Friday, March 9, 2012

#Sentaphatimaknak 2

Pagi-pagi masuk office layan FB dulu. banyak status yang kelakar lah pagi ni. Of course lah semua cerita pasal announcement by PM semalam. Tapi ada status kawan yang sentap juga aku baca. Almaklumlah diri tu bukan kerja kerajaan. Haruslah tulis status macam sentap je kan.

Macam ni je lah. Bukan banyak mana pun gaji naik tu. Cuba bandingkan dengan kerja swasta yang best-best tu. For sure gaji rata-rata melebih-lebih. Mungkin sebab penulis status yang juga kawan aku tu kerja swasta yang biasa-biasa aja. 13% tu kalau darab dengan basic gaji berapa lah sangat. Tapi aku bersyukur! Atleast boleh top up buat bayar something.  Bayangkan ye, driver kat office aku ni gaji naik tiap-tiap tahun cuma RM 40.00 jek! Itu lepas pelarasan gaji 2007. Sebelum tu lagilah sikit! Jadi, bila ada pelarasan gaji yang baru ni haruslah bersyukur.

Adatlah kalau harga barang naik. Itu bukan sebab gaji kerajaan naik. Tidak! Itu global. Aku bukanlah pandai sangat ekonomi ni. Nak cerita panjang pun tak reti. Naik gaji dengan kenaikan harga barang tu cuma faktor yang sikit sahaja. Apa kata kalau tak puas hati sangat dan memberi impak pada ekonomi awak, apply lah kerja kerajaan. Semua benefit yang kawan-kawan awak yang kerja kerajaan, awak pun akan dapat sama. Cumanya haruslah bersabar untuk dapat kerja kerajaan ni. Kena Rajin apply. Jangan merungut ye.Itu dah berbalik pada rezeki pulak. 

Tapi aku rasa ok sangat SBPA ni dibatalkan. SSM bagus, cuma harus ditambah baik je. Kalau SBPA jurang gaji memang terasa jauh. bayangkan ada yang boleh dapat kenaikan 6K. Banyak tu. Ada yang cuma naik berbelas ringgit je. Itu orang yang dah lama service lah. Yang baru dan tak sampai 10 tahun macam aku ni, biasa je, tak ada effect. Suka ada lah, sebab gaji dekat-dekat je dengan senior ;-p. Cuma tang kekananan pangkat tu pun aku rasa nak komplen juga. So bila dah BATAL, Syukur.

Tapi patutnya sapa yang buat dasar SBPA tu patut dikenakan tindakan tata tertib (suka ati aku jek). Yelah, bayang kan ye. Dahlah pegawai yang datang office aku explain pasal SBPA pun macam blur-blur je. Lepas tu bila di tanya, jawpan tak confident langsung. Dah lah kena sign SBPA tu time-time tu juga. Tak bagi  masa aku nak berfikir, solat istikharah ke kan (poyo). Tapi lagi kesian kat kawan-kawan kau kat BPSM. Bersengkang mata nak prepare dokumen SPBA untuk semua staff kat Kementerian. alih-alih BATAL. Member bengang lah kan.

Berbalik pada tajuk utama. Tak perlu kot nak post status yang menyentap sangat sekarang. We're getting older friends. Grow up lah kan. FB ni sapa-sapa boleh baca. Tak pasal-pasal boleh jadi gaduh je. Itu belum lagi yang tukang-tukang komen yang bakar-bakar. Tak pasal-pasal jadi isu lain. So kawan-kawan, Bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Jangan banyak complaint. Nak gaji besar, beban kerja kenalah besar,  nak gaji besar, belajar lah lagi kasi up education tu. Nak gaji besar, Business lah! Faham.









No comments: