Thursday, March 8, 2012

Rewind

Life as a married person surely seronok kan (ayat aku ni mula-mula apahal??) Haritu kawan lama masa course kat Intan suatu ketika dahulu call. Dia ni memang rajin update cerita dgn kawan-kawan lama. Dulu dia ni kawan gaduh aku. Kadang-kadang aku ni nak rewind balik kisah lama aku dah lupa. Lama sangat! lagi teruk sebab aku dah lupa nama sorang akak yang jadi bestfriend aku kat kursus tu. Gila teruk dah memori aku. Berapa banyak dah pun course yang aku dah pergi kan. Tapi baguslah ada kawan-kawan lama yang rajin update cerita.

Diorang planning nak buat reunion. Ok lah. aku on jek .Walaupun sebenarnya rasa macam segan segan sebab diri tak kahwin-kahwin lagi (sebenarnya akuni jenis tak kisah pun lone ranger pergi event-event mcm ni, cuma tetibe tersegan sendiri). Tapi bila dengar Kak Zura (dia sangat cantik!) pun tak kahwin lagi, aku lega lah. At least ada geng! (APTB). 

Berbalik pada cerita. kawan aku ni dari hari tu suruh add wife dia kat FB sebab dia guna akaun bersama.  Oleh kerana memori aku ni kadang-kadang lupa aku abaikan. Tapi bila dia remind sekali lagi, habis dia call aku terus add. Tapi dia ingatkan aku, suruh tanya wife dia dengan soalan macam kelakar lah sikit. Tak habis tu, 2 hari lepas dia ingatkan aku balik. Aku nak lah abaikan jek. Tapi oleh kerana dia ni bersungguh-sungguh, aku pun selenga menaip kat PM wife dia ni.Tapi aku mentioned lah husband dia yang suruh tanya.

Bila tengok gambar-gambar anak-anak dia, aku rasa best sangat family dia ni. Best sangat couple ni. Boleh melawak-lawak lagi. Kawan awak kawan saya dan kawan saya kawan awak juga! Best lah....anak-anak dia super comel sangat! (oh tiba-tiba stalker gambar anak orang). I wish one fine day, i have family like this.

Sekarang pun dia dah naik pangkat jadi Penguasa Kastam. Dulu cuma Pegawai Kastam je. Bila update cerita dengan kawan-kawan lama, macam best lah pulak life diorang ni. Ada keluarga yang bahagia, ada kerjaya yang mantap dan yang paling penting ada anak-anak yang comel ! 

Then ada lagi sorang akak yang aku kenal kat Intan tu pun dah ada PHD! Serious lah diorang ni memang kaw kaw belajar walau dah ada family. Really insipired me yang tak berkeluarga lagi (Padahal selalu tidur!).






P/s: Now tgk update kawan-kawan yang pergi PICC untuk dengar announcement by PM. Public Servant sangat menunggu-nunggu announcement tu!

No comments: