang tengok aku macam muka sedih je. Eh, tak suka ok. Padahal aku tengah hapy happy tapi dikatanya tengah sedih. Padahal effect sebab tak pakai apa pun. Tapi kalau atas dasar nak pergi meeting/apa-apahal lah yang berkaitan dengan nak berhadapan dengan orang, bersolek lah sikit. Sikit je. Imej diri dan tempat kerja jugak (ewah ayat tak boleh blah!)

Tapi, sebagai perempuan aku memang sukakan kecantikan. Tengok orang cantik pun aku suka. Suka sangat!

Jadinya, bila Helwa JKR Johor buat Kursus Keterampilan Diri dan dipelawa dan oleh kerana aku ni bukan reti malu sangat kan, lebih -lebih lagi sebab kecantikan jadi aku on je. Perempuan je pun semua. Free je pun kan. 




Its Mary Kay Product!



Masing -masing dah excited nak di make-over



Beauty Consultant
Cik Effa ni sangat cantik...



Lepas make over...less is good!
With Kak In's
Cahaya kat belakang sgt terang!



sebelum balik!
ada yg lebih pandai nak cover ke chubby-an dari kak in's (gelak jahat)...



Ok, best lah product ni. Worth it gila kalau pakai. Sebab tahan 8 bulan. Kalau jimat-jimat pakai setahun pun sampai. Tapi buat masa ni aku cuma berkenan dengan foundation dia je (macamlah kau pakai sangat kan). Lantak!...Pengalaman aku beli foundation, buang je dalam tong sampah akhirnya. Sebab product-product ni kalau dah setahun, dahkira expired kalau kita dah buka (itu yang biasa org cakap). Lagi-lagi kulit aku ni sensitif gila, mesti nanti keluar gunung berapi (ni pakcit dan shuk selalu gelar kan) akan  terbit ok!

Lipstic dia pun sedap sangat pakai. Aku ada dua lipstic yang baru aku beli sampai sekarang buat konon-konon je ada lipstic. Akhirnya lip gloss juga idaman kalbu. Body Shop tu pun dah tak best aku pakai. Hak hak hak..gelak kan diri sendiri sebab beli mahal-mahal. Lebih mahal dari Bobbi Brown (kata Zam). Tapi murah lah sikit dari lipstic Clinique yang aku hadiahkan kat Zam masa birthday dia (itupun salah code request).

Atleast bila pergi workshop macam ni, tahulah macamana nak cuci muka dengan cara yang betul. Kita ada 3 jari kecantikan rupanya. Baru ku tahu..ahaksss...



No comments: