Friday, March 23, 2012

Monolog

Hari dah larut malam #Eh

Tapi mata tak mengantuk. Buku Design yang aku pegang sejak tadi tak berbuka. Hanya berjaya menyiapkan beberapa assignment! Kemalasan betul-betul melanda. Kadang-kadang hati ni kena kuat motivate kan diri sendiri. Sekarang dah sebulan belajar..Assignment dan projek dah banyak. Tak boleh nak bermalas-malas lagi dah. Sometimes (bukan kot, wajib) paksa. Tapi kemalasan tu suka sangat mencelah. Bosan sey ...

Semak Twitter. Medium ni je kot suka aku nak semak sentiasa walau tak update pun. Ramai sangat yang bermonolog malam ni. Ermm...

Entah, sejak akhir-akhir ni aku rasa lain sangat. Banyak benda yang aku rasa lain dalam diri aku ni. Ayat macam poyo, tapi memang betul. Diri aku kan. Bukan orang lain pun yang rasa. Nampak luaran belum tentu dalaman pun sama. #Eh

Banyak benda. Salah satunya aku dah kuat makan. Serious. Ni pun tengah rasa lapar. Tapi aku tahan untuk makan sejak lepas maghrib tadi. Padahal balik gym tadi aku dah melantak nasi lemak, mee rebus dan putu piring. Alasannya, sebab seharian tak makan. Lepas habis makan, rasa lapar lagi. Gila ok! Kalau ikutkan hati mahu hujung bulan ni aku tak muat semua baju! haruslah pergi shopping baju seluar bagai...

Aku rasa ada syaitan kuat makan dalam diri aku ni. Baca bismillah tak cukup. Kena sekali baca doa makan. Lepas tu ikut sunnah masa makan. Baru lah tak pelahap sangat.

Lepas tu tengok cermin, pehh ada lemak terlebih-lebih dengan muka dah bulat siap double chin jelas dan nyata dah tercuak sendiri! Sangat cuak tiba-tiba. Wajiblah berdisiplin lah sangat....

Tapi adakalnya aku ni rasa macam tak nak pitam pun ye. Tiba-tiba je dunia jadi gelap. Tapi cepat-cepat aku istighfar. Oii, takutlah pengsan tiba-tiba..Dahlah masa tu tengah drive ke apa, tak ke naya. kalau nak pengsan pun biarlah dengan orang yang aku kenal. Haritu cerita dengan Shuk. Dia siap tanya rutin gym aku macamana. Aku tak rasalah aku terlampau extreme. Alah, setakat guna treadmill, cross train dan masuk kelas advance cardio  je kot. Dan oleh kerana boleh dikatakan seminggu adalah 5 kali kot kalau rajin, dia cakap aku tak boleh nak skip makan. Sebab itu dah heavy sangat. Jadi makan tak boleh nak skip sangat. Makan dengan kuantiti macam biasa, baru balance. 

Dan...oleh kerana nasihat kau tu kan Shuk, aku makan dah macam apa. Serious lah, sekarang ni aku rasa macam nak pitam je. Tetibe je dunia jadi gelap dalam beberapa second. Lepas tu tangan dah menggigil macam apa. Takut aku tetibe ..sebab tanda-tanda 40 hari orang nak meninggal kan, sebelah badan akan bergerak-gerak lepas asar. Mujur lah kalau tangan aku menggigil tu waktu tengahari. Tanda lapar nak makan kan. Huishh, haruslah. Amal ibadat bukannya cukup sangat, itu aku sedar sangat-sangat. Bila rasa badan tak sedap, aku memang akan pergi gym. Tak boleh manjakan sangat badan ni.

Adalah lain benda yang aku rasa lain sekarang. Tapi itu aku simpan sendiri. Nanti nampak sangat aku ni kepoyoan sangat..

Haritu masa kelas lagi best. Tetibe je si Shuk masuk kelas dan duduk sebelah aku. 

"Beb, aku ada masalah besar ni"
"Kau dah kenapa? Kau kena kahwin kan" <--- aku serkap jarang je ni
" yelah dowh! plan dah berubah....tahun  ni jugak aku kena kahwin"
"Baguslah apa masalahnya"
"Woi..mana aku nak cari duit. Ni semua gara-gara adik tunang aku lah nak kahwin tahun ni gak"
"Tak payah lah grand-grand. Biasa-biasa suda"
" Aku dah pening ni"

See, dulu dia adalah orang yang nak kahwin lepas habis belajar. Kesian gf dia sebab aku faham perasaan gf dia time tu (sekarang dah tunang). Tup-tup sekarang ni planning dah berubah. Jangan jadi macam aku, berangan nak kahwin masa belajar. Tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin ok. Tapi aku ok je beb, sebab ada hikmah yang aku sendiri tak tahu sekarang kan (positive kan diri) ahaks.

yea....Petang tadi kawan baik aku pun dah dapat baby boy! Dah lah nama wife dia sama dengan aku. Kadang-kadang confuse makcik oi. Suka suka dapat berita ni. Padahal dia ni kalau tak sambung degree pun tak apa. Sekarang pun dah senang-senang pakai BM. Projek melambak. Tapi sebab dia nak teruskan amanat arwah bapa dia, dia adalah sampai sekarang. Semester ni dia rajin sikit datang kelas. Kalau sem lepas, memang tulis je nama kat assignment group. Azam baru kan sebab dah kena perli dengan aku masa sem lepas. Padahal aku pun sama je azam sem ni nak belajar betul-betul, tapi malas tu kadang-kadang datang. Stress mak ...

Banyak benda jugak yang aku planning dalam middle of this year hanging lagi. Sebab makcik ni tak cukup tangan. kalaulah masa tu ada lebih 24 jam, lepas tu dengan penat yang kadang-kadang tak tahu sebab apa, dah cukup merugikan masa aku ok. Tapi syukur sangat, sebab bila aku buntu aku ada pakar rujuk. Dan nasib baiklah, pakar rujuk tu bertabah dengan perangai aku yang kadang-kadang macam budak-budak untuk settlekan masalah kecik. Ada aku kisah...haha..Tak suka nak dengar, tak payah lah layan. So far, pakar rujuk aku tu bertabah lah melayan dengan apa yang aku share. Mungkin bukan penyelesai pun kebuntuan tu, cuma untuk melegakan kecelaruan dalam kepala ni. Aku ni memang macam ni. Gelabah tak bertempat. Lepas beberapa jam tu, ok dah. Sengal kadang-kadang bila aku fikir balik.


Ermmm...dah terlebih sudah aku bermonolog ni. #Eh

Tapi bersyukur sangat dengan apa yang aku lalui akhir-akhir ni. Ujian tu datang untuk mematangkan kita. Kadang-kadang kita limitkan sesuatu dalam hidup kita ni. Contohnya kita kita tak suka menulis pada buku yang baru dan lebih gemar buku yang dah diconteng. Tapi Allah tu turunkan ujian kat kita, tiba-tiba je kita suka nak beli buku baru untuk diconteng. Ahaks...ini contoh kiasan sahaja. Bila muhasabah balik, baru sedar rupanya kita ni dah terlepas cakap. Dan sekarang Allah turunkan ujian. Tapi Alhamdulillah sebab ujian tu mematangkan dan menyedarkan diri tentang sesuatu. 

Ermm, cukuplah sudah monolog di malam yang larut.

Cuci muka, ambil wudhu'. Kuat kan semangat untuk solat malam. Insha Allah...

Good night ....

-miza-




2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah dah buat solat malam.
Tapi nak buat solat mlm kena tido dulu.

Kalau selalu pintam makna darah kite tinggi atau rendah. g lah check blood pressure.

ok take care.

Dari sudut Hati kecilku said...

Anonymous:

i thing awk ni the same person yg bagi nasihat yg berilmiah kan. Really appriciate. even tak kenal pun siapa awk, nasihat tu Alhamdulillah sy aplikasikan...pahala is return to u sebab berjaya buat diri saya dan org lain yg baca utk amalkan (ada kwn sy terbaca ur previous comment) and she/he did!...much appriciate..:)

susah sebenarnya nak bangun malam ni. sebab sure tidur tak bangun sampai subuh. That why sy ni tidur lewat sikit utk buat solat mlm. itu cabaran lah utk sy bangun malam. Insha Allah...

May be lah kena check .sy pun rasa mcm tu..tengoklah kalau dah worst..sekarang mampu bertahan...

btw..thanks..jazakallah atas perkongsian yg berguna...:)